Saturday, September 1, 2012

ANWAR BUAT TERAPI DALAM BAS MEWAH 2 TINGKAT

Bas mewah milik Khalid Ibrahim untuk kegunaan boss beliau, Anwar Ibrahim telah menjadi perbualah hangat rakyat.

Perbualannya bukan menjuruskan kepada kekaguman Pakatan pembangkang menggunapakai bas mewah untuk berpolitik.

Tetapi ianya lebih kepada sindiran dan cemuhan rakyat kerana Anwar Ibrahim dan Pakatan pembangkang seolah-olah menunjuk-nunjuk kemewahan mereka sedangkan masih ramai lagi rakyat yang perlukan bantuan di negeri Selangor.

Tambahan pula, bas mewah 2 tingkat itu tidak praktikal untuk masuk di jalan-jalan kecil dalam kampung-kampung, malah akan menjadi bahan cemuhan orang kampung apabila melihat bas mewah tersebut.

Dan sudah tentu, ianya tidak akan mendatangkan sebarang keuntungan kepada Anwar Ibrahim yang wajah beliau turut menghiasi bas mewah itu.

Berkempen dengan bas mewah 2 tingkat? Rakyat akan bangkit mengkrtitik hebat.


Beginikah cara Anwar mahu berkempen cara bermewah-mewah dan kemudian mengharapkan undi rakyat? I don't think so !


Di bawah adalah interior design yang menyerlahkan lagi ciri-ciri kemewahan bas 2 tingkat tersebut.

Canggih ! Kerusi urut di sediakan. Untuk kegunaan Anwar yang pernah sakit belakang?


Yang mungkin juga akan diperkatakan oleh rakyat ialah, "daripada belanja mahal beli dan ubahsuai bas mewah, lebih baik mereka bagi duit tu kepada rakyat" atau "kan negara kita ni dah elok dengan jalan lebuhrayanya, buat apa nak berlagak pakai bas mewah." dan sebagainya.

Janganlah kita samakan dengan senario di Amerika Syarikat di mana bas digunakan untuk berkempen kerana negara itu jauh lebih besar daripada negara kita. Manakala, jarak lokasi berkempen mengambil masa yang lama dan berkemungkinan tanpa fasiliti penginapan dan sebagainya.

So, bagi MiM, penggunaan bas mewah 2 tingkat ini adalah strategi berkempen dan politik yang tidak menguntungkan dan akan backfired kepada parti pembangkang.

Malah, ianya bakal mendatangkan mual dan cemuhan daripada mereka yang hadir dan mendengar Anwar berkempen di bas mewah tersebut.

Pelik kerana takkan Anwar Ibrahim dan pegawai-pegawai beliau tidak tahu implikasi negatif danconsequences mereka menayangkan bas mewah 2 tingkat di depan rakyat? Atau mereka sudah tahu?

Yang kelakarnya ialah Minaq Jinggo melaporkan bahawa 'untuk jelajahan pertama ini bas bergerak kosong saja kerana permit dari JPJ tidak diperolehi lagi selepas renovasi dan pengubahsuaian siap. Ahli rombongan termasuk Anwar Ibrahim dan Kak Wan mengekori dengan kenderaan persendirian.'

Maka apabila bas mewah 2 tingkat itu disimbah dengan cat merah, kita sangat ragu dengan motif 'simbah cat merah' itu. Pihak manakah yang sebenarnya terlibat?

cat merah - modus operandi ah long?

Seperti biasa, media alternatif pro-pembangkang begitu cepat menerjah dan menunding jari kepada parti UMNO. Tanpa mereka sedari, tindakan lumrah mereka itu sebenarnya telah overkilled hingga menyebabkan rakyat berasa meluat dengan tindakan mereka itu.

Logikkah jika UMNO mahu terlibat untuk memaksa bas itu tidak berfungsi sedangkan bas mewah 2 tingkat itu mungkin menjadi liabiliti pakatan pembangkang?

Bukankah bas lambang kemewahan pakatan pembangkang itu patut dibiarkan sahaja menjelajah negara supaya rakyat sendiri yang melihat serta mengkritik hebat Anwar dan parti beliau? So. apa perlu UMNO terlibat?

Sama-sama kita tunggu siasatan pihak polis.


Sumber:Dr MiM

Banyak Sungguh Beruk Pada Malam Ambang Merdeka !!!??



31 Ogos adalah hari yang bersejarah untuk negara Malaysia . Tetapi pada sambutan ambang merdeka tahun ini di Dataran Merdeka diadakan pula himpunan demokrasi yang diadakan oleh puak - puak yang tidak bertanggungjawab. Amat memalukan dan melahirkan rasa tidak puas hati kepada himpunan ini kerana orang ramai yang ingin melepak di Dataran Merdeka terpaksa melihat gelagat beruk kuning ini terkinja - jinja.

Orang ramai yang tidak berpuas hati kerana tiada bunga api dan amat kecewa dengan beruk - beruk kuning ini mereka sanggup memijak gambar perdana menteri kita iaitu Dato Seri Najib Tun Razak.

alt

Fikirkanlah, hanya kerana beruk kuning ini, ambang merdeka di Dataran Merdeka menjadi seperti perhimpunan BERSIH baru - baru ini dan mengakibatkan jalan raya sesak dan kenderaan terpaksa mengikut peraturan oleh unit ANJING MERAH ini.

