Daulat Tuanku! Daulat Tuanku! Daulat Tuanku!
Pagi ini Sultan Kedah, Tuanku Al-Haj Abdul Halim Mu'adzam Shah akan menyempurnakan Majlis Pertabalan sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-14 dalam upacara yang penuh adat istiadat Diraja dan gilang-gemilang di Istana Negara yang baru di Jalan Duta, Kuala Lumpur.
Upacara ini dianggap sangat unik kerana ianya hanya berlaku di negara kita. Lebih menariknya, program pertabalan ini juga mendapat liputan khas dari National Geographics.
Selaku rakyat jelata, sudah pasti asam amat rasa berbangga kerana dapat menyaksikan upacara ini walaupun hanya dari kaca televisyen. Malaysia adalah sebuah negara yang mengamalkan sistem beraja dan kita selaku rakyat yang berpegang teguh kepada prinsip rukunegara seharusnya merasa bangga!.
Semoga Allah S.W.T. memanjangkan umur Agong kita dan memberi kemakmuran kepada negara Malaysia agar kita dapat terus menikmati keamanan hidup di bumi Malaysia.
Daulat Tuanku! Daulat Tuanku! Daulat Tuanku!
0 comments:
Post a Comment