Showing posts with label Lim Guan Eng. Show all posts
Showing posts with label Lim Guan Eng. Show all posts

Monday, April 1, 2013

Wahai Macai PR!! Lupakah Anda Dengan Kisah Ini??


Ahli DAP Jelutong, Mohamed Razali Abdul Rahman pernah tampil menjadi saksi mengenai majlis kesyukuran tertutup untuk paderi-paderi di sebuah hotel di Jalan Macalister yang mana mereka berikrar untuk jadikan Malaysia negara kristian dan PM kristian pertama di Malaysia.


Berikut adalah odio ceramah tertutup yang dipercayai adalah dia You Tube. Ikuti dan sedar wahai orang Melayu dan orang Islam, tak kira bendera parti apa  anda kibar kerana setiap rakyat Malaysia perlu waspada pada agenda jahat DAP ...





Friday, March 29, 2013

Apa Cerita Ni??DAP Akan Diharamkan??



"Kami rela disiasat dan ini merupakan komplot politik untuk mengharamkan DAP. Jika simbol roket (DAP) diharamkan, mungkin calon terpaksa memilih alternatif lain sebagai anggota bebas, atau pakai simbol Pas dan PKR."

Kenyataan oleh Penasihat DAP, Lim Kit Siang pada 23 Mac 2013 di atas seakan cuba memberi gambaran dan persepsi negatif kononnya siasatan yang sedang dilakukan oleh Pendaftar Pertubuhan (ROS) tika ini bertujuan untuk mengharamkan DAP.

Walhal kebenarannya, siasatan berhubung pemilihan Jawatankuasa Tertinggi Pusat DAP (CEC) dilakukan setelah mengambil kira aduan yang dibuat oleh ahli seumur hidup DAP iaitu Naib Pengerusi DAP Cawangan Ladang Paroi, Negeri Sembilan, A David Dass.

Selain David, seorang lagi ahli parti yang turut melaporkan kepincangan dalam pemilihan CEC DAP yang berlangsung Disember tahun lepas kepada ROS ialah Mahendran Krishnan, Setiausaha untuk cawangan yang sama.

Kedua-dua mereka bukannya ahli UMNO atau mana-mana komponen BN, bukan juga baru sehari dua menjadi ahli DAP tetapi sudah bertahun-tahun bergelumang jatuh bangun dalam parti paling rasis atas dunia itu.

Laporan dan aduan oleh pemimpin Cawangan DAP Cawangan Ladang Paroi itu hanyalah rentetan daripada ketidakpuasan hati mereka dengan perjalanan pemilihan DAP setelah calon yang gagal iaitu Zairil Khir Johari Abdullah (Christopher Ross Lim) tiba-tiba sahaja diubah kedudukannya menjadi ahli CEC yang kononnya dipilih.

Soal komplot atau konspirasi politik sebenarnya langsung tidak wujud, malah kemungkinan DAP akan digantung atau diharamkan juga tidak timbul memandangkan sehingga sekarang siasatan belum pun selesai sebaliknya tergantung disebabkan keengganan pemimpin DAP memberi kerjasama.

Pengerusi ROS, Datuk Abdul Rahman Othman sehari dua lepas menjelaskan pihaknya menghadapi kesukaran menyiasat kes ini berikutan tindakan seorang pemimpin tertinggi DAP sering memberi alasan ketiadaan masa bila mana di minta memberi keterangan.

Dengan keadaan demikian, mana mungkin ROS telah membuat keputusan, kecuali hakikat sebenarnya Kit Siang sengaja memainkan isu yang tidak wujud semata-mata untuk memancing simpati umum sambil menimbulkan persepsi salah terhadap kredibiliti ROS.

Setakat yang diketahui umum hanya dua parti yang pernah dibatalkan pendaftarannya iaitu UMNO pada tahun 1988 diikuti SNAP pada tahun 2002 dan kedua-duanya komponen BN. Ini jelas membuktikan ROS atau pihak yang lebih tinggi misalnya Mahkamah bukannya alat kepada Kerajaan Pusat pimpinan BN.

