Saturday, April 7, 2012

Selangorku Kroniku Sampah !!!


Inilah yang boleh dikatakan tentang kepimpinan Khalid Gagap ni..Masalah sampah pun tidak boleh selesai..Ini nak salahkan Alam Flora pula..Nak cakap kerajaan pusat tak bagi peruntukan untuk PBT dah beratus juta ringgit untuk pembersihan sampah di SELANGOR sahaja.Untunglah la pemimpin Pakatan Rakyat ni,khususnya membabitkan ahli - ahli Parlimen, ADUN dan Exco Pakatan Rakyat kerana mendapat HARTA KARUN.

Terdapat lebih 50 kontraktor pembersihan dan sampah di Ampang setelah 37 kontraktor pada era UMNO-BN dipecat oleh MPAJ apabila pentadbiran negeri beralih ke tangan Pakatan Rakyat. Dengan alasan kononnya, perkhidmatan yang diberikan tidak memuaskan, Kerajaan Negeri yang dipimpin oleh Khalid Ibrahim mengetuai perompakan dan penjarahan besar-besaran.

Berdasarkan maklumat yang baru diterima, hampir kesemua kontraktor sampah dan pembersihan di bawah MPAJ sebenarnya hanyalah proksi kepada Mr.Mok yang mempunyai kaitan besar dengan Syarikat Muhibah. Mr. Mok dan Syarikat Muhibah telah wujud semenjak pada zaman UMNO-BN mentadbir Selangor lagi. Bagaimanapun, pada masa itu, ketamakan Mr. Mok mampu disekat oleh pentadbiran Khir Toyo.

Pakatan Rakyat berjaya mengambilalih Selangor dari tangan UMNO-BN pada PRU12,Alam Flora Sdn. Bhd pula ditamatkan perkhidmatannya setelah Mr. Mok segera keluar dari sarangnya dan mula mendesak kerajaan negeri Selangor yang baru ini menamatkan perkhidmatannya.

Re-zoning atau pengezonan semula dibuat oleh PBT termasuklah di Ampang. Kawasan-kawasan pembersihan telah dikecilkan bagi membolehkan lebih ramai kontraktor yang merupakan ahli-ahli Pakatan Rakyat selain talam dua muka yang masih menjadi ahli UMNO tetapi sangat berpihak kepada Pakatan Rakyat. Bagaimanapun, pertalian kepada semua kontraktor tersebut akhirnya berakhir kepada Mr. Mok yang menaungi ADUN, Ahli Parlimen dan Exco yang berkaitan.

Dek kerana itulah, kita sebelum ini mendengar tentang Ronnie Liu yang mahu membeli 50 buah compactor dari China. Compactor dijadikan alasan sebagai mampu mengatasi masalah sampah menjelang 1 Mei 2012. Namun perkara sebenar ialah, masalah sampah bukannya compactor sebaliknya kutipan yang hanya dibuat berselang beberapa hari dalam usaha untuk memaksimakan untung. Kutipan setiap hari hanya akan menambahkan kos, sedangkan kawasan yang diservis adalah lebih kecil.

Yang untung besar adalah Mr. Mok-Muhibah yang menelan semua keuntungan kontraktor-kontraktor terbabit menerusi sewaan lori sampah. Ketidakmampuan kontraktor-kontraktor Pakatan yang bukan sahaja tidak berpengalaman, tetapi juga sekadar proksi akhirnya terpaksa ‘diserahkan’ kepada Mr. Mok untuk menguruskan kontrak mereka.

Dan itulah yang sedang berlaku di Ampang. Di atas kertas, tercatat nama syarikat-syarikat Bumiputera, tetapi hakikatnya, kesemua syarikat Bumiputera itu sebenarnya hanyalah proksi Mr. Mok-Muhibah yang akan terjerut dengan hutang sewa lori sampah dan gaji pekerja yang dibekalkan oleh Mr. Mok.

Siapa Mr.Mok dan Syarikat Muhibah? Bagaimana Mr.Mok dan Syarikat Muhibah begitu berkuasa dalam industri sampah di Selangor?

Kaitannya akan terhenti kepada Ronnie Liu!!!

Fikirlah Sendiri ye??????

Sumber : SEL13

0 comments:

Post a Comment