Showing posts with label Pemuda PAS. Show all posts
Showing posts with label Pemuda PAS. Show all posts

Wednesday, March 6, 2013

Nasharuddin Tantawi Nak Hantar Pemuda PAS Ke Medan Tempur Lahad Datu??




Salam 2 all.

Teman menghargai kenyataan Ketua Dewan Pemuda PAS Nasharuddin Hasan At-Tantawi yang menyatakan kesediaan beliau menghantar ahli-ahli PAS ke medan tempur di Lahad Datu dan lain-lain demi mempertahankan negara daripada pencerobohan pengganas dan anasir subversif asing daripada Filipina.

Cuma teman agak musykil dengan kenyataan Nasharudin ini dengan satu persoalan: pasukan asykar mana yang dia bercadang nak hantar tu? Dewan Pemuda PAS? Unit Amal PAS?

Kalau takat nak hantar Dewan Pemuda atau Unit Amal, teman rasa lebih baik dok jaga markas PAS aje lah. Takat kepakaran kutip derma masa ceramah, atau tukang takbeer masa penceramah dok maki hamun orang lain (termasuk bertakbeer bila penceramah harbi DAP maki orang Melayu), atau takat kepakaran buat demo haram ikut Ambiga tu, elok dok rumah ajelah. Kang tak pasal polis dan tentera kita yang sedang sibuk berperang terpaksa jaga keselamatan dema pulak dah!

Pada teman, kenyataan Nasharudin Tantawi ni menepati pepatah Melayu, "cerdik tak boleh diajar, bodoh tak boleh diikut".

Tugas menjaga keselamatan negara, termasuk berdepan dengan musuh luar adalah tanggungjawab khusus pasukan Polis DiRaja Malaysia dan Angkatan Tentera Malaysia. Mereka ada pasukan yang terlatih dalam bidang masing-masing dan mempunyai kepakaran tersendiri.

PDRM ada Pasukan Gerakan Am, Pasukan Gerak Khas, Komando Vat 69, Unit Tindakan Khas, Unit Cawangan Khas, Pasukan Khas Senoi Praq, Pasukan Simpanan Persekutuan dan banyak lagi unit-unit yang cukup terlatih dan mempunyai kepakaran tersendiri.

Disebelah ATM jangan cakap lagilah, selain pasukan regular saperti Rejimen Askar Melayu DiRaja (yang kawan Nasharudin Tantawi cauvinis biaDAP berangan sangat nak bubar dan hapuskan), ada pasukan Renjer, Rejimen Gerak Khas, Rejimen Askar Wataniah, Rejimen Kor Jurutera, dan macam-macam lagi. Kita ada TLDM dengan pelbagai pasukan termasuk Pasukan elit PASKAL, pasukan kapal selam KD Tun Razak (yang kekawan Nasharuddin fitnah tidak boleh menyelam), TUDM dengan Skyhawk dan F-16, dan banyak lagi yang masih belum digunakan dalam gerakan Ops-Daulat!

Pendek cerita, walaupun kita menghargai kesediaan Nasharudin Tantawi beriya nak berjihad dan nak mati syahid di Lahad Datu, kita sudah punya pasukan yang lebih daripada mencukupi untuk menangani masalah pencerobohan pengganas Sulu ini.

Apa yang penting, Nahsarudin Tantawi dan yang sewaktu dengannya perlu faham, pencerobohan oleh anasir pengganas dan subversif Sulu ini bukan satu peperangan, tetapi perlakuan jenayah. Ianya adalah jenayah untuk menceroboh negara kita yang berdaulat dan merdeka, ianya adalah satu jenayah untuk membunuh pasukan polis yang menjaga keselamatan negara. Kita sedang berhadapan dengan penjenayah, bukan pasukan tentera sebuah negara.

Sebab itu pihak Polis yang mengendalikan kes ini bukan pasukan tentera (walaupun ATM sedang membantu polis berdasarkan kerjasama strategik Blue-Ocean Strategy). Sama saperti kes pencerobohan Al-Maunah (kebetulan ahli parti Nasharudin yang banyak terlibat), kes pencerobohan Sulu adalah kes jenayah, dan saperti kes jenayah lain, ianya harus dikendalikan oleh pasukan PDRM.

