Showing posts with label BERSIH. Show all posts
Showing posts with label BERSIH. Show all posts

Friday, November 16, 2012

Pemuda PAS Tolak Bersih 4.0???



Semua orang tahu, penganjuran BERSIH adalah melibatkan Zionis, sama ada dari segi kewangan, latihan, mahupun strateginya. Zionis memberikan bantuan menerusi beberapa agensi-agensinya yang diketahui rapat dengan Anwar Ibrahim dan DAP. Zionis yang berpangkalan di Singapura dan Australia menjadi tempat rujukan tetap Anwar Ibrahim, Elizabeth Wong, Tian Chua serta pemimpin-pemimpin DAP seperti Tony Pua dan Lim Guan Eng. Bahkan seorang lelaki yang dikenali sebagai Andrew Chew, menjadi orang kepercayaan Lim Guan Eng untuk melarikan sebahagian besar wang rakyat Pulau Pinang ke dalam akaun peribadinya di Singapura.

BERSIH yang konon-kononnya dianjurkan untuk menuntut pilihanraya yang bersih dan adil, sebenarnya tidak lebih daripada sebuah pergerakan yang mahu melihat Malaysia menjadi sebuah negara kucar-kacir yang memudahkan kemasukan Zionis menerusi penawanan ekonomi mahupun politik. Dan walaupun PAS terlibat sepenuhnya dalam BERSIH menerusi penglibatan Mat Sabu selaku pemimpin utamanya, PAS tidak lebih daripada seekor keledai yang ditunggang dan dicungkil punggungnya agar bergerak pantas.

Sebabnya sangat mudah, penyertaan demonstrasi siri BERSIH hampir sebahagian besarnya adalah ahli-ahli PAS. Sedangkan DAP pula sekadar mengerahkan beberapa kerat ahli dan penyokong mereka bagi mengelabui dan menyeronokkan PAS. PKR pula yang ketiadaan ahli, sekadar berlagak macam tuan besar, konon-kononnya merekalah yang mengaturkan segala-galanya. Dan konon-kononnya, wang yang dikeluarkan untuk perbelanjaan demonstrasi tersebut juga datang daripada PKR.

Manakala PAS pula dikerahkan menghimpunkan puluhan ribu ahli-ahlinya untuk berdemonstrasi di jalanraya seperti kera-kera yang terbakar ekor. PAS jugalah yang menyediakan segala kemudahan dan PAS jugalah yang menyediakan UNIT AMAL untuk membantu para peserta demonstrasi selain barisan peguam yang diwakili oleh Hanifa Maidin.

Mungkin menyedari mereka ditertawakan oleh sebahagian besar rakyat Malaysia yang mengikuti perkembangan PAS dibodohtaikkan oleh DAP dan PKR, Pemuda PAS sebulat suara menolak usul mengadakan atau terlibat dengan penganjuran BERSIH 4.0. Alasan yang diberikan ialah, segala tenaga dan kewangan elok ditumpukan kepada PRU yang semakin hampir. Malah Pemuda PAS juga berpendapat, lebih baik tenaga yang hendak dihantar ke dalam demonstrasi BERSIH 4.0 itu digunakan untuk memberi penjelasan bagi memudahkan PAS menawan Putrajaya.

PAS tawan Putrajaya dengan 60 kerusi?

Alahai… kalau PAS tidak terlibat dalam demonstrasi BERSIH 4.0, kuranglah meriahnya demonstrasi tersebut. Tanpa PAS, demonstrasi BERSIH 4.0 mungkin akan hanya diadakan di Dataran Maybank Bangsar Utama, atau paling tidak pun di hadapan pejabat Hishamuddin Rais tidak jauh dari Dataran Maybank.

Tanpa penyertaan ahli-ahli PAS, sudah tentulah, Hishamuddin Rais hanya mampu menjentik telur sendiri kerana berapa kerat sangatlah demonstrator dari PKR dan DAP yang sanggup turun. Lagipun, ahli-ahli PAS adalah upahan yang paling murah boleh diperolehi oleh DAP dan PKR. Cukup dengan duit rokok dan janji-janji muluk, ahli-ahli PAS boleh berguling-guling di atas jalanraya.

Takkanlah ahli-ahli PAS, terutama sekali Pemuda PAS mahu melepaskan peluang itu? Takkan mereka tidak mahu membuktikan yang PAS adalah parti murahan dan ahli-ahlinya pula tidak lebih hormat daripada pelacur kelas kambing yang boleh dipergunakan untuk apa-apa tujuan bagi kepentingan DAP dan PKR?

