Wednesday, March 7, 2012

Bantuan diperlukan untuk Suhaila



Kenyataan ibu Suhaila iaitu Puan Hanita :-

SUHAILA sebelum ini merahsiakan apa yang dihadapinya.Bila sakit menyerang,dia lebih suka berkurung dalam bilik.Apabila kerap bersembunyi berjam-jam,kami semua mula menyedari ada sesuatu yang tidak kena,Dan saya pula pada awalnya hanya menganggap Suhaila hanya seng­gugut setiap kali datang bulan.Tetapi apabila mendapati setiap bulan Suhaila menanggung sakit sampai menangis,saya bawa dia jumpa doktor.

Pada awal pemeriksaan, doktor mengesahkannya sebagai kencing kotor.Tetapi,kesakitan yang ditanggung Suhaila membuatkan saya nekad mendapatkan khidmat pakar.Kata pakar,anak saya perlu dibedah segera kerana ada ketumbuhan.Tetapi apabila pembedahan dilakukan,doktor terperanjat apabila mendapati Suhaila mempunyai dua rahim dan satu buah pinggang.Doktor menasihatkan saya membawa Suhaila ke hospital kerajaan supaya kes ini dapat dirujuk di sana.

Bagi mengurangkan rasa sakit, Suhaila diberikan ubat tahan sakit. Setiap hari pula, Suhaila perlu diberikan ubat perancang kehamilan, bagi mengelakkannya datang haid.Mendapat maklumat daripada seorang teman tentang pakar perubatan di Hospital Universiti Sharjah, Dubai berjaya melakukan pembedahan kepada seorang kanak-kanak perempuan 13 tahun, yang mempunyai kes sama seperti Suhaila, hati ibu ini berbunga riang.

Sebagai ibu saya sentiasa berfikiran positif.Walaupun tahu ada risikonya, tetapi saya yakin dengan kuasa ALLAH. Segalanya akan berjalan lancar, dan anak saya akan sembuh seperti sedia kala.Lebih baik saya mencuba daripada tidak melakukan apa-apa untuk Suhaila.

Setelah menjalani dua pembedahan, rahim Suhaila kini semakin membesar. Jadi, pembedahan segera perlu dilakukan. Namun dana untuk membiayai pembedahan Suhaila yang dijadual 22 Mac 2012 ini belum mencukupi.Saya masih buntu memikirkan kaedah bagi mendapatkannya sebelum berlepas ke Dubai 19 Mac ini.

Pembedahan segera perlu dibuat bagi menyelamatkan nyawa anak saya.

Hasil sumbangan orang ramai, tiket kapal terbang untuk kami berdua sudah dibeli. Ada pelbagai pihak yang akan mempertimbangkan sumba­ngan bagi meringankan beban tanggungan kos pembedahan itu, namun jumlahnya masih tidak cukup.Pastinya ada yang berta­nya mengapa perlunya pembedahan di luar negara. Kes Suhaila masih baru dalam sejarah perubatan negara. Jadi di sini belum ada kepakaran.

Pihak hospital memak­lumkan, kajian terhadap penyakit ini memakan masa sebelum pembedahan membuang rahim yang gagal berfungsi itu boleh dilakukan. Kelewatan membuat pembedahan hanya akan mendedah­kan Suhaila kepada risiko.Bagaimanapun, saya kini berdepan dengan masalah mendapatkan surat sokongan daripada hospital bagi mengesahkan penyakit yang dihadapi Suhaila. Ketiadaan surat itu menyebabkan bantuan dana membiayai kos perubatannya terbantut.

Sebelum ini, Lembaga Zakat Selangor akan mempertimbangkan dana RM35,000 bagi membiayai pembedahan Suhaila, namun masih belum diputuskan kerana ketiadaan surat sokongan daripada hospital kerajaan.

Saya sangat berharap mendapatkan surat sokongan daripada hospital agar dapat disegerakan bagi menye­lamatkan nyawa Suhaila.

Tolonglah! Permu­dah­­­kan­­­l­­ah usah saya ini.Bantulah saya selamatkan nyawa Suhaila!

Bagi yang ingin membantu sumbangan boleh berbuat demikian menerusi

AKAUN MAYBANK MILIK HANITA : 112101581281

Bersamalah kita membantu dan berdoa agar Suhaila sembuh dari penyakitnya. Amin..

Tuesday, March 6, 2012

Kejam ke Polis !!!


