Showing posts with label Harakah. Show all posts
Showing posts with label Harakah. Show all posts

Monday, March 4, 2013

Harakah Daily Kantoi Isu Fitnah UMNO Jemput Pembesar Sulu Ke Perhimpunan Agung!!!


Wow.... Haprakah yang MENDAKWA TEPAT DARI SUMBER rupa-rupanya kaki temberang senang cerita FITNAH..... Terbaru HAPRAKAH SUARA RASMI SYIAH PAS buat kenyataan bodoh dengan menyatakan pemimpin Sulu telah dijemput ke Perhimpunan Agong UMNO.


Perbezaan Siapa Yang Arah Lancarkan Serangan Ke Atas Sabah Dan Siapa Yang Dijemput Ke Perhimpunan Agung UMNO 



Siapakah Mereka Berdua INI????

Terus Baca Di Sini

Saturday, November 17, 2012

HaprakDaily Akhbar Fitnah Perdana PAS Ditembak Kiri Kanan!!!



Muktamar PAS ke-58 yang sedang berlangsung menyaksikan sikap hati-hati yang tinggi di kalangan perwakilan dalam memilih usul untuk dibahaskan.  Rata-rata mengelak dari membincangkan keresahan akar umbi berkenaan hala tuju parti yang dilihat semakin tersasar.

Namun, dalam ruang litup yang terhad untuk mengkritik, masih terdapat beberapa perkara yang ‘lolos’ untuk menjadi sasaran kritik.  Antaranya, akhbar rasmi parti iaitu Harakah, mendapat kritikan pedas dari perwakilan.  Antara yang lantang ialah, Ketua Pemuda PAS Wilayah, Kamaruzzaman Mohamad, yang menyifatkan yang Harakah telah tersasar dari perjuangan.
 
Oleh itu, beliau menyarankan agar lidah rasmi PAS itu dipantau dibawah satu jawatankuasa untuk menapis dan mengawal kandungannya.  Usul itu telah diluluskan dengan majoriti besar iaitu 733 perwakilan dari 172 kawasan.

Harakah dikritik sebagai terlalu terbuka dalam memberi ruang kepada pemimpin DAP dan PKR.  Perwakilan juga tidak gemar akhbar tersebut menyiarkan berita yang merugikan PAS di muka depan, antaranya isu Datuk Dr. Hassan Ali dan kontroversi Nasharuddin Mat Isa dan Karpal Singh.  Berita sebegitu menurut mereka, merupakan tindakan batu api dan melaga-lagakan pemimpin PR sesama sendiri.

Jelas, nampaknya perwakilan lebih senang jika akar umbi dibiarkan dalam kegelapan mengenai apa yang berlaku di peringkat atasan.  Mungkin tindakan ini akan lebih memudahkan mereka kerana tidak perlu berhadapan dengan soalan-soalan yang tidak mampu dijawab berkenaan hala tuju PAS dalam PR dan hala tuju PR itu sendiri jika ditanya oleh akar umbi.

Kita setuju dengan Pemuda PAS bahawa Harakah telah tersasar namun bukan kerana bersifat terbuka memberi ruang kepada berita yang merugikan PAS.   Tetapi kerana menjadi peneraju berita-berita fitnah mengenai pemimpin UMNO serta menjadi agen penyebar kebencian sesama Umat Islam.

Pelik, kerana Pemuda PAS tidak pula mengkritik Harakah dari segi ini.   Mungkin kerana fitnah dan kebencian tidak merugikan PAS tetapi menguntungkan, maka ianya dilihat sebagai tidak salah oleh Pemuda PAS.

Namun begitu, tidak mustahil juga kritikan Pemuda PAS terhadap Harakah adalah bersifat ‘tersirat’ iaitu mereka sebenarnya ingin mengkritik individu di belakang Harakah, Kamaruddin Jaafar atau KJ yang menjadi Pengarah Urusan akhbar itu.  Umum sedia maklum bahawa KJ  merupakan orang kuat Anwar Ibrahim.  Pada bulan Julai lepas, Zaini Hassan menulis di kolumnya di Utusan Malaysia seperti berikut:

“Ahli Parlimen P19 Tumpat iaitu Kamaruddin Jaafar,  disebut-sebut akan menggantikan Nik Aziz sebagai MB Kelantan selepas PRU-13 kelak. Difahamkan, jika benarlah, KJ ini yang menjadi AP Tumpat sejak 1999 akan bertanding di DUN N3 Pasir Pekan (di kampung halamannya) dalam kawasan parlimennya sekarang…..”