Selanjutnya pada teman, daripada Nasharudin Tantawi sibuk konon nak perang jihad di Lahad Datu, eloklah Nasharudin Tantawi dan yang sewaktu dengannya pergi berperang jihad dengan Tian Chua, rakan sekongkol Nahsarudin Tantawi daripada parti manusia rosak akhlak Anwar Ibrahim!

Nasharudin Tantawi tentu sudah tahu bagaimana rakan sekatil sebantal beliau menghina pihak polis dengan mendakwa pencerobohan anasir pengganas dan subversif Sulu adalah konspirasi UMNO. Sehinggakan ada anggota dan pegawai polis yang terkorban pun nak dipolitikkan oleh rakan sebantal Nasharuddin Tantawi. Inilah politik paling sial yang pernah teman tengok dimainkan oleh haiwan politikus negara ini.

Jadi kalau Nasharuddin Tantawi berasa nak berperang jihad sangat, teman nasihatkan Nasharuddin Tantawi eloklah pergi berperang dengan rakan sebantalnya itu. Pada teman, pihak keselamatan, terutama ahli keluarga anggota polis yang terkorban akan sangat menghargai jasa Nasharudin Tantawi jika dia mengangkat pedang jihad dan bertakbeer menentang Tianchua, dan kalau jumpa dia elok Nasharuddin melempang Tianchua dua tiga kali sambil bertakebeer sakan!

Jangan Nasharudin jadi macam Nik Aziz, ketua Majlis Syura PAS yang pergi kerumah Karpal Singh membawa pisau; yang teman ingatkan nak pergi lempang Karpal Singh kerana mempertikaikan keputusan Syura PAS melarang penggunaan kalimah ALLAH oleh kristian dimana Nik Aziz pengerusinya; rupa-rupanya Nik Aziz pergi rumah Karpal bawak pisau untuk potong kek sambut birthday dihari Taipusam!

Atau elok juga Nasharuddin Tantawi mengajak Angkatan Takbeer PAS berperang dengan Anwar Ibrahim, Lim Guan Eng, Lim Kit Siang dan Karpal Singh yang bertegas mahu kristian dibenarkan menggunakan kalimah ALLAH sapertimana perisytiharan yang turut ditandatangani (malah disediakan) oleh ketua Nasharudin Tantawi sendiri Hadi Awang pada 08 Januari 2013!

Sedangkan Nasharuddin Tantawi tahu keputusan itu bukan sahaja bertentangan dengan syara', malah bercanggah dengan pendirian Majlis Syura parti Nasharuddin Tantawi sendiri! Malah kata Timbalan Mursyidul Am Dr Haron Din, adalah syirik dan kufur untuk membenarkan kristian menggunakan kalimah ALLAH kerana ini soal aqidah. Sampai Dr. Haron Din kata akan pertahankan kalimah ALLAH sehingga habis nyawa!

Jadi nasihat teman kepada Nasharuddin Tantawi, daripada mike sibuk nak hantar Angkatan Takbeer PAS ke Lahad Datu, eloklah mike hantar Angkatan Takbeer PAS berjihad menentang Anwar Ibrahim, Guaneng, Kitsiang, Karpal Singh, dan mungkin juga Hadi Awang (kerana sampai hari ini tak tarik balik kenyataan bersetuju dengan Anwar & Kitsiang kristian boleh pakai kalimah ALLAH, malah Anwar sampai kata baru ni Hadi Awang yang sediakan text persetujuan tersebut)!

Pada teman, kalau ditakdirkan Nasharudin Tantawi dan Angkatan Takbeer PAS terkorban semasa perang menentang Anwar, Guan Eng, Kitsiang dan Karpal Singh demi mempertahankan kalimah ALLAH yang disyirikkan, insyallah Nasharuddin Tantawi boleh digolongkan sebagai mati syahid!

Dan Nasharuddin Tantawi akan berjasa besar kepada negara dan rakyat Malaysia kalau dia boleh mengetuai Angkatan Takbeer PAS ke Filipina untuk mendesak dan mencari kebenaran lapuran media Filipina yang mendedahkan siasatan Bahagian Risik Filipina yang membongkar dalang sebenar disebalik serangan anasir pangganas subversif Sulu menceroboh Malaysia.