Wednesday, September 5, 2012

Rancangan Tukar Bendera Didedahkan!!!

Usaha Pakatan Rakyat memperkenalkan bendera baru bagi menukar Jalur Gemilang benar-benar memakan diri parti tersebut. Walaupun Anwar bersungguh-sungguh cuba menafikan yang PR punya sebarang niat sedemikian, namun pengakuan pegawai Anwar untuk tugas sebagai penasihat ekonomi Selangor, Najwan Halimi, sebagai pencipta bendera tersebut, menyebabkan penafian Anwar terkantoi.

Najwan telah mempertahankan bendera Sang Saka Bangsa ciptaannya yang didakwanya dicipta seawal tahun 2007. Profile facebook Najwan menamakan dirinya sebagai Timbalan Ketua Penerangan AMK Malaysia, seorang pengamal politik ‘moderate’ dan pengasas serta pengarah Akademi Pak Sako, sebuah akademi yang menggunakan nama Pak Sako, nama sebenar kepada Ishak Haji Muhammad, individu yang mengagaskan idea penyatuan Melayu Raya Indonesia, Malaysia dan Brunei.
Perlu diingatkan iaitu, pada tahun 2003, PKR, pada ketika itu memakai nama Parti Keadilan Nasional (PKN) telah bergabung dengan Parti Rakyat Malaysia (PRM) iaitu satu-satunya parti berhaluan kiri yang masih wujud pada hari ini.
Mengimbas sejarah PRM, pada tahun 1958, PRM pimpinan Ahmad Boestamam telah bergabung dengan Parti Buruh Malaya, pimpinan Pak Sako dan Parti Perhimpunan Kebangsaan, pimpinan Abdul Aziz Ishak) dan menamakan gabungan mereka sebagai Barisan Sosialis Rakyat Malaya (Malayan People’s Socialist Front) yang berhaluan kiri.

Sebelum itu, pada tahun 1938 Ahmad Boestamam menubuhkan Gerakan Kiri Tanah Air (KITA) yang bekerjasama dengan Parti Komunis Malaya bagi menentang Jepun. Beliau kemudiannya menubuhkan Parti Kebangsaan Melayu Malaya (PKMM) pada tahun 1945.

PKMM mempunyai dua cawangan pemuda dan pemudi iaitu Angkatan Pemuda Insaf (API) yang dipimpin oleh Boestamam, dan Angkatan Wanita Sedar (AWAS) yang dipimpin oleh Shamsiah Fakeh yang juga salah seorang aktivis komunis.
Pada tahun 1947, PKMM dipimpin pula oleh Pak Sako.

PKMM kemudiannya, menubuhkan Pusat Tenaga Rakyat (PUTERA) dan bergabung pula dengan AMCJA (All-Malaya Council of Joint Action) sebagai gabungan kumpulan sosialis Malaya. Gabungan ini bertujuan menentang kandungan Perjanjian Persekutuan 1948 untuk penubuhan Persekutuan Tanah Melayu.

Ini kerana PKMM lebih cenderung bagi Tanah Melayu menyertai Indonesia bagi mendapat kemerdekaan pada 1949.

Dalam usaha merealisasikan gagasan ini, PKMM mengambil bendera kebangsaan Indonesia – Sang Saka Merah Putih sebagai bendera parti dan lagu kebangsaan Indonesia Raya sebagai lagu kebangsaan PKMM yang sering dinyanyikan dalam perhimpunan PKMM.

Dan bendera inilah yang begitu mirip dengan bendera ciptaan Najwan dari segi nama dan juga rupa. Ia juga membawa ciri-ciri komunis iaitu latar merah dan bintang kuning.
Oleh itu, persoalan yang timbul ialah, apakah ‘roh’ Pak Sako dan komunis hanya satu kebetulan dalam bendera Sang Saka Bangsa? Apakah kecenderungan PR untuk mengwirakan Mat Indera, seorang pengganas komunis, merupakan sebahagian dari keseluruhan agenda besar komunisme?

Apabila berlaku konfrontasi Indonesia-Malaysia pada 1963, Ahmad Boestamam, Pak Sako dan Aziz Ishak ditahan di bawah undang-undang Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) kerana menjadi pembelot negara dengan bersekongkol dengan Indonesia.

Dan apa yang ironi di sini ialah, Anwar juga dianggap sebagai pengkhianat negara dan sering mengunjungi Indonesia untuk memburuk-burukkan Malaysia serta menghasut rakyat di negara tersebut agar memandang serong dan rendah terhadap rakyat dan negara ini. Seolah-olah beliau cuba menggerakkan satu konfrontasi pula.