KJ adalah think tank Anwar dalam Institut Kajian Dasar (IKD) dan jika benar perwakilan PAS merasa tidak senang dengannya, ini menunjukkan yang cengkaman Anwar di dalam Harakah sudah dapat dihidu secara meluas.

Anwar yang sedia maklum akan kepentingan media massa, pasti menggunakan sepenuhnya jawatan KJ untuk menyerapkan agenda Anwarinas secara perlahan-lahan maka tidak hairanlah  jika Harakah memberi ruang yang luas kepada parti sekutu PAS sehingga ahli PAS merasakan seolah-olah pemimpin PAS sendiri terpinggir atau diperkecilkan.

Jika agenda Anwarinas ini yang dikatakan oleh Pemuda PAS sebagai tersasar maka jelaslah bahawa mereka masih lagi di dalam keadaan kabur atau buta.   Nampaknya mereka masih tidak dapat menerima hakikat bahawa PAS dan Anwarinas mahupun DAP adalah satu, dan agenda mereka adalah saling bertindih dengan matlamat untuk menang PRU dan melantik Anwar sebagai Perdana Menteri.

Justeru, Pemuda PAS tidak boleh merungut jika pemimpin parti sekutu diberi lebih kredibiliti oleh Harakah berbanding pemimpin PAS kerana sudah sampai masanya mereka menerima pemimpin sekutu dari DAP dan PKR sebagai pemimpin mereka sendiri.

Ini bermakna, jika isu yang dibawa Harakah merugikan PAS tetapi di masa yang sama membantu mempromosi agenda besar PR, maka secara politiknya, adalah tidak salah bagi Harakah untuk menyiarkannya.

Ini kerana agenda peribadi PAS yang tidak bertindih dengan agenda PR adalah tidak penting dan tidak wajar diperjuangkan.  Inilah erti tahaaluf siyasi iaitu persefahaman politik yang disebut oleh Ketua Dewan Ulama PAS dan diulang-ulang oleh pemimpin kecil PAS yang lain.

Jika Pemuda PAS sendiri tidak memahami tahaaluf siyasi ini, bagaimana mereka boleh memastikan kemenangan PR dalam PRU nanti?

Pernahkah terlintas di fikiran Pemuda PAS bahawa, mungkin Harakah sebenarnya tidak tersasar dalam memainkan peranannya kerana ia kini adalah jentera penyebar fahaman politik PR, dan bukan PAS semata-mata.  Dan bahawa mungkin yang tersasar dari perjuangan PR adalah mereka, iaitu Pemuda PAS sendiri, yang masih belum faham-faham lagi bahawa mereka tidak boleh terlalu lantang membawa agenda peribadi PAS dengan menunjukkan kesungguhan PAS untuk menegakkan Islam.

Hakikat yang perlu diterima oleh Pemuda, Muslimat dan seluruh ahli PAS hari ini ialah, pada masa dan ketika ini, PAS perlu mengalah, untuk menang.  Harakah pula hanya memainkan peranannya sebagai iblis penyebar kebencian dan fitnah untuk memastikan kemenangan Pakatan Rakyat dan bukannya kemenangan PAS semata-mata, sepertimana kewajarannya.

Thursday, November 15, 2012

Akhbar Lidah Rasmi PAS, Harakah Nak Bankrap Dohhh???...




Sidang pengarang lidah rasmi PAS, Harakah ditegur kerana gagal memainkan peranannya sebagai medium penyebaran maklumat gerakan Islam.

Selain itu mutu pemberitaan media rasmi PAS itu juga disifatkan semakin merosot dan kurang berkredibiliti serta menyimpang daripada matlamat asal penubuhannya.

Teguran berkenaan merupakan usul yang dikemukakan PAS Wilayah Persekutuan untuk dibahaskan pada Muktamar Dewan Pemuda PAS Pusat ke-53 di sini, Khamis.


"Kita menyedari bahawa Harakah seolah-olah tidak menjadi organ jemaah Islam dan tidak membawa aspirasi dalam memicu kebangkitan gerakan Islam," kata pernyataan usul di bawah tajuk usul media parti yang dieadarkan kepada media.