Lapuran tersebut secara jelas mendedahkan penglibatan kalipah yang disanjung oleh parti Nasharuddin Tantawi sebagai dalang dan barua kepada insiden ini. Negara dan rakyat Malaysia pasti akan berbangga dan bersyukor jika Nasharuddin Tantawi dan Angkatan Takbeer PAS membongkar rahsia yang didedahkan oleh media Filipina tersebut! Dan jika lapuran media Filipina itu didapati benar, negara akan sangat berbangga jika Nasharuddin Tantawi dan Angkatan Takbeer PAS mengisytiharkan perang jihad dan sanggup mati syahid menentang pengkhianat dan petualang negara ini!

Oh ya sebelum lupa, mungkin Nasharuddin Tantawi boleh menasihatkan beberapa orang rakan taulan dia dalam PAS yang begitu ghairah dan seronok menggunakan gelaran Datu (yang ditukar sendiri oleh dema lepas itu menjadi Datuk) yang konon ceritanya dianugerahkan oleh mereka yang mengaku Sultan Sulu. Teman dengar cerita dalam kepimpinan PAS pun ada yang yang pakai gelaran palsu yang tak diiktiraf ini!

Jadi Nasharuddin Tantawi, mike sebenarnya ada banyak kerja lagi nak buat. Jadi eloklah mike fikir semula niat dan cadangan nak hantar rejimen Angkatan Takbeer PAS berjihad ke Lahad Datu. Mike pun takde asykar nak hantar, yang ada pun pasukan takbeer dan pasukan demo haram.

Biarlah pasukan PDRM & ATM kita menyelesaikan masalah pertahanan negara ini.  Mike selesaikanlah masalah parti mike sendiri. Berjihad menentang pemimpin dan rakan sekongkol mike yang zalim, mungkar dan maksiat ini lebih baik daripada mike berangan nak berjihat di Lahad Datu itu.

Yang baik datangnya daripada ALLAH, yang tidak kelemahan teman sendiri. Moga ALLAH meneguhkan aqidah dan iman kita, dan menjauhkan kita daripada syirik dan kekufuran.

Wallahua'lam & Wassalam.

Adios amigos, grasias senor.

Zulkifli Bin Noordin
Rabu
23 Rabi'ul Akhir 1434
06 Mac 2013

Saturday, November 17, 2012

HaprakDaily Akhbar Fitnah Perdana PAS Ditembak Kiri Kanan!!!



Muktamar PAS ke-58 yang sedang berlangsung menyaksikan sikap hati-hati yang tinggi di kalangan perwakilan dalam memilih usul untuk dibahaskan.  Rata-rata mengelak dari membincangkan keresahan akar umbi berkenaan hala tuju parti yang dilihat semakin tersasar.

Namun, dalam ruang litup yang terhad untuk mengkritik, masih terdapat beberapa perkara yang ‘lolos’ untuk menjadi sasaran kritik.  Antaranya, akhbar rasmi parti iaitu Harakah, mendapat kritikan pedas dari perwakilan.  Antara yang lantang ialah, Ketua Pemuda PAS Wilayah, Kamaruzzaman Mohamad, yang menyifatkan yang Harakah telah tersasar dari perjuangan.
 
Oleh itu, beliau menyarankan agar lidah rasmi PAS itu dipantau dibawah satu jawatankuasa untuk menapis dan mengawal kandungannya.  Usul itu telah diluluskan dengan majoriti besar iaitu 733 perwakilan dari 172 kawasan.

Harakah dikritik sebagai terlalu terbuka dalam memberi ruang kepada pemimpin DAP dan PKR.  Perwakilan juga tidak gemar akhbar tersebut menyiarkan berita yang merugikan PAS di muka depan, antaranya isu Datuk Dr. Hassan Ali dan kontroversi Nasharuddin Mat Isa dan Karpal Singh.  Berita sebegitu menurut mereka, merupakan tindakan batu api dan melaga-lagakan pemimpin PR sesama sendiri.

Jelas, nampaknya perwakilan lebih senang jika akar umbi dibiarkan dalam kegelapan mengenai apa yang berlaku di peringkat atasan.  Mungkin tindakan ini akan lebih memudahkan mereka kerana tidak perlu berhadapan dengan soalan-soalan yang tidak mampu dijawab berkenaan hala tuju PAS dalam PR dan hala tuju PR itu sendiri jika ditanya oleh akar umbi.