Mungkinkah impian Anwar setinggi itu iaitu memanjangkan idea Pak Sako iaitu menggabungkan Indonesia-Malaysia dengan meletakkan dirinya sebagai Ketua bagi gugusan Melayu rantau ini?

Apakah jenis pemimpin yang dengan sengaja ‘menjemput’ negara asing menjajah kita sedangkan pemimpin seharusnya mempertahankan negara dari dijajah? Apalagi negara yang jauh lebih mundur dari kita seperti Indonesia.

Kita tidak dapat membayangkan adanya sebarang penjelasan yang masuk akal dari pihak PR berkenaan isu bendera Sang Saka Malaya ini. PR boleh terus menafi, tetapi kerosakan telah pun berlaku. Rakyat kini telah sedar siapakah PR dan apakah agenda besar parti ini untuk Malaysia.

Malaysia Hampir Pasti Menjadi 'Republik Malaysia' !!!


Ramai yang berang dengan sikap keterlaluan puak-puak Pakatan Rakyat yang bukannya meraikan Hari Kemerdekaan, tetapi memperlekeh dan menghina sambutan tersebut.

Dalam himpunan ‘Janji Demokrasi’ yang diadakan pada malam Merdeka, penyokong-penyokong PR telah bertindak mengenepikan Jalur Gemilang dan sebaliknya sebuah bendera baru mirip Indonesia dan Singapura ‘diperkenalkan’. Terdapat juga risalah yang diedarkan untuk mengajak rakyat mengubah Jalur Gemilang kepada bendera baru itu.

Jelas, puak-puak Pakatan Rakyat sudah tidak lagi dapat menyembunyikan pendirian mereka yang selama ini menafikan atau menolak sejarah kemerdekaan negara ini.

Walaubagaimanapun, setelah dicemuh secara meluas, pemimpin-pemimpin PR telah terpaksa menafikan adanya niat untuk menukar bendera Malaysia di pihak mereka.

Namun, penafian semata-mata tidak membawa makna. Sebaliknya, tindakan PR yang sering berupa ‘khianat’ terhadap negara ini menjadi bukti pupusnya patriotisme di dalam diri mereka.

PR, terutamanya PKR dan DAP banyak berkongsi pendirian yang sama terutama mengenai menghapuskan Institusi Raja-raja atau menubuhkan Republik Malaysia. PAS, walaubagaimanapun, hanyalah pak turut yang bingung, dungu dan tidak tahu apa-apa yang masih beretorik konon ingin membina Negara Islam.

Di kalangan mereka yang celik politik, siapa tidak tahu akan niat Anwar untuk menjadikan negara ini negara Republik. Perkara ini telah pun didedahkan oleh Ummi Hafilda dalam siri-siri ceramahnya dan juga sidang akhbar.

Selain itu, Raja Petra Kamaruddin, yang satu ketika dahulu adalah penulis upahan Anwar, sebelum membuat U-turn dan membelasah Anwar, pernah beberapa kali menulis secara berkias mengkritik sistem Beraja, iaitu satu usaha dari pihak Anwar menghasut rakyat mempersoalkan sistem tersebut.

Penentangan DAP terhadap Institusi Raja pula bukanlah sesuatu yang baru. DAP yang selamanya anti Melayu, Islam amat memusuhi Institusi Raja-raja kerana disitulah terdapatnya benteng pertahanan Melayu dan Islam.

Beberapa kali, DAP mempergunakan PKR dan PAS untuk mempersoal atau memperleceh titah Sultan dalam memperkatakan isu mengenai Islam. Kemuncaknya, dalam sambutan Hari Kemerdekaan peringkat Negeri Selangor, PR telah bertindak membelakangkan terus Sultan Selangor.

Inilah bukti kukuh bahawa PR benar-benar ingin menukar negara ini menjadi Republik.

Mencadangkan bentuk bendera yang menyerupai negara-negara jiran kita yang merupakan Republik menunjukkan yang agenda ini telah pun lama berjalan.

Jika kita menyusuri usaha puak-puak ini, kita akan mendapati bahawa mereka ada mewujudkan blog dan portal, buku dan risalah yang bertujuan mengubah sejarah negara ini, terutama mengenai Kemerdekaan.

Matlamat mereka ialah mempertikai peranan pejuang-pejuang UMNO/Melayu serta mengiktiraf peranan komunis dalam perjuangan kemerdekaan. Untuk itu, mereka telah menghina askar-askar Melayu, Cina dan India serta orang-orang awam yang telah terkorban dalam pertempuran atau dibunuh kejam oleh komunis.

