Monday, April 9, 2012

Hasan Ali dakwa Anwar punca PAS tersasar


Hasan Ali kata Anwar adalah punca PAS tersasar. Itu semua orang dah tahu. Anwar memang lama kempunan nak jadi Perdana Menteri. Ketika dipecat dulu dia sudah hampir ke jawatan itu. Sudah tentu dia akan cari kuda tunggangan baru setelah kuda UMNO telah menendang dia hingga jatuh terguling.
Kata Hasan Ali, kalau bekas Presiden Allahyarham Fadzil Noor masih hidup sudah tentu Fadzil Noor tak akan benarkan Anwar menjadikan PAS sebagai kuda tunggangannya. Tapi aku pula berpendapat, kalau Fadzil Noor masih belum pun belum tentu dia tidak terikut-ikut dengan pemimpin-pemimpin PAS yang lain. Hasan Ali tak boleh salahkan Anwar semata-mata kerana yang buat pemimpin PAS tersasar dari dasar perjuangan mereka sekarang sebenarnya adalah diri mereka sendiri.
Lagi pun apa guna PAS jadi parti politik kalau PAS tidak mampu memperolehi kuasa terutama untuk memerintah negara ini. Untuk itu PAS perlu terima kenyataan bahawa mereka perlu mencari rakan kongsi seperti mana UMNO jika mereka mahu mengambil alih tempat UMNO. Jika tidak PAS hanya kekal sebagai parti pembangkang saja dan tidak lebih dari itu.
Hasan Ali jangan pura-pura tak tahu bahawa permupakatan PAS dengan lain-lain parti pembangkang bukannya perkara baru. Allahyarham Tunku dulu pun pernah bercerita bahawa sudah ada pakatan antara PAS dengan lain-lain parti pembangkang ketika mereka menentang parti Perikatan pada tahun 1969 dulu. Walau pun mereka cuba menjarakkan diri antara dengan yang lain tetapi dibelakang penyokong mereka, mereka merancang dan berkerjasama untuk menjatuhkan Perikatan seacara bersama.
Fadil Nor sendiri berkerjasama dengan DAP dan Semangat 46 dalam Angkatan Perpaduan Umah (APU) untuk menjatuhkan BN dulu. Cuma kerjasama pembangkang ini menjadi semankin memberasangkan apabila mereka dapat kejayaan besar pada PRU 12. Itu sebab PAS sanggup mengubah pendekatan mereka daripada menekankan soal dasar Islam menjadikan Islam itu hanya sebagai strategi politik mereka untuk menjatuhkan UMNO dan BN saja.

INGIN LAGI..SILA KLIK DI SINI

0 comments:

Post a Comment