Kita setuju dengan Pemuda PAS bahawa Harakah telah tersasar namun bukan kerana bersifat terbuka memberi ruang kepada berita yang merugikan PAS.   Tetapi kerana menjadi peneraju berita-berita fitnah mengenai pemimpin UMNO serta menjadi agen penyebar kebencian sesama Umat Islam.

Pelik, kerana Pemuda PAS tidak pula mengkritik Harakah dari segi ini.   Mungkin kerana fitnah dan kebencian tidak merugikan PAS tetapi menguntungkan, maka ianya dilihat sebagai tidak salah oleh Pemuda PAS.

Namun begitu, tidak mustahil juga kritikan Pemuda PAS terhadap Harakah adalah bersifat ‘tersirat’ iaitu mereka sebenarnya ingin mengkritik individu di belakang Harakah, Kamaruddin Jaafar atau KJ yang menjadi Pengarah Urusan akhbar itu.  Umum sedia maklum bahawa KJ  merupakan orang kuat Anwar Ibrahim.  Pada bulan Julai lepas, Zaini Hassan menulis di kolumnya di Utusan Malaysia seperti berikut:

“Ahli Parlimen P19 Tumpat iaitu Kamaruddin Jaafar,  disebut-sebut akan menggantikan Nik Aziz sebagai MB Kelantan selepas PRU-13 kelak. Difahamkan, jika benarlah, KJ ini yang menjadi AP Tumpat sejak 1999 akan bertanding di DUN N3 Pasir Pekan (di kampung halamannya) dalam kawasan parlimennya sekarang…..”

KJ adalah think tank Anwar dalam Institut Kajian Dasar (IKD) dan jika benar perwakilan PAS merasa tidak senang dengannya, ini menunjukkan yang cengkaman Anwar di dalam Harakah sudah dapat dihidu secara meluas.

Anwar yang sedia maklum akan kepentingan media massa, pasti menggunakan sepenuhnya jawatan KJ untuk menyerapkan agenda Anwarinas secara perlahan-lahan maka tidak hairanlah  jika Harakah memberi ruang yang luas kepada parti sekutu PAS sehingga ahli PAS merasakan seolah-olah pemimpin PAS sendiri terpinggir atau diperkecilkan.

Jika agenda Anwarinas ini yang dikatakan oleh Pemuda PAS sebagai tersasar maka jelaslah bahawa mereka masih lagi di dalam keadaan kabur atau buta.   Nampaknya mereka masih tidak dapat menerima hakikat bahawa PAS dan Anwarinas mahupun DAP adalah satu, dan agenda mereka adalah saling bertindih dengan matlamat untuk menang PRU dan melantik Anwar sebagai Perdana Menteri.

Justeru, Pemuda PAS tidak boleh merungut jika pemimpin parti sekutu diberi lebih kredibiliti oleh Harakah berbanding pemimpin PAS kerana sudah sampai masanya mereka menerima pemimpin sekutu dari DAP dan PKR sebagai pemimpin mereka sendiri.

Ini bermakna, jika isu yang dibawa Harakah merugikan PAS tetapi di masa yang sama membantu mempromosi agenda besar PR, maka secara politiknya, adalah tidak salah bagi Harakah untuk menyiarkannya.

Ini kerana agenda peribadi PAS yang tidak bertindih dengan agenda PR adalah tidak penting dan tidak wajar diperjuangkan.  Inilah erti tahaaluf siyasi iaitu persefahaman politik yang disebut oleh Ketua Dewan Ulama PAS dan diulang-ulang oleh pemimpin kecil PAS yang lain.

Jika Pemuda PAS sendiri tidak memahami tahaaluf siyasi ini, bagaimana mereka boleh memastikan kemenangan PR dalam PRU nanti?

Pernahkah terlintas di fikiran Pemuda PAS bahawa, mungkin Harakah sebenarnya tidak tersasar dalam memainkan peranannya kerana ia kini adalah jentera penyebar fahaman politik PR, dan bukan PAS semata-mata.  Dan bahawa mungkin yang tersasar dari perjuangan PR adalah mereka, iaitu Pemuda PAS sendiri, yang masih belum faham-faham lagi bahawa mereka tidak boleh terlalu lantang membawa agenda peribadi PAS dengan menunjukkan kesungguhan PAS untuk menegakkan Islam.