Tidak sukar untuk kita memahami kenapa pihak PR, terutamanya DAP, cuba membela komunis iaitu kerana generasi dari darah komunis itu enggan menerima hakikat bahawa nenek-moyang mereka adalah petualang dan pembunuh kejam.

Sebaliknya, mereka ingin mengubah sejarah menjadikan nenek-moyang mereka yang kejam itu, sebagai wira.

Bukan sejarah mengenai komunis dan kemerdekaan sahaja yang ingin diubah mereka, tetapi juga semua sejarah yang memaparkan pengkhianatan dan kekejaman mereka, contohnya 13 Mei juga, cuba diubah atau dipadam terus.

Masalah tidak dapat menerima hakikat sejarah ini diwarisi atau dipelajari DAP dari PAP Singapura. Kita sedia maklum bahawa Singapura telah pun memadamkan terus sejarah negara itu sebelum kedatangan Sir Stamford Raffles.

Secara teknikalnya, sejarah Singapura ditulis kembali seolah-olah ia adalah sebuah pulau yang tidak bertuan, tidak pernah ditemui atau dihuni oleh sesiapa sebelum Raffles.

Kisah bagaimana Temasek, iaitu nama lama Singapura, telah menjadi pelabuhan penting sejak kurun ke 14 ditutup, mungkin kerana ingin memadamkan terus nama-nama yang menunjukkan bangsa penduduk asal seperti Sang Nila Utama, Parameswara atau Iskandar Shah, iaitu Raja terakhir Temasek.

Adalah penting bagi PAP untuk menghapuskan nama-nama atau jejak-jejak peradaban atau ketamadunan Melayu lama bagi memberi mereka ‘tapak’ dan alasan untuk ‘menjajah’ dan menindas kaum Melayu.

Bagi PAP, imbasan sejarah silam dikhuatiri akan menaikkan semangat cintakan negara yang membawa kepada pemberontakan atau perjuangan ke arah kemerdekaan bagi menuntut kembali tanahair yang telah tergadai.

Atas tujuan yang sama, PR cuba menanam sifat memandang remeh terhadap kemerdekaan negara di kalangan rakyat di Malaysia. Himpunan Janji Demokrasi yang diadakan mereka sebenarnya membawa matlamat ini.

Sedarlah bahawa matlamat mereka untuk mengikut jejak langkah Singapura dengan menenggelamkan sejarah Melayu lama bukanlah cakap-cakap kosong. Sesungguhnya, mereka telah lama berusaha ke arah itu, dengan dibantu oleh Melayu-melayu pengkhianat di dalam PKR dan Melayu-melayu dungu di dalam PAS.

Justeru, bendera ‘baru’ Malaysia yang dikibarkan PR bukan isu remeh, ia sebenarnya membawa agenda yang jauh lebih besar dan bahaya, jika kita semua sanggup mengambil sedikit masa untuk memikir dan mengkaji sejarah, sikap dan tindakan DAP/PKR selama ini. PAS...? Abaikan saja … parti ini akan menurut apa saja, asalkan dapat bergandingan bersama ke Putrajaya.

Saturday, September 1, 2012

Aksi Beruk Kuning Di Dataran !!!!


Credit to KLPOS

Banyak Sungguh Beruk Pada Malam Ambang Merdeka !!!??



31 Ogos adalah hari yang bersejarah untuk negara Malaysia . Tetapi pada sambutan ambang merdeka tahun ini di Dataran Merdeka diadakan pula himpunan demokrasi yang diadakan oleh puak - puak yang tidak bertanggungjawab. Amat memalukan dan melahirkan rasa tidak puas hati kepada himpunan ini kerana orang ramai yang ingin melepak di Dataran Merdeka terpaksa melihat gelagat beruk kuning ini terkinja - jinja.

Orang ramai yang tidak berpuas hati kerana tiada bunga api dan amat kecewa dengan beruk - beruk kuning ini mereka sanggup memijak gambar perdana menteri kita iaitu Dato Seri Najib Tun Razak.

alt

Fikirkanlah, hanya kerana beruk kuning ini, ambang merdeka di Dataran Merdeka menjadi seperti perhimpunan BERSIH baru - baru ini dan mengakibatkan jalan raya sesak dan kenderaan terpaksa mengikut peraturan oleh unit ANJING MERAH ini.

