Tuesday, July 10, 2012

Pemuda UMNO Balun Pakatan Rakyat !!!

Pada 9 Julai 2012 jam 8.30 mlm satu majlis ceramah pentas pemuda telah diadakan bertempat di Dewan Umno Cawangan EF Seksyen 1 Wangsa Maju.

Antara Yang hadir memberikan ceramah adalah YB Khairy Jamaluddin yang merupakan Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia, Dato' Razali Ibrahim Naib Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia dan juga merupakan Timbalan Menteri Belia dan Sukan serta Datuk Rizalman b Dato' Mokhtar yang merupakan Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Wilayah Persekutuan



turut memberikan ucapan pada malam tersebut antaranya wakil dari KIMMA, Wakil dari mahasiswa serta beberapa orang yang merupakan Pemidato Pemuda BN.





Saudara Taufik yang merupakan Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Wangsa Maju turut naik ke pentas bagi memberikan ucapan aluan.

walaupon majlis tersebut diiringi dengan hujan renyai namun ia tidak mematahkan semangat kira-kira 400 org yang hadir bagi mendengar pendedahan isu-isu semasa yang dibangkitkan para penceramah. YB KJ juga telah berkata kehadiran pada ceramah pentas pemuda kali ini adalah lebih ramai dari ceramah Anwar Ibrahim di Bayan Lepas pada hari ahad lepas.


LAGI GAMBAR KLIK DISINI

Monday, July 9, 2012

JOM PAKAT RAMAI-RAMAI DATANG

Pentas Pemuda BN kali ini di adakan di Wangsa Maju.

Tarikh : 09/07/2012

Masa : 08.30 malam

Tempat : Dewan Masyarakat Blok EF Seksyen 1 Wangsa Maju. (berhampiran Jaya Jusco Alpha Angle. Bersebelahan Balai Polis Wangsa Maju)

Penceramah :
1. YB Khairy Jamaludin
2. YB Dato Razali Ibrahim
3. Sdr Lokman Adam
4. YBhg Dato Dr Hj Mohd Shafei Abdullah

Anda dijemput beramai ramai utk hadir. Mohon jasa baik untuk menghebahkan kepada rakan rakan yang lain.

Jangan lepaskan peluang untuk mendengar penjelasan isu-isu semasa serta penjelasan mengenai pembohongan Pakatan Pembangkang.

NAJIB RAZAK JAWAB SOALAN TENTANG SUBSIDI PETROL

Friday, July 6, 2012

Khalid Gagap Kantoi Pasal Skandal Penyelewangan RM1b...Ada Hati Nak Saman BN Selangor


KERAJAAN negeri Selangor dialu-alukan untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap pendedahan skandal penyelewengan hampir RM1 billion dalam penyusunan hutang syarikat pembinaan Talam Corporation Bhd. Nak takut apa, kerana isu ini memang 'relevan' cukup dengan bukti-buktinya. Sebab itu, Koordinator Barisan Nasional (BN) Selangor, Datuk Seri Ir. Mohd Zin Mohammed tidak gentar dengan keputusan yang dibuat oleh kerajaan negeri, di ketuai oleh Menteri Besarnya, Tan Sri Khalid @ Khalid gagap, disifatkan sebagai satu ugutan.

Nak saman?...samalah, kata DS Mohd Zin. Tak ada hal. Lagi pun, mereka ada hal untuk berbuat demikian. Menyifatkan itu sebagai satu ugutan, beliau mencabar Menteri Besar Selangor itu untuk membawa isu ini ke Mahkamah. IBM 'salute' pada DS Ir. Moh Zin kerana mempertahankan akan pendedahan isu tersebut yang didedahkan oleh Ketua Biro Muda Profesional MCA, Datuk Chua Tee Yong seperti yang dilaporkan oleh media pada Rabu lepas. Iannya bertujuan untuk mendapat penjelasan daripada kerajaan negeri terutamanya isu berkenaan ada kaitan dengan penggunaan wang rakyat.

Kita tunggu dan lihat apa kesudahannya isu ini. Kita lihat nanti siapa yang kena. Kepada Khalid gagap, jangan terlalu konfiden, sombong kerana, lambat laun perkara ini akan pecah juga. Jangan ingat nak saman orang je. Apa orang lain tak boleh saman balik ke?..bonggok, banggap punya Menteri Besar. Menghabiskan duit rakyat je.


SUMBER DARI :IBM

Thursday, July 5, 2012

KEWANGAN UNISEL MAKIN PARAH

Sunday, July 1, 2012

Program Larian 1 Malaysia Parlimen Wangsa Maju Mendapat Sambutan Yang Hangat



Hari ini tanggal 1.07.2012 telah diadakan satu program yang diberi nama Program Larian 1 Malaysia Parlimen Wangsa Maju dan dirasmikan oleh Pengerusi Barisan Nasional/ Ketua UMNO Bahagian Wangsa Maju merangkap setiausaha politik kepada YAB Perdana Menteri iaitu YBHG Datuk Dr. Hj Mohd Shafei Abdullah. Program larian ini amatlah bermakna kerana rakyat dapat berkumpul tidak kira cina, india ataupun melayu. Selain dapat mengeratkan silaturrahim antara mereka.


Program yang berlangsung sekitar jam 9 pagi dan berakhir pada jam 12.00 tengahari itu berlangsung dengan amat lancar sekali.

Senarai Pemenang Larian 1 Malaysia Parlimen Wangsa Maju (Mengikut Kategori)

Kategori A : Terbuka Lelaki

1. A0089 Shaharudin Bin Hashim
2. A0079 Vijayan Devandran
3. A0081 Jasni Khairil Jamaludin

Kategori B : Terbuka Perempuan

1. B0099 Sangeeta a/p Subramaniam
2. B0050 Hairah Binti Usman
3. B0013 How See Hui

Kategori C : Veteran Lelaki

1. C0043 Karmukilan Maniam
2. C0042 C. Krishnasamy
3. C0037 Nordin Bin Arshad

Kategori D : Veteran Perempuan

1. D0056 Lian Lee Hoon
2. D0004 Yee Yoke Lan
3. D0047 Surisa Lee Binti Abdullah

Kategori E : Sekolah (Lelaki)

1. E0273 Rubban a/l Sinnasamy
2. E0278 Balaganeshi a/l Arumugam
3. E0296 Kiran Raj a/l Torai Raja

Kategori F : Sekolah ( Perempuan )

1. F0153 Aina Fadhlin Syahmina
2. F0177 Farah Nadia Najwa
3. F0159 Zaimah Atifah

Kategori Penyertaan Sekolah Paling Banyak

1. SMK Zon R1 Wangsa Maju
2. SJKC Chong Hwa

Tahniah kepada semua pemenang (Klik sini )

JOM LAYAN UCAPAN DATO DR HJ SHAFIE ABDULLAH









BN MENANG RAKYAT SENANG

TERIMA KASIH KERAJAAN BARISAN NASIONAL