Hakikat yang perlu diterima oleh Pemuda, Muslimat dan seluruh ahli PAS hari ini ialah, pada masa dan ketika ini, PAS perlu mengalah, untuk menang.  Harakah pula hanya memainkan peranannya sebagai iblis penyebar kebencian dan fitnah untuk memastikan kemenangan Pakatan Rakyat dan bukannya kemenangan PAS semata-mata, sepertimana kewajarannya.

Friday, November 16, 2012

Pemuda PAS Tolak Bersih 4.0???



Semua orang tahu, penganjuran BERSIH adalah melibatkan Zionis, sama ada dari segi kewangan, latihan, mahupun strateginya. Zionis memberikan bantuan menerusi beberapa agensi-agensinya yang diketahui rapat dengan Anwar Ibrahim dan DAP. Zionis yang berpangkalan di Singapura dan Australia menjadi tempat rujukan tetap Anwar Ibrahim, Elizabeth Wong, Tian Chua serta pemimpin-pemimpin DAP seperti Tony Pua dan Lim Guan Eng. Bahkan seorang lelaki yang dikenali sebagai Andrew Chew, menjadi orang kepercayaan Lim Guan Eng untuk melarikan sebahagian besar wang rakyat Pulau Pinang ke dalam akaun peribadinya di Singapura.

BERSIH yang konon-kononnya dianjurkan untuk menuntut pilihanraya yang bersih dan adil, sebenarnya tidak lebih daripada sebuah pergerakan yang mahu melihat Malaysia menjadi sebuah negara kucar-kacir yang memudahkan kemasukan Zionis menerusi penawanan ekonomi mahupun politik. Dan walaupun PAS terlibat sepenuhnya dalam BERSIH menerusi penglibatan Mat Sabu selaku pemimpin utamanya, PAS tidak lebih daripada seekor keledai yang ditunggang dan dicungkil punggungnya agar bergerak pantas.

Sebabnya sangat mudah, penyertaan demonstrasi siri BERSIH hampir sebahagian besarnya adalah ahli-ahli PAS. Sedangkan DAP pula sekadar mengerahkan beberapa kerat ahli dan penyokong mereka bagi mengelabui dan menyeronokkan PAS. PKR pula yang ketiadaan ahli, sekadar berlagak macam tuan besar, konon-kononnya merekalah yang mengaturkan segala-galanya. Dan konon-kononnya, wang yang dikeluarkan untuk perbelanjaan demonstrasi tersebut juga datang daripada PKR.

Manakala PAS pula dikerahkan menghimpunkan puluhan ribu ahli-ahlinya untuk berdemonstrasi di jalanraya seperti kera-kera yang terbakar ekor. PAS jugalah yang menyediakan segala kemudahan dan PAS jugalah yang menyediakan UNIT AMAL untuk membantu para peserta demonstrasi selain barisan peguam yang diwakili oleh Hanifa Maidin.

Mungkin menyedari mereka ditertawakan oleh sebahagian besar rakyat Malaysia yang mengikuti perkembangan PAS dibodohtaikkan oleh DAP dan PKR, Pemuda PAS sebulat suara menolak usul mengadakan atau terlibat dengan penganjuran BERSIH 4.0. Alasan yang diberikan ialah, segala tenaga dan kewangan elok ditumpukan kepada PRU yang semakin hampir. Malah Pemuda PAS juga berpendapat, lebih baik tenaga yang hendak dihantar ke dalam demonstrasi BERSIH 4.0 itu digunakan untuk memberi penjelasan bagi memudahkan PAS menawan Putrajaya.

PAS tawan Putrajaya dengan 60 kerusi?

Alahai… kalau PAS tidak terlibat dalam demonstrasi BERSIH 4.0, kuranglah meriahnya demonstrasi tersebut. Tanpa PAS, demonstrasi BERSIH 4.0 mungkin akan hanya diadakan di Dataran Maybank Bangsar Utama, atau paling tidak pun di hadapan pejabat Hishamuddin Rais tidak jauh dari Dataran Maybank.

Tanpa penyertaan ahli-ahli PAS, sudah tentulah, Hishamuddin Rais hanya mampu menjentik telur sendiri kerana berapa kerat sangatlah demonstrator dari PKR dan DAP yang sanggup turun. Lagipun, ahli-ahli PAS adalah upahan yang paling murah boleh diperolehi oleh DAP dan PKR. Cukup dengan duit rokok dan janji-janji muluk, ahli-ahli PAS boleh berguling-guling di atas jalanraya.