Menerusi pernyataan itu juga, Pemuda Wilayah Persekutuan mendesak PAS Pusat menstrukturkan semula sidang editorial Harakah agar dapat menterjemaahkan matlamat sebenar parti itu.

"Kita juga mendesak PAS Pusat membentuk sebuah jawatankuasa untuk menapis dan mengawal kandungan dan pemberitaan Harakah dan Harakahdaily supaya selari dengan dasar parti," katanya.


Friday, March 30, 2012

Menipukini dan HaprakDaily Kantoi Lagi !!!

Laporan Harakahdaily...

Ish..ish…memalukan dan melampau.

Isteri Hoslan Hussein - Noorliza Mohd Isa - suaminya yang dipenjara di Penjara Kajang turut menjadi imam kepada banduan lain ketika solat berjemaah.

Malah, walaupun sedang menjalani hukuman penjara setahun kerana membaling kasut ke arah hakim, Hoslan dikatakan meneruskan tanggungjawab dakwah apabila dikatakan sudah berjaya mengislamkan dua saudara baru dan mengajar agama dalam penjara.

Semalam, akhbar Harakah Daily melaporkan dan memetik kata-kata Noorliza Mohd Isa bahawa suaminya telah mengislamkan dua orang banduan selain mengajar fardu ain serta menjadi imam kepada banduan lain ketika solat berjemaah.

Akhbar rasmi PAS, Harakahdaily memetik Noorliza sebagai berkata: "Alhamdulillah, beliau berjaya mengislamkan dua orang banduan selain mengajar fardu ain di dalam penjara," katanya dalam laporan Harakahdaily itu.

Namun, hari ini Jabatan Penjara Malaysia menafikan dakwaan sebuah media online (Harakahdaily lah tu) berhubung bekas imam yang dipenjarakan atas kesalahan menghina mahkamah selepas membaling selipar ke arah hakim, yang didakwa mengislamkan dua banduan dan menjadi imam di penjara Kajang.

Ketua Unit Perhubungan Awam Jabatan Penjara, Supri Hashim dalam satu kenyataan berkata, pihaknya telah menghantar pegawai untuk menyiasat perkara tersebut .

Hasilnya?

Siasatan mendapati laporan itu tidak tepat dan boleh mengelirukan orang ramai. Ibu Pejabat Penjara telah menghantar pegawai untuk menyiasat laporan media berkenaan kerana mendapati ia bertentangan dengan tatacara dan prosedur jabatan, katanya.

Supri berkata, berasaskan prosedur yang diguna pakai oleh Jabatan Penjara, urusan pengislaman seseorang banduan dilaksanakan secara teratur dan melalui Jabatan Agama Islam dan bukannya banduan lain.

Laporan Malaysiakini Mengenai Imam Hoslan semalam
Tak taulah dengan Harakahdaily ini…bukan main lagi main story itu untuk menunjukkan bahawa ia menyokong dan membela orang yang benar dan ‘berbakti pula kepada Islam’.

Nak tergelak tu….Malaysiakini turut memetik berita berkenaan.

Kedua-duanya sudah kena main dengan isteri Hoslan…kesian, kesian!!!!!!

Friday, October 28, 2011

Upah Orang Asing Naik Imej Datuk Seri Najib??


Harakah kini tiada idea untuk memfitnah Datuk Seri Najib mengupah orang asing menaikkan imej beliau.Sebelum harakah melemparkn fitnah,pihak Sarawak Report telah melemparkan fitnah bahawa Campbell kini menasihati Najib untuk memastikan kemenangan Pilahan Raya Umum(PRU) akan datang.

Semalam Campbell telah membidas segala fitnah dengan mengatakan beliau tidak pernah melawat Malaysia dan mengatakan bahawa segala fitnah adalah mengarut melalui lawan Twitter beliau.Campbell pernah menerajui kempen ‘Cool Britannia’ untuk Blair (kanan) pada sekitar 1990an.

Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub berkata melalui Harakah,"Jika benar Najib mengupah Alastair Campbell yang pernah menjadi ketua komunikasi bekas Perdana Menteri Britain, Tony Blair untuk menaikkan imejnya dan wang rakyat digunakan untuk tujuan itu, ia bukan sahaja membazir dan sia-sia, malah amat tidak adil menggunakan wang rakyat
untuk kepentingan peribadi dan partinya".