Tuesday, April 17, 2012

Syabas Proton Di Atas Pelancaran Kereta Bertaraf Global


Semalam diadakan pelancaran model terbaru Proton iaitu Proton Preve yang dirasmikan oleh Perdana Menteri kita iaitu Dato Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak di Pusat Konvensyen Dan Pameran Antarabangsa (MIECC) di Seri Kembangan.

Model baru yang bertujuan dapat mengukuhkan pasaran eksport pengeluar kereta nasional itu ditawarkan pada harga RM59,990 seunit bagi versi standard eksekutif transmisi manual, RM62,990 bagi standard eksekutif automatik CVT dan RM72,990 seunit bagi versi premium.

Turut hadir pada Majlis Pelancaran Tersebut ialah isteri Perdana Menteri , Datin Seri Rosmah Mansor, Menteri Perdadangan Antarabangsa Dan Industri Datuk Seri Mustapa.

Sumber : Perak Today

0 comments:

Post a Comment