Sama - sama kita layan video di bawah ini berkenaan reaksi orang ramai mengenai beruk kuning ini di Dataran Merdeka



credit to http://klpos.com

Wira Perkasa Desak Ambil Tindakan Tegas Isu Tukar Bendera

alt

KUALA LUMPUR, 31 Ogos - Ketua Wira Perkasa Malaysia, Irwan Fahmi Ideris mendesak kerajaan untuk mengambil tindakan terhadap penyebaran risalah menukar Jalur Gemilang diambang Malaysia menyambut Hari Kemerdekaan ke-55.

Beliau mendakwa perkara ini sebagai suatu yang serius dan perlu diberi perhatian berat memandangkan ada pihak yang tidak bertanggungjawab mengedarkan risalah ini.

"Apa tujuan sebenar risalah ini dikeluarkan dan diedarkan malam tadi? Ini adalah satu hasutan yang nyata kepada rakyat.

"Bendera Malaysia melambangkan kedaulatan sesebuah negara, namun ia dilacurkan oleh pihak yang cukup tidak bertanggungjawab. Wira Perkasa memandang serius perkara ini. Kita menganggap pihak ini secara sengaja mencabar kedaulatan dan tidak menghormati negara dan raja-raja Melayu," katanya.

Ketua Wira Perkasa ini juga menempelak sikap tidak bertanggungjawab pihak yang didakwa beliau sebagai tidak ubah seperti manusia yang yang tidak bertamadun dan bersikap kebudak-budakan.

"Apakah tujuan sebenar mereka ini? Adakah motif mereka mahu menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara Republik?

"Kita amat berharap pihak Polis DiRaja Malaysia (PDRM) menjalankan tugas seperti biasa dan menjadi benteng kpd rakyat dan negara," tegas beliau.

Beliau turut menegur sikap Peguam Negara yang didakwa tidak menjalankan tugas dengan sewajarnya. Beliau turut mengambil contoh hampir 6,000 laporan polis telah dibuat terhadap Pengerusi Bersama Bersih 3.0 Ambiga Sreevanasan namun tiada satu tindakan drastik dan tegas diambil sehingga kini.

"Wira Perkasa merasakan perbuatan menyebar risalah menukar Jalur Gemilang ini merupakan suatu penghinaan yang terburuk dalam sejarah Malaysia," katanya

KLPOS

Anwar Cakap Tukar Bendera Permainan UMNO ???

Datuk Seri Anwar Ibrahim pada Jumaat menafikan pembangkang mendalangi perbuatan menukar bendera Jalur Gamilang di ambang Malaysia menyambut Hari Kemerdekaan ke-55.

“Tiada keputusan seumpama itu dibuat oleh Pakatan Rakyat. Mengapa harus putar belit?” katanya yang dipetik menerusi akaun Twitter.

Sebaliknya, Anwar menuduh perbuatan berkenaan merupakan mainan politik UMNO untuk memburukkan pembangkang.

Anwar berkata demikian bagi menjawab pertanyaan seorang pengikutnya di laman sosial tersebut yang meminta beliau menjelaskan mengapa pembangkang mahu mengubah bendera kebangsaan selepas 55 tahun Malaysia mencapai kemerdekaan.

Sementara itu, di laman twitter, Najwan Halimi, pegawai Anwar itu bersungguh-sungguh mempertahankan tindakan anak muda yang mengibarkan bendera ‘Sang Saka Bangsa’ menggantikan bendera Jalur Gemilang.


“Sang Saka Malaya akhirnya dikibarkan oleh anak-anak muda!,” katanya yang memuji tindakan anak-anak muda itu.

Malah Najwan pada Ogos 2007 pernah menyiarkan reka bentuk bendera di laman peribadinya yang hampir sama dengan bendera yang dikibarkan semasa sambutan ambang kemerdekaan anjuran Janji Demokrasi semalam

Najwan Halimi seperti dilaporkan Malaysiakini adalah pegawai Anwar untuk tugas sebagai penasihat ekonomi Selangor.

Najwan bekas pelajar Universiti Tenaga Nasional (UNITEN) dipanggil Anwar untuk menjadi saksi pembelanya dalam menghadapi pertuduhan meliwat bekas pembantunya, Mohd Saiful Bukhari Azlan.

Kehadiran Najwan Halimi sebagai saksi pembela di mahkamah mengesahkan bahawa pengadu yakni Mohd Saiful adalah pekerja Anwar Ibrahim.

Sebelum ini, Anwar pernah menafikan pengadu adalah staffnya, malah turut menafikan mengenali pemuda itu, namun keterangan Najwan menafikan kenyataan Ketua Umum PKR sebelum ini serta mengesahkan Anwar adalah majikan kepada pengadu.-ANWARAIDC

Mereka Bangga Memijak Gambar Pemimpin Mereka.. Ini Kah BERSIH??

PM Dipijak Oleh Jin Kuning????




Tq KLPOS