Justeru itu, Kit Siang atau mana-mana pemimpin DAP tidaklah perlu takut akan bayang-bayang sendiri. Jika DAP merasakan pemilihan CEC tempohari telus dan adil tanpa penyelewengan, mengapa tidak segera memberi kerjasama menjayakan siasatan ROS supaya ahli-ahli DAP tidak dibelenggu tanda tanya.

Ini tidak, belum apa-apa Kit Siang dah memulakan propaganda kosong menyalahkan orang lain semata-mata untuk mengelakkan pandangan serong terhadap parti pimpinannya yang bermasalah. Sendiri menari tunggang terbalik disalahkan lantai yang terjongkang jongkit.

Wednesday, March 13, 2013

Wahai Pencacai!! Pemimpin 'Keyboard Warrior' Begini Yang Anda Inginkan Sebagai Pemimpin??

Apabila tercetus pertempuran dengan lanun-lanun Sulu, orang pertama yang mengeluarkan kenyataan mengecam, memperlecehkan dan menghina pasukan keselamatan Malaysia adalah Lim Kit Siang. Kematian dua orang anggota polis pada 1 Mac dalam serangan hendap lanun-lanun Sulu membolehkan dia melepaskan segala kebenciannya terhadap institusi kepolisian yang selama ini menjadi duri dalam daging buatnya.

Lebih-lebih lagi apabila bapa Lim Guan Eng itu masih lagi dihantui kegagalannya pada 13 Mei 1969 untuk menguasai Malaysia menerusi cubaannya mewujudkan pertempuran dan peperangan antara kaum di Malaysia.

Pada 3 Mac, selepas serangan hendap lanun-lanun Sulu ke atas anggota pasukan keselamatan di Simunul, Semporna , Lim Kit Siang telah menyarankan agar Najib Abdul Razak segera melawat Lahad Datu dan kawasan pertempuran bagi menunjukkan yang dia adalah seorang Perdana Menteri yang prihatin terhadap keselamatan rakyat dan penduduk Sabah.

Najib Abdul Razak telah ke Lahad Datu beberapa hari lepas. Bahkan ke kawasan pertempuran melawat anggota-anggota pasukan keselamatan tanpa mengenakan baju kalis peluru pun. Manakala Timbalan Perdana Menteri, Muhyiddin Yassin pula telah ke Lahad Datu dan Semporna dua hari lepas, juga untuk tujuan yang sama.

Pandai benar APEK PUAKA pencetus Tragedi 13 Mei 1969 itu buat cabaran. Barangkali dia menyangkakan, pemimpin-pemimpin UMNO semuanya kecut perut dan penakut sepertinya, lantas dia mengeluarkan cabaran tersebut pada 3 Mac menerusi blognya.

Malangnya, Kit Siang dan Anwar Ibrahim sebelum konflik tersebut boleh dikatakan setiap minggu berada di Sabah, berkempen dan berceramah tiba-tiba sahaja LANGSUNG TIDAK BERANI menaiki pesawat ke mana-mana bahagian Sabah. Sebaliknya mereka lebih selesa berada di Semenanjung, menyalak dan terus melakukan tohmahan serta hasutan semata-mata untuk PRU13 yang dilihat lebih besar daripada segala-galanya.

Mengapa agaknya, Kit Siang dan Anwar Ibrahim langsung tidak berani menjejakkan kaki ke Sabah dalam tempoh terdekat ini? Mengapa mereka lebih gemar menyalak, membuat kenyataan yang sekadar bersifat retorik dengan memuji-muji pasukan keselamatan yang sebelum itu mereka keji, seranah, caci maki dan hamun terutama selepas rakyat Malaysia mulai menunjukkan kemarahan yang meluap-luap terhadap Tian Chua yang menyatakan bahawa kejadian di Lahad Datu adalah SANDIWARA semata-mata. Bahkan Tian Chua sendiri pun telah mula mengubah cakap-cakapnya berkenaan perkara yang sama sehingga melihat tindakan menyaman sesiapa sahaja yang memburaikan kenyataannya pada 1 Mac menerusi TWITTER dan KEADILAN DAILY, dianggap sebagai cara terbaik untuk menutup mulut dan melindungi kesalahannya.