Takkanlah ahli-ahli PAS, terutama sekali Pemuda PAS mahu melepaskan peluang itu? Takkan mereka tidak mahu membuktikan yang PAS adalah parti murahan dan ahli-ahlinya pula tidak lebih hormat daripada pelacur kelas kambing yang boleh dipergunakan untuk apa-apa tujuan bagi kepentingan DAP dan PKR?

Thursday, November 15, 2012

Pemuda PAS Didesak Jadi Agen Kritik Pembangkang



Kepimpinan Pemuda PAS Pusat dibidas kerana gagal memainkan peranan sebagai agen pendesak dan pengkritik terutama membabitkan kerjasama politik dengan sekutunya dalam pakatan pembangkang.

Perwakilan Johor, Mohd Faizul Mohd Salleh berkata, Pemuda PAS dilihat seolah-olah mengambil pendirian untuk berdiam diri tanpa memberi sebarang teguran atau kritikan terhadap kepimpinan pentadbiran kerajaan negeri yang diterajui Pakatan Rakyat.

"Adakah pentadbiran kerajaan Pakatan Rakyat sekarang ini seperti maksum (bebas kesalahan)?

"Hari ini tak ada sebarang teguran daripada Pemuda PAS terhadap negeri-negeri yang kita tadbir...perkara ini perlu kita perbaiki, kita kena mainkan peranan yang baik," katanya ketika membahaskan ucapan Dasar Ketua Pemuda PAS Pusat, Nasrudin Hassan Tantawi di sini, Khamis.

Selain itu Mohd Faizul dengan lantang turut mengkritik intipati Ucapan Dasar Nasrudin kerana disifatkan gagal menyuntik semangat perwakilan Pemuda PAS terutama bagi menghadapi pilihan raya umum akan datang.

Malah menurutnya, Nasrudin gagal menggunakan kesempatan pada muktamar terakhir sebelum pilihan raya umum akan datang khusus sebagai medan pengukuhan jentera dikalangan golongan muda.

"Ucapan dasar ini hanya seolah-olah sebagai sorotan sejarah...tak ada perkara baru yang dibangkitkan dan kurang lontaran idea yang didahagakan anak muda.

"Sebab itu hingga hari ini tidak ada figura hebat yang dilahirkan Pemuda PAS untuk dijadikan ikon golongan muda," katanya.

Akhbar Lidah Rasmi PAS, Harakah Nak Bankrap Dohhh???...




Sidang pengarang lidah rasmi PAS, Harakah ditegur kerana gagal memainkan peranannya sebagai medium penyebaran maklumat gerakan Islam.

Selain itu mutu pemberitaan media rasmi PAS itu juga disifatkan semakin merosot dan kurang berkredibiliti serta menyimpang daripada matlamat asal penubuhannya.

Teguran berkenaan merupakan usul yang dikemukakan PAS Wilayah Persekutuan untuk dibahaskan pada Muktamar Dewan Pemuda PAS Pusat ke-53 di sini, Khamis.


"Kita menyedari bahawa Harakah seolah-olah tidak menjadi organ jemaah Islam dan tidak membawa aspirasi dalam memicu kebangkitan gerakan Islam," kata pernyataan usul di bawah tajuk usul media parti yang dieadarkan kepada media.

Menerusi pernyataan itu juga, Pemuda Wilayah Persekutuan mendesak PAS Pusat menstrukturkan semula sidang editorial Harakah agar dapat menterjemaahkan matlamat sebenar parti itu.

"Kita juga mendesak PAS Pusat membentuk sebuah jawatankuasa untuk menapis dan mengawal kandungan dan pemberitaan Harakah dan Harakahdaily supaya selari dengan dasar parti," katanya.


Muktamar PAS Hanya Agenda Jilat Anwar Dan Guan Eng???



Maka berlangsunglah Muktamar Agung PAS yang ke-58 di Kelantan. Muktamar berkenaan menghimpunkan segala macam pemimpin dan ahli PAS, sama ada yang satu kepala, mahupun yang kurang berkepala. Dan seperti biasa, menjelang Muktamar Agung PAS, maka akan bercakaplah para pemimpin PAS dengan penuh semangat dan berkobar-kobar, bagaikan pahlawan yang hendak menyelamatkan puteri dari sebuah menara tinggi yang dijaga oleh naga sakti.