Pihak pembangkang tak habis - habis menghentam Pihak Berkuasa, katanya mereka kejam la , ape la, tapi hakikatnya kalau orang awam tidak bertindak ganas untuk menghuru - harakan keadaan , Pihak Berkuasa pun tidaklah bertindak sedemikian.

kena ingat, Pihak Berkuasa pun manusia jugak.. Nak sabar pun ada jugak hadnya..

Baru - baru ini ada satu kes dimana seorang pemuda berbangsa cina koma kerana cuba melarikan diri dari sekatan jalanraya, Keluarga pemuda itu menyalahkan juga pihak Polis sehingga menyebabkan dia koma dalam eksiden itu.

"hanya kerana adik saya tidak memakai topi keledar, dia menendang motorsikalnya, kenapa dia berbuat begitu sedangkan dia boleh mengeluarkan saman?".Soal kakak mangsa.

Apa yang pasti , semasa kejadian pemuda itu tidak memakai topi keledar dan tidak memiliki lesen memandu. Satu serangan dilakukan ke atas pihak Polis sedangkan kakak mangsa tiada semasa kejadian itu berlaku.

Inilah adalah satu cara untuk menjatuhkan imej Pihak Polis dan maruah Melayu , Pihak Pembangkang pelbagai fitnah yang tidak betul. Dan percaya ini dilakukan oleh sesetengah orang cina yang memang anti Polis dan anti Melayu.

Ahli keluarga mangsa tidak dapat menerima kejadian tersebut dan membuat pelbagai tohmahan seperti ini , tambah - tambah lagi anggota yang bertugas semasa kejadian itu adalah melayu , maka segala fitnah yang hebat - hebat belaka dilakukan setelah kejadian itu dan menafikannya.

Bagaimana pula dengan Anggota Polis yang terlibat dalam kemalangan semasa bertugas???..Ada korang amik kisah ke?..Yang terkorban..

Ahli keluarga mangsa pun boleh berfikir?...Kenapa bagi menunggang motosikal sedangkan remaja itu baru berusia 14 tahun..Pihak Polis juga yang disalahkan.

sudah - sudahlah menabur fitnah yang tak betul tu..

Tolong sebarkan maklumat ini bahawa bukan pihak Polis yang menyebabkan kemalangan itu, sebaliknya remaja itu yang hilang kawalan dan merempuh pembahagi jalan.

Perdana Menteri berjiwa rakyat


Populariti dan gaya kepimpinan Perdana Menteri,Datuk Seri Najib Tun Razak menjadi satu daripada kelebihan kepada Barisan Nasional (BN) untuk memenangi Pilihan Raya Umum Ke-13.

Pensyarah Kanan Pusat Pengajian Sains Kemasyarakatan,Universiti Sains Malaysia (USM), Prof. Madya Dr. Sivamurugan Pandian berkata,rakyat hari ini melihat Perdana Menteri sebagai pemimpin yang mendengar masalah mereka.

Melihat perkara itu menerusi pendekatan Perdana Menteri yang menggunakan laman sosial untuk mendengar luahan hati rakyat dan ia secara tidak langsung memberi kelebihan kepada BN .

Bekas Menteri Kewangan, Tun Daim Zainuddin menyatakan UMNO serta BN mempunyai kelebihan berbanding pembangkang pada pilihan raya umum akan datang.

InsyaAllah BN akan menang pada PRU13 nanti...Sama - sama kita doakan..amin.

JOM LAYANNN





dalam video diatas tuh, menggambarkan PERCANGGAHAN AMALAN "Umat Akhir Zaman" di mana penceramah itu sendiri MENGAMALKAN Ajaran yang beliau sendiri tidak tidak faham,

PERSOALAN:Perlukah kita mengamal & mengikut perkara yg di digambarkan seperti video di atas ? @ kita saling menegur, menasihatidan berdakwah. Bukan kerana POLITIK, bukan kerana "KERUSI", bukan kerana PKR (Pakat KERANA Rakyat) tapi kerana"KERANA ALLAH" dan Umat Islam seperti mana yang telah di nyatakan di dalam Quran dan Hadis...?

Sunday, March 4, 2012

FT DAY FUN RIDE

Mari berbasikal beramai-ramai. Datanglah ke FT Day Fun Ride anjuran Sekretariat Hal Ehwal Bandar (Sheb) Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia :-

Tarikh : 04/03/2012

Masa : 7.00am (Pendaftaran)

Tempat : Kompleks Kraf Jln Conlay KL


*** Anda di jemput beramai-beramai utk menjadi peserta atau menyaksikan bersama-bersama. Sila hebahkan.

Friday, March 2, 2012