Sama - sama kita layan video di bawah ini berkenaan reaksi orang ramai mengenai beruk kuning ini di Dataran Merdeka



credit to http://klpos.com

Mereka Bangga Memijak Gambar Pemimpin Mereka.. Ini Kah BERSIH??

PM Dipijak Oleh Jin Kuning????




Tq KLPOS

Friday, August 31, 2012

Sedih : Jalur Gemilang Dihina Pada Malam Kemerdekaan !!!




Soalan saya - Tidakkah patut mereka ini semua diambil tindakan kerana berkumpul secara haram ? Apakah beza BERKUMPUL DIDATARAN MERDEKA dengan BERKUMPUL DIMANA PUN ?

Apakah AKTA atau UNDANG2 hanya laku jika diDataran Merdeka saja ? Kalau berkumpul diLUAR Dataran dikira OK ? Peliknya undang2 kita .....

PS - Maksud saya, Hanya berkumpul di DM saja yang perlu permit ? Kalau berkumpul selain dari DM tak perlu permit ? Begitukah disebut dalam Akta Apakenamanya ?

**************************************

Niat hati memang tak nak layan Janji Bersih tapi gambar dibawah buat darah menyirap !


Thursday, April 12, 2012

HOT NEWS !!! Ahli PAS Insaf ?? Boikot Bersih 3.0!!

Dr. Rani didakwa mendapat laporan terdapat beberapa PAS Kawasan kini sedang bermesyuarat untuk membuat keputusan samada bakal menyertai perhimpunan tersebut.

Malah merujuk kepada salah seorang AJK PAS Negeri, setakat ini 12 PAS Kawasan di Selangor telah mengambil langkah memboikot BERSIH 3.0. Ini kerana tindakan Dr. Rani yang semakin lantang mengherdik Hasan Ali dengan membuat kenyataan memperlekehkan isu Murtad.

"Tidak timbul soal serangan beliau (Dr. Rani) terhadap Hasan Ali. Itu hak individu selaku Pemimpin yang mahu mempertahankan PAS. Akan tetapi jika mengeluarkan kenyataan mendakwa isu Murtad tidak penting jika dibandingkan dengan isu2 lain, saya rasa ia kedengaran agak menjengkelkan."

"Dr. Rani sewajarnya merancang terlebih dahulu kenyataan2 yang bakal beliau keluarkan menerusi media dengan mengawal emosi. Isu Hasan Ali bukan isu yang boleh diperlekeh. Mungkin jikalau langkah perlaksanaan Hasan Ali itu dilihat silap, akan tetapi tidaklah perlu memperkecil2 kan masalah akidah sebagai serangan balas terhadap bekas Pesuruhjaya PAS Negeri itu," tegas beliau.

Dr. Rani sebelum ini telah menjawab soalan wartawan berkaitan tayangan Video secara tertutup Bukti berlakunya gejala Murtad di Negeri Selangor yang turut menjemput Pimpinan PAS untuk sama2 hadir.

Dr. Rani lantas dengan emosi menjawab, "PAS Selangor malas nak layan dia. Banyak lagi isu yang lebih penting jika dibandingkan isu yang beliau (Hasan Ali) dedahkan itu. Kami ada cara kami."

Tindakan memboikot ini adalah didakwa sebagai protes daripada kenyataan Dr. Rani tersebut yang dan ianya menggambarkan betapa pentingkan PAS di peringkat akar umbi memandang berat masalah Akidah sebagai isu utama yang mesti dijadikan peranan paling penting dalam membawa arus perjuangan Parti PAS.

"Rasuah salah di sisi Allah. Penyelewengan salah di sisi Allah. Penipuan salah di sisi Allah. Akan tetapi Murtad bukan sekadar salah di sisi Allah.. Murtad ini dijanjikan Allah penghuni "

"Tiada guna protes rasuah, ketidakadikan sistem perundangan, korupsi dan sebagainya. Kerana ianya tidak akan selesai selagi Hukum Allah dilaksanakan. Selagi PAS tunduk kepada Sistem Perundangan DAP dan PKR, selagi itu masalah ini tidak selesai. Maka yang mesti diperjuangkan adalah Hukum Allah."

"Kita beri ruang dan bersangka baik dengan rakan parti. Akan tetapi jikalau Pemimpin No. 1 PAS sendiri sanggup mengeluarkan kenyataan memperkecil2 kan masalah Akidah dan Murtad, maka ianya tiada ruang untuk sebarang kerjasama." tegas beliau lagi.

Sunday, April 8, 2012

AHLI_AHLI TERTINGGI BERSIH 3.0!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

hahahahaha

Inilah akibatnya mengikut bontot Anwar Ibrahim