Tuesday, May 8, 2012

Karnival 6km back to back Mencipta kelainan Hari Belia Negara


PUTRAJAYA - Suatu kelainan yang dibawa oleh Kementerian Belia dan
Sukan (KBS) sempena Sambutan Hari Belia Negara 2012 kali ini adalah
6km back to back events sepanjang 23 hingga 27 Mei 2012.

Terdapat lebih 500 aktiviti disenaraikan dengan 38 segmen. Selain itu,
lebih 1000 orang penghibur akan menghiburkan pengunjung di 22 pentas
di Putrajaya, kata Dato’ Mohid Mohamed, Ketua Setiausaha KBS semasa
ditemuramah wartawan di sini, hari ini.

Dengan sasaran 2 juta pengunjung selama 5 hari kali ini, pelbagai
aktiviti yang telah disusun bagi menjanjikan Himpunan Jutaan Belia
2012 sempena hari Belia Negara 2012 ini luarbiasa dan antara 10
himpunan atau gathering terbesar di dunia. Dengan bertemakan Jutaan
Peluang, Ribuan Keriangan, HBN2012 menjanjikan sebuah karnival yang
besar, menyeronokkan, membuka peluang dalam pelbagai peluang dan sukar
dilupakan.

Selain konsert KPOP yang ditunggu-tunggu oleh para belia yang meminati
genre pilihan anak muda Korea Top Teen dan Dal Shabet, KBS juga
menyediakan pelbagai pentas dengan genre yang berbeza untuk belia
Malaysia yang mempunyai bakat dan ingin membuat persembahan mengikut
genre yang diminati.

Posted by Gempur Wangsa

0 comments:

Post a Comment