Najib dan Muhyiddin telah menyahut cabaran. Bila pula pemimpin-pemimpin utama Pakatan Rakyat mahu menunjukkan keprihatinan mereka terhadap rakyat Sabah khususnya di Lahad Datu dan Semporna dengan membuktikan mereka adalah pemimpin yang sanggup berada di barisan hadapan, bukannya menyalak dari belakang seperti sekarang?

Dan bila pula, NGO-NGO seperti BERSIH, SUARAM, SAMM dan sebagainya termasuklah Pakatan Rakyat mahu mengadakan demonstrasi besar-besaran memenuhi jalan-jalanraya di seluruh Kuala Lumpur untuk menyatakan sokongan terhadap pasukan keselamatan Malaysia yang mempertaruhkan nyawa dan keselamatan diri selain mengutuk lanun-lanun Sulu itu?

Bila lagi?

Sumber

Saturday, February 9, 2013

Guan Eng Didesak Minta Maaf!!!



Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng terus diasak supaya memohon maaf berikutan sikap biadabnya dalam berpolitik sejak kebelakangan ini.

Dengan nada tegas, Presiden Jaringan Melayu Malaysia (JMM), Azwanddin Hamzah berkata, sikap tidak profesional Setiausaha Agung DAP berkenaan terutama berhubung isu melibatkan Barisan Nasional (BN) di negeri itu amat dikesali.

"Guan Eng gemar membuat provokasi terutama terhadap program melibatkan BN di Pulau Pinang. Kebiadapan seorang pemimpin ini tidak sepatutnya dijadikan contoh oleh golongan muda," ujarnya ketika dihubungi di sini hari ini.

Beliau mengulas tindakan Ahli Parlimen Bagan itu yang mahu orang ramai ke majlis Rumah Terbuka Tahun Baharu Cina anjuran BN negeri memakai baju dengan warna tertentu sebagai simbolik menyokong pembangkang.

Baru-baru ini, Majlis Perbandaran Seberang Perai (MPSP) turut menurunkan kain rentang dan poster ucapan Selamat Tahun Baharu Cina oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Jelas Azwanddin, seseorang pemimpin perlu mempunyai sifat berbesar hati meskipun terhadap musuh politiknya agar langkah tersebut menjadi contoh kepada masyarakat.

Menurut beliau, Guan Eng yang diangkat sebagai Khalifah Umar Al-Aziz oleh Pas seharusnya mencerminkan ciri kepimpinan yang mulia, bukan seperti ditunjukkan beliau kini.

"Seorang pemimpin perlu arif dalam memastikan tidak berlaku sebarang ketegangan antara satu sama lain, terutama apabila melibatkan perbezaan politik dan fahaman," katanya-UTUSAN



Saturday, January 12, 2013

Harun Taib Buktikan PAS Sembah Allah, Tapi Hamba Tokong

 
Nampaknya dengan hanya satu ucapan Hari Krismas oleh Tokong Lim, DAP akhirnya berjaya menggunakan nama Allah untuk mengalihkan pandangan rakyat dari isu tanah Kelantan yang tidak mampu ditepis oleh Nik Aziz mahupun Ngeh dan Nga.   Nik Aziz tentunya merasa lega dan terhutang budi dengan Tokong Lim.

Isu Kalimah Allah ini juga berjaya meredakan sedikit isu Amanat Hadi yang melemaskan Hadi Awang, walaupun tidak mampu menguburkannya bersama mereka-mereka yang telah dikuburkan dalam keadaan dikafirkan oleh saudara-mara, anak-anak atau ibubapa sendiri.   Oleh itu, Haji Hadi juga tentu turut merasa lega dan turut terhutang budi dengan Tokong Lim.

