Showing posts with label Manifesto BN. Show all posts
Showing posts with label Manifesto BN. Show all posts

Wednesday, April 10, 2013

Wajib Baca!! 7 Perbandingan Manifesto BN & PR

Monday, April 8, 2013

Manifesto Turun Harga Kereta, Siapa Tiru Siapa Didedahkan!!



Gerombolan PR kata BN tiru idea depa, yang mirip satu-satunya tentang kereta lah. Sebenarnya tak tiru pun, AFTA yang dimeterai antara 6 negara ASEAN di Singapura telah diumumkan terlebih dahulu untuk penurunan cukai import, pengecualian kuantiti untuk kenderaan CBU, (Completely Built Up) dari Asean, meliberalisasi lesen pengeluaran melaui Dasar Automatif Negara, FTA dengan Jepun dan Australia (kenderaan 2.0L ke atas) dan dalam proses perbincangan dengan Eropah, Turki dan Bangladesh. Selain itu pengecualian cukai juga telah diumumkan PM dalam belanjawan 2012 untuk kereta hibrid. Cukai kereta menyumbang RM 7bilion pada negara dan digunakan untuk subsidi minyak dan barangan, infrastruktur dan keperluan lain.

Terdapat 3 jenis cukai kereta iaitu Cukai Eksais, Cukai Import, dan Cukai Jualan. Berbeza dengar PR, penurunan cukai secara berperingkat sehingga dari 20% sehingga 30% melibatkan cukai import adalah realistik dan selari dengan AFTA sebelum ini, turut disusuli dengan akujanji memperkasa daya saing kereta nasional tempatan yang melibatkan ribuan pekerja anak watan dan vendor tempatan selain penyumbang pada pembukaan bandar baru seperti Bandar Proton di Tanjung Malim dan Shah Alam dan kerjasama strategik dengan IPTA seperti UTM, pengangkutan awam juga dipertingkat dengan extension LRT, MRT dan Rapid Bus disetiap bandar besar, keretapi laju ke Singapura yang memyumbang kepada bandar-bandar seperti Seremban, Muar, Batu pahat dll. Untuk rekod seramai 100 000 pekerja dalam industri Second-Hand dan Resale Car perlu juga diambil kira.

Beza dengan ManifestoBukanJanji PR, dalam buku akujanji BN, menyatakan apa yg TELAH dilakukan, apa yg AKAN dilakukan dan komitmen dengan usaha-usaha mempertingkat hasil pelaburan negara kepada 1.3 trillion dengan kewujudan 3.3 Juta peluang pekerjaan.

Komen : Sebagai tambahan, ramai yang tidak tahu kelulusan akademik PM dan perancang utama selain Majlis Tindakan Ekonomi Negara (MTEN), Pakar-pakar industri dan lain-lain.

Perdana Menteri, DS Najib Tun Razak : Ijazah Ekonomi Industri, University Notthingham
Menteri Kewangan Ke-2, DS Ahmad Husni : Ijazah Ekonomi, UM, Sijil Kewangan Islam, UIA.
Timbalan Menteri Kewangan, Dr Awang Adek : PhD, Universiti Philadelphia
Menteri Perdagangan, DS Mustapha Mohamed : Ijazah Kelas Pertama Ekonomi di University of Melbourne, Australia dan Sarjana Pembangunan Ekonomi, Universiti Boston.

Sekurang-kurangnya mereka mengetahui bidang ni berbanding Wira PR yang sedap kita dengar 'sastera'nya itu. ManifestoBukanJanji PR yang bergantung pada Rafizi.

Sumber

Sunday, April 7, 2013

'Aku Janji': Janji BN Kepada Rakyat Malaysia!!



Manifesto Barisan Nasional (BN) bukan hanya sekadar manifesto, tetapi satu dokumen 'akujanji' kepada rakyat, kata Pengerusi BN Datuk Seri Najib Tun Razak.

"Saya tidak mahu kata manifesto kerana pembangkang kata manifesto bukan janji, sebab itu nama manifesto tidak berapa sesuai.

"Saya nak kata bukan manifesto tetapi akujanji kepada rakyat Malaysia," kata Perdana Menteri ketika berucap pada perhimpunan janji 1Malaysia "Rakyat Didahulukan" sempena pelancaran manifesto BN bagi pilihan raya umum ke-13 (PRU13) di Stadium Putra Bukit Jalil di sini Sabtu malam.

Najib berkata oleh kerana manifesto atau akujanji adalah dokumen yang penting, ia perlu dilancarkan dalam perhimpunan dan disiarkan secara langsung supaya rakyat seluruh negara boleh menghayati isi kandungan manifesto itu.

"Mereka boleh meneliti apakah komitmen BN kepada rakyat. Biarlah pembangkang kata manifesto bukan janji, kalau bukan janji, apa guna bentang manifesto yang baru, apa faedah bentang manifesto baru.

"Kepada BN, manifesto adalah satu perkara yang serius," katanya.

Sebaliknya Najib membidas pembangkang dan menyifatkan manifesto mereka sebagai sebuah "fantasi dan khayalan" dengan menabur janji sesuka hati.

Najib yang juga Menteri Kewangan berkata sekiranya janji pembangkang dilaksanakan maka defisit negara akan melambung kepada 11.5 peratus manakala hutang negara juga akan melonjak.

"Kita tidak boleh beri mereka peluang untuk mentadbir negara sebab tidak ada apa yang telah mereka lakukan dalam tempoh lima tahun lepas," katanya.

Dalam pada itu, Najib menyifatkan perhimpunan malam ini adalah begitu luar biasa dan paling hebat sepanjang 37 tahun beliau terlibat dalam politik.

Katanya, perhimpunan malam ini bukan sahaja untuk memperlihatkan BN adalah parti yang terkuat di negara ini, tetapi adalah malam yang serius untuk memberitahu kepada rakyat keupayaan BN untuk terus diberi mandat menerajui negara pada PRU13.

Lebih 30,000 penyokong BN membanjiri Stadium Putra Bukit Jalil bagi menyaksikan pelancaran manifesto BN dan mereka kelihatan bersemangat, menandakan sokongan padu kepada BN.

Terus Klik Di Sini