Pakatan Pembangkang kian runtuh apabila sekutunya, PKR di Pulau Pinang pula retak menanti belah selepas sifunya DAP menghadapi masalah dalaman yang membabitkan pemimpin tertinggi DAP Pulau Pinang.
PKR Pulau Pinang hari ini dikejutkan Ketua PKR Cabang Bukit Gelugor Lim Boo Chang apabila mengambil keputusan meletakkan semua jawatan dari parti itu dan kembali menyertai Gerakan yang pernah dianggotainya selama 15 tahun, iaitu daripada 1984 hingga 1999.
Tindakan ini diambil setelah mengakui selama 3 tahun berada dalam PKR dan Pakatan Pembangkang, banyak perkara yang dilakukan Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng tidak menepati kehendak janji-janji pilihan raya dan menidakkan kebajikan rakyat. Sebaliknya, segala keputusan yang dibuat Lim Guan Eng sepanjang memegang jawatan Ketua Menteri telah mengetepikan kuasa dan peranan jawatankuasa Pakatan Pembangkang di Pulau Pinang.
Berikutan itu, surat perletakan jawatan dan keluar parti Lim Boo Chang telah di diserahkan Presiden PKR, Wan Azizah Wan Ismail.
Menceritakan bagaimana beliau tertarik dengan agenda pembaharuan PKR tetapi selepas tiga tahun, beliau mula hilang keyakinan kerana parti berkenaan gagal menunaikan janji-janjinya. Malah, tindakan Lim Guan Eng yang memberi kata dua kepada pemimpin dan ahli Pakatan Pembangkang yang tidak bersetuju dengannya juga menjadi faktor mengapa Lim Boo Chang hilang keyakinan terhadap kepimpinan Pakatan Pembangkang di Pulau Pinang.
Hakikatnya, ketiga-tiga parti dalam Pakatan Pembangkang, PKR, DAP dan PAS hanya bersandarkan kepentingan politik masing-masing memandangkan idealogi ketiga-tiga parti tersebut sangat berbeza.
Selain mengumumkan keluar parti, Lim Boo Chang juga memaklumkan pengundurannya sebagai ahli majlis perbandaran Pulau Pinang, jawatan yang dilantik oleh PKR.
Tindakan Lim Boo Chang ini memberikan tamparan hebat buat PKR di Pulau Pinang dan Pakatan Pembangkang khususnya dalam menghadapi PRU-13 akan datang.
Tahniah buat Lim Boo Chang dan takziah buat PKR dan Pakatan Pembangkang.
0 comments:
Post a Comment