Bagi memastikan kelegaan itu berpanjangan, PAS cuba bermain kata-kata dengan memutarbelit  kenyataan sendiri dalam menyatakan pendirian parti itu terhadap perjuangan DAP untuk menyebarkan Injil berbahasa Melayu serta menggunakan nama Allah di dalam risalah dan kitab agama Kristian.   Harapan mereka, isu ini akan menenggelamkan terus isu lain yang menyesakkan mereka, sekurang-kurangnya sehingga pilihanraya.

Jika dirujuk laporan-laporan serta kenyataan pemimpin PAS yang disiarkan oleh laman web rasmi dan tidak rasmi pembangkang di tahun yang lepas-lepas, kita akan dapati bahawa PAS tegas dan konsisten membenarkan Injil berbahasa Melayu dan juga kalimah Allah digunakan dalam risalah dan kitab Kristian dengan syarat ia tidak disalah-gunakan.  Alasan PAS ialah bagi menjaga keharmonian serta membuktikan yang Islam, atau parti mereka, bersifat terbuka berbanding UMNO.

Tetapi, PAS tidak pernah memperincikan maksud ‘salah-guna’ serta tidak menyatakan langkah-langkah untuk memastikan ia tidak disalah-guna dan apa yang dapat dan boleh dilakukan sekiranya ia tetap disalahguna?    Mudah bagi PAS mendesak kerajaan membenarkan kalimah Allah dan injil berbahasa Melayu diedar, tetapi apabila ia disalahguna, tuding pula telunjuk kepada kerajaan.  Apabila kerajaan mengambil tindakan terhadap kes Melayu yang telah berjaya dimurtadkan akibat penyalahgunaan ini, PAS mengambil sikap berdiam diri dan berselindung di sebalik gereja sehingga sanggup memecat Dato’ Dr. Hasan Ali yang membongkarnya.

Monday, January 7, 2013

Isu Silap Kira Undi: Bekas Naib Presiden DAP Desak Guan Eng Letak Jawatan!!!



Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng perlu memikul tanggungjawab dengan melepaskan jawatannya, bukan terus menjadikan orang lain sebagai 'kambing hitam' ekoran kesilapan dalam pengiraan undi pemilihan Jawatankuasa Kerja Pusat (CEC) baru-baru ini.

Bekas Naib Pengerusi DAP, Tunku Abdul Aziz Tunku Ibrahim berkata, sebagai seorang yang sentiasa bercakap tentang integriti dan ketelusan, Guan Eng harus berani memikul beban tersebut.

Menurutnya, jawapan bersahaja Ketua Menteri Pulau Pinang itu tempoh hari bahawa beliau tidak pasti bagaimana kejadian tersebut boleh berlaku adalah sesuatu yang tidak boleh diterima.

"Jika benar beliau seorang pemimpin yang baik dan mempunyai moral yang tinggi, beliau sendiri harus meletak jawatan dalam DAP.-UTUSAN


Monday, December 24, 2012

Guan Eng : Penganut Kristian Tidak Wajar Disekat Guna Kalimah Allah.



DAP menyatakan pendirian bahawa Penganut Agama Kristian di Negara ini tidak sewajarnya disekat dari menggunakan kalimah Allah sebagai rujukan kitab Bible edisi Bahasa Melayu.

Menurut Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng, Kerajaan Pusat yang diterajui Barisan Nasional (BN) disaran mengkaji semula isu tersebut seterusnya membenarkan kalimah Allah dijadikan panduan kitab suci Agama Kristian tersebut.

“Selain membenarkan perkataan Allah seperti yang digunakan di Sabah dan Sarawak sejak 50 tahun lalu dan ribuan tahun di negara Timur Tengah, BN juga harus menghentikan taktik menakutkan pengundi Melayu dengan mendakwa negara Kristian akan tertubuh di negara ini.