Beberapa nama telah tercicir sebelum Muktamar biarpun nama-nama berkenaan pernah suatu ketika dahulu merupakan antara pemimpin terkenal dan terpenting PAS. Antara nama-nama berkenaan adalah Nasharuddin Mat Isa, bekas Timbalan Presiden PAS, yang masih lagi ahli PAS dan merupakan salah seorang Ahli Majlis Syura PAS Pusat tetapi sangat dibenci oleh golongan yang menyembah Anwar Ibrahim dan Lim Guan Eng.

Seminggu sebelum berlangsungnya Muktamar Agung PAS Ke-58, satu pertemuan telah dibuat di Hotel Vistana. Dalam pertemuan berkenaan, 11 Resolusi telah dicapai secara sebulat suara. 11 Resolusi tersebut merupakan keprihatinan ahli-ahli dan bekas-bekas ahli PAS yang sebenarnya masih meyayangi parti berkenaan terhadap PAS. Resolusi-resolusi berkenaan dilihat sebagai pemangkin kepada usaha menjadikan PAS lebih ulung sama ada sebagai ketua Pakatan Rakyat, mahupun PAS sebagai sebuah parti individu… atau lebih tepat lagi, sama ada PAS sebagai wadah politik Islam, mahupun sebagai satu gerakan Islamiyyah yang menjadikan politik sebagai medan berdakwahnya.

Dan seperti biasa, sebarang Resolusi yang memperkecil-kecilkan penglibatan kaum PARASIT dan IBLIS PAS, maka akan bersuaralah golongan berkenaan. Salah seorang daripada mereka adalah Khalid Samad, Timbalan Pesuruhjaya PAS Selangor yang juga merupakan ‘Ketua Whip’ penyembah-penyembah Anwar Ibrahim dan Lim Guan Eng.

Khalid Samad melabelkan pembuat-pembuat Resolusi tersebut sebagai ANJING dan menyifatkan mereka tidak berhak memberikan sebarang pandangan terhadap PAS kerana sebahagian daripada mereka adalah bekas-bekas ahli.

Pendapat yang sama juga disuarakan oleh Pesuruhjaya PAS Kedah, merangkap Menteri Besar Kedah, Azizan Abdul Razak. Kata Azizan, Resolusi-Resolusi tersebut tidak terpakai kerana ianya bukanlah dibuat oleh kepimpinan yang ‘berhak’.

Sebelum ini, Khalid Samad pernah menyatakan bahawa PAS adalah sebuah parti yang sedia dikritik sama ada dari kalangan ahli-ahli PAS sendiri mahupun orang luar. Kritikan berkenaan katanya, akan menambahkan lagi kemantapan perjuangan dan kehadiran PAS dalam arus perdana politik tanahair.

Bagaimanapun, seperti yang semua maklum, di dalam PAS, sudah ada momokan bahawa ULAMA TIDAK BOLEH DIKRITIK. Manakala pemimpin-pemimpin yang dilihat mempunyai ‘serban besar’ akan segera diangkat menjadi ulama, biarpun pengangkatan tersebut sekadar berpandukan kepada serban, jubah dan kepiah putih, bukannya bidang keilmuwan dan kesarjanaannya dalam bidang-bidang tertentu. Momokan ULAMA itu sengaja diberikan agar, segala keputusan tidak boleh dicabar atau disangsikan.

Dek kerana itulah, sebarang keputusan daripada Majlis atau Dewan Ulama PAS, biasanya bermusim dan mengikut kepentingan tembolok pemimpin-pemimpin PAS, bukannya ijtihad agama dan maslahat umat.

Muktamar Ke-58 ini sebenarnya terlalu rapat dengan PRU. Seperti yang diketahui, PAS bergantung sepenuhnya kepada PKR dan DAP sama ada dari segi taktikal, mahupun kewangan. Para pemimpin PAS Pusat dan penggubal serta pelaksana dasar PAS, adalah mereka yang terikat sepenuhnya dengan PKR dan DAP.

