Thursday, November 15, 2012

Muktamar PAS Hanya Agenda Jilat Anwar Dan Guan Eng???



Maka berlangsunglah Muktamar Agung PAS yang ke-58 di Kelantan. Muktamar berkenaan menghimpunkan segala macam pemimpin dan ahli PAS, sama ada yang satu kepala, mahupun yang kurang berkepala. Dan seperti biasa, menjelang Muktamar Agung PAS, maka akan bercakaplah para pemimpin PAS dengan penuh semangat dan berkobar-kobar, bagaikan pahlawan yang hendak menyelamatkan puteri dari sebuah menara tinggi yang dijaga oleh naga sakti.

Beberapa nama telah tercicir sebelum Muktamar biarpun nama-nama berkenaan pernah suatu ketika dahulu merupakan antara pemimpin terkenal dan terpenting PAS. Antara nama-nama berkenaan adalah Nasharuddin Mat Isa, bekas Timbalan Presiden PAS, yang masih lagi ahli PAS dan merupakan salah seorang Ahli Majlis Syura PAS Pusat tetapi sangat dibenci oleh golongan yang menyembah Anwar Ibrahim dan Lim Guan Eng.

Seminggu sebelum berlangsungnya Muktamar Agung PAS Ke-58, satu pertemuan telah dibuat di Hotel Vistana. Dalam pertemuan berkenaan, 11 Resolusi telah dicapai secara sebulat suara. 11 Resolusi tersebut merupakan keprihatinan ahli-ahli dan bekas-bekas ahli PAS yang sebenarnya masih meyayangi parti berkenaan terhadap PAS. Resolusi-resolusi berkenaan dilihat sebagai pemangkin kepada usaha menjadikan PAS lebih ulung sama ada sebagai ketua Pakatan Rakyat, mahupun PAS sebagai sebuah parti individu… atau lebih tepat lagi, sama ada PAS sebagai wadah politik Islam, mahupun sebagai satu gerakan Islamiyyah yang menjadikan politik sebagai medan berdakwahnya.

Dan seperti biasa, sebarang Resolusi yang memperkecil-kecilkan penglibatan kaum PARASIT dan IBLIS PAS, maka akan bersuaralah golongan berkenaan. Salah seorang daripada mereka adalah Khalid Samad, Timbalan Pesuruhjaya PAS Selangor yang juga merupakan ‘Ketua Whip’ penyembah-penyembah Anwar Ibrahim dan Lim Guan Eng.

Khalid Samad melabelkan pembuat-pembuat Resolusi tersebut sebagai ANJING dan menyifatkan mereka tidak berhak memberikan sebarang pandangan terhadap PAS kerana sebahagian daripada mereka adalah bekas-bekas ahli.

Pendapat yang sama juga disuarakan oleh Pesuruhjaya PAS Kedah, merangkap Menteri Besar Kedah, Azizan Abdul Razak. Kata Azizan, Resolusi-Resolusi tersebut tidak terpakai kerana ianya bukanlah dibuat oleh kepimpinan yang ‘berhak’.

Sebelum ini, Khalid Samad pernah menyatakan bahawa PAS adalah sebuah parti yang sedia dikritik sama ada dari kalangan ahli-ahli PAS sendiri mahupun orang luar. Kritikan berkenaan katanya, akan menambahkan lagi kemantapan perjuangan dan kehadiran PAS dalam arus perdana politik tanahair.

Bagaimanapun, seperti yang semua maklum, di dalam PAS, sudah ada momokan bahawa ULAMA TIDAK BOLEH DIKRITIK. Manakala pemimpin-pemimpin yang dilihat mempunyai ‘serban besar’ akan segera diangkat menjadi ulama, biarpun pengangkatan tersebut sekadar berpandukan kepada serban, jubah dan kepiah putih, bukannya bidang keilmuwan dan kesarjanaannya dalam bidang-bidang tertentu. Momokan ULAMA itu sengaja diberikan agar, segala keputusan tidak boleh dicabar atau disangsikan.

Dek kerana itulah, sebarang keputusan daripada Majlis atau Dewan Ulama PAS, biasanya bermusim dan mengikut kepentingan tembolok pemimpin-pemimpin PAS, bukannya ijtihad agama dan maslahat umat.

Muktamar Ke-58 ini sebenarnya terlalu rapat dengan PRU. Seperti yang diketahui, PAS bergantung sepenuhnya kepada PKR dan DAP sama ada dari segi taktikal, mahupun kewangan. Para pemimpin PAS Pusat dan penggubal serta pelaksana dasar PAS, adalah mereka yang terikat sepenuhnya dengan PKR dan DAP.

Sebelum ini, PAS kelihatan berkecil hati apabila PKR bertindak merampas banyak kerusi yang ditandingi secara tradisi oleh PAS. Walaupun para pemimpin PAS memberikan alasan TAHALLUF SIYASI untuk memujuk hati sendiri, kebanyakan ahli PAS sangat sedar, bahawa TAHALLUF SIYASI yang diperkatakan itu sebenarnya merupakan penjajahan PKR dan DAP ke atas PAS. Walaupun katanya TAHALLUF SIYASI, hakikatnya, PAS sentiasa perlu mengalah dan akur dengan kehendak serta perintah PKR dan DAP dalam apa juga keadaan, termasuklah HUDUD yang menjadi teras perjuangan PAS.

Hanya untuk memujuk hati para pengikut yang semakin terhina, serangan ke atas UMNO diperhebatkan. Manakala pembelaan terhadap para pemimpin PKR dan DAP dipergiatkan. Para pemimpin PAS tenggelam punca dan hilang fikrah perjuangan yang mereka sendiri ikrarkan dan laung-laungkan.

Justeru, muktamar kali ini sebenarnya dilihat lebih menjurus kepada usaha memujuk dan menenangkan hati para pemimpin PKR dan DAP. PKR mungkin akan bising-bising kerana tanpa suara, PKR adalah kambing jantan hilang janggut. Manakala DAP selaku taiko besar pula, sekadar bercekak pinggang atau memeluk tubuh sambil memerhatikan perjalanan Muktamar Agung PAS Ke-58 dengan mata besar.

Pastinya, dalam Muktamar kali ini, kepentingan PAS akan dikesampingkan, sebaliknya para pemimpin PAS akan memperkatakan tentang hebatnya para pemimpin dari PKR dan DAP. Dan kemudian kata-kata tersebut akan dituruti dengan patuh oleh ahli-ahli PAS yang lain kerana pendoktrinan di dalam PAS telah menjadikan mereka sebagai badut tidak berleher yang akan sentiasa mengangguk, walaupun dubur mereka disula dengan besi berbara!!!

0 comments:

Post a Comment