“Penganut Kristian tidak pernah mahu menubuhkan sebuah negara Kristian di negara ini, malah penganut ini taat kepada Perlembagaan Negara dengan mengiktiraf Islam sebagai agama Malaysia,” katanya dalam satu kenyataan yang dikeluarkan bersempena Sambutan Hari Natal pada 25 Disember ini.

Kenyataan Ketua Menteri Pulau Pinang itu merujuk kepada keputusan Kementerian Dalam Negeri (KDN) memutuskan melarang kalimah Allah digunakan penganut Agama Kristian di Negara ini susulan ketidakpuasan hati masyarakat Islam di Negara ini.

Ianya dikuatkuasa KDN susulan kes melibatkan satu laporan yang dikeluarkan Akhbar The Herald sekitar tahun 2009 yang telah membangkitkan isu tersebut.

Sumber

Sunday, December 9, 2012

Terbalik!!! DAP Bagi Amaran Pada PAS Kerana Tangkap Bukan Islam Berkelakuan Tidak Senonoh Di Kelantan!!



Secara peribadi, blog ini menyokong penuh tindakan petugas Majlis Perbandaran Kota Bharu Bandaraya Islam (MPKB-BRI) mengeluarkan saman berhubung kesalahan khalwat kepada beberapa pasangan, termasuklah dua orang lelaki di lokasi awam berhampiran lapangan terbang dan taman baru-baru ini.

Bagaimanapun, DAP yang begitu berlagak kononnya mereka lebih memahami Islam berbanding UMNO, melenting dan berang dengan tindakan pihak PAS Kelantan.

Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng yang turut pernah diangkat oleh PAS sebagai jelmaan Khalifah Umar Abdul Aziz, membayangkan kontroversi terbaru ini sebagai mengancam kerjasama antara  DAP dengan PAS dalam Pakatan Rakyat.

Sebelum ini, DAP telah berjaya memaksa PAS Kelantan melutut dan meminta maaf berhubung penguatkuasaan undang-undang larangan tukang gunting rambut wanita 'melayan kepala' pelanggan lelaki meskipun bukan beragama Islam.

Seharusnya, DAP menyokong tindakan MPKB-BRI tersebut memandangkan tindakan itu dapat mengurangkan perlakuan tidak senonoh dan gejala memalukan yang kerap dipamerkan oleh golongan remaja tanpa mengira kaum mahupun agama.

Bagaimanapun, DAP yang sebelum ini kerap menempelak UMNO kerana kononnya mereka tidak anti Islam, nampaknya lebih sudu dari kuah. Walaupun ketika bersama-sama para penyokong PAS, para pemimpin DAP berusaha bersungguh-sungguh untuk menghafal ayat-ayat al Quran untuk diceramahkan dan ditafsirkan sesuka hati agar kelihatan mereka sangat dekat dengan Islam, penguatkuasaan undang-undang yang sekecil itu pun, sudah cukup untuk membuka belang dan temberang DAP.

Tu baru tangkap khalwat, bukannya ditangkap, diadili dan kemudian didapati bersalah sebelum disebat atau direjam. Baru tangkap khalwat dan didenda...

Macam tu, para penyokong PAS yang buta mata, sanggup membutakan akal mereka untuk menyokong DAP?

Kalau MCA tentang tu, memang patutlah sebab DAP dan PAS seringkali melabelkan MCA sebagai tidak faham undang-undang Islam kerana tidak diajar oleh UMNO... ini DAP yang berlebih-lebihan tentang sampaikan mengancam 'PERPADUAN' Pakatan Rakyat dan kerjasama dengan PAS.

Jom umat Islam... kita sokong tindakan MPKB-BRI!!!

Saturday, October 6, 2012

Adakah Lim Guan Eng Sama Seperti Umar Abdul Aziz???????????