Sebelum ini, PAS kelihatan berkecil hati apabila PKR bertindak merampas banyak kerusi yang ditandingi secara tradisi oleh PAS. Walaupun para pemimpin PAS memberikan alasan TAHALLUF SIYASI untuk memujuk hati sendiri, kebanyakan ahli PAS sangat sedar, bahawa TAHALLUF SIYASI yang diperkatakan itu sebenarnya merupakan penjajahan PKR dan DAP ke atas PAS. Walaupun katanya TAHALLUF SIYASI, hakikatnya, PAS sentiasa perlu mengalah dan akur dengan kehendak serta perintah PKR dan DAP dalam apa juga keadaan, termasuklah HUDUD yang menjadi teras perjuangan PAS.

Hanya untuk memujuk hati para pengikut yang semakin terhina, serangan ke atas UMNO diperhebatkan. Manakala pembelaan terhadap para pemimpin PKR dan DAP dipergiatkan. Para pemimpin PAS tenggelam punca dan hilang fikrah perjuangan yang mereka sendiri ikrarkan dan laung-laungkan.

Justeru, muktamar kali ini sebenarnya dilihat lebih menjurus kepada usaha memujuk dan menenangkan hati para pemimpin PKR dan DAP. PKR mungkin akan bising-bising kerana tanpa suara, PKR adalah kambing jantan hilang janggut. Manakala DAP selaku taiko besar pula, sekadar bercekak pinggang atau memeluk tubuh sambil memerhatikan perjalanan Muktamar Agung PAS Ke-58 dengan mata besar.

Pastinya, dalam Muktamar kali ini, kepentingan PAS akan dikesampingkan, sebaliknya para pemimpin PAS akan memperkatakan tentang hebatnya para pemimpin dari PKR dan DAP. Dan kemudian kata-kata tersebut akan dituruti dengan patuh oleh ahli-ahli PAS yang lain kerana pendoktrinan di dalam PAS telah menjadikan mereka sebagai badut tidak berleher yang akan sentiasa mengangguk, walaupun dubur mereka disula dengan besi berbara!!!

Wednesday, November 7, 2012

Nurul Izzah Saman Pemuda PAS???



KOTA BHARU - Dewan Pemuda Pas semalam ‘menempelak’ Nurul Izzah Anwar berhubung kenyataan kontroversinya mengenai isu kebebasan beragama di negara ini yang didakwa Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu sepatutnya diguna pakai secara sama rata termasuk kepada orang Melayu.


Timbalan Ketua Pemuda Pas, Nik Abdul Abduh Nik Abdul Aziz (gambar) berkata, ungkapan ‘tiada paksaan dalam agama’ daripada ayat 256 surah al-Baqarah adalah merujuk kepada hak bukan Islam untuk kekal dalam agama mereka sebebas-bebasnya dan ia sama sekali tidak melibatkan umat Islam.

Beliau berkata, sesuatu yang amat pelik dan tidak logik apabila mengatakan seorang yang lahir daripada ibu bapa yang beragama Islam, dianggap satu paksaan ke atasnya untuk memeluk Islam.

“Seseorang yang dilahirkan sebagai seorang muslim merupakan satu anugerah Allah untuk dirinya. Ia tidak akan begitu bersusah payah mengenal Tuhannya sebagaimana bukan muslim. -UM


Monday, October 29, 2012

Benarkah??? Tantawi 'Sound' Nik Aziz???



Nampaknya Pemuda PAS dah semakin berani mengkritik dan menyatakan pendirian mereka walaupun ianya bercanggah dan bakal mengundang doa pecah perut Nik Najis.


Pemuda Pas menasihatkan kepimpinan parti itu harus bangga untuk menerima persekitaran semasa bahawa pihaknya sudah ada "pengkritik tetap secara sukarela" dan perlu bijak dalam menilai setiap kritikan agar ia membawa manfaat kepada mereka.


Ketuanya, Nasrudin Hassan berkata, kepimpinnan Pas seharusnya bangga kerana keadaan sudah berubah berbanding keadaan sebelum ini.


Katanya, pada masa lalu, parti itu tidak diberi perhatian, sebaliknya kini mendapat fokus sehingga ada yang sanggup memberi kritikan secara sukarela.


"Apa yang membanggakan saya ialah kini Pas telah mempunyai pengkritik tetap secara sukarela yang terdiri dari pelbagai pihak. Ini satu perkembangan positif.


"Tinggal lagi pimpinan Pas harus bijak dalam menilai setiap kritikan yang diterima agar ia menguntung dan membangunkan parti untuk terus mendokong cita-cita perjuangan Islam," kata beliau dalam blognya di bawah tajuk "Kritik, mengkritik dan dikritik"