Thursday, April 12, 2012

HOT NEWS !!! Ahli PAS Insaf ?? Boikot Bersih 3.0!!

Dr. Rani didakwa mendapat laporan terdapat beberapa PAS Kawasan kini sedang bermesyuarat untuk membuat keputusan samada bakal menyertai perhimpunan tersebut.

Malah merujuk kepada salah seorang AJK PAS Negeri, setakat ini 12 PAS Kawasan di Selangor telah mengambil langkah memboikot BERSIH 3.0. Ini kerana tindakan Dr. Rani yang semakin lantang mengherdik Hasan Ali dengan membuat kenyataan memperlekehkan isu Murtad.

"Tidak timbul soal serangan beliau (Dr. Rani) terhadap Hasan Ali. Itu hak individu selaku Pemimpin yang mahu mempertahankan PAS. Akan tetapi jika mengeluarkan kenyataan mendakwa isu Murtad tidak penting jika dibandingkan dengan isu2 lain, saya rasa ia kedengaran agak menjengkelkan."

"Dr. Rani sewajarnya merancang terlebih dahulu kenyataan2 yang bakal beliau keluarkan menerusi media dengan mengawal emosi. Isu Hasan Ali bukan isu yang boleh diperlekeh. Mungkin jikalau langkah perlaksanaan Hasan Ali itu dilihat silap, akan tetapi tidaklah perlu memperkecil2 kan masalah akidah sebagai serangan balas terhadap bekas Pesuruhjaya PAS Negeri itu," tegas beliau.

Dr. Rani sebelum ini telah menjawab soalan wartawan berkaitan tayangan Video secara tertutup Bukti berlakunya gejala Murtad di Negeri Selangor yang turut menjemput Pimpinan PAS untuk sama2 hadir.

Dr. Rani lantas dengan emosi menjawab, "PAS Selangor malas nak layan dia. Banyak lagi isu yang lebih penting jika dibandingkan isu yang beliau (Hasan Ali) dedahkan itu. Kami ada cara kami."

Tindakan memboikot ini adalah didakwa sebagai protes daripada kenyataan Dr. Rani tersebut yang dan ianya menggambarkan betapa pentingkan PAS di peringkat akar umbi memandang berat masalah Akidah sebagai isu utama yang mesti dijadikan peranan paling penting dalam membawa arus perjuangan Parti PAS.

"Rasuah salah di sisi Allah. Penyelewengan salah di sisi Allah. Penipuan salah di sisi Allah. Akan tetapi Murtad bukan sekadar salah di sisi Allah.. Murtad ini dijanjikan Allah penghuni "

"Tiada guna protes rasuah, ketidakadikan sistem perundangan, korupsi dan sebagainya. Kerana ianya tidak akan selesai selagi Hukum Allah dilaksanakan. Selagi PAS tunduk kepada Sistem Perundangan DAP dan PKR, selagi itu masalah ini tidak selesai. Maka yang mesti diperjuangkan adalah Hukum Allah."

"Kita beri ruang dan bersangka baik dengan rakan parti. Akan tetapi jikalau Pemimpin No. 1 PAS sendiri sanggup mengeluarkan kenyataan memperkecil2 kan masalah Akidah dan Murtad, maka ianya tiada ruang untuk sebarang kerjasama." tegas beliau lagi.

1 comment:

  1. BAGUSLAH, sebagai ahli PAS tak berjawatan apa2 nie..elok kita berhenti dpd menyokong pendukung LGBT nie, serta org yg menyokong keselamatan yahudi dan pelakon video lucah dgn amoi china nie..tak guna langsung.
    Baik kita perjuangkan Islam yang sebenar dan memBERSIHkan Selangor dpd sampah-sarap yang tak dikutip..

    ReplyDelete