Sunday, January 20, 2013

Menjelang PRU13:TUN Mahathir Pesan Pada Melayu!!!



Bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohammad mengingatkan orang Melayu agar tidak alpa atau berdepan dengan risiko kehilangan kuasa di negara sendiri sekiranya semua hak yang dimiliki mereka akhirnya terlepas.

Menurutnya, tidak mustahil orang Melayu menerima nasib seperti kaum Red Indian yang sebenarnya penduduk asal Amerika Syarikat tetapi terlepas sedikit demi sedikit kuasanya kepada pendatang pada zaman dahulu.

Katanya, orang Melayu perlu mempertahankan ketuanan Tanah Rizab Melayu sebagai hak tetapi tidak mustahil ia boleh terlepas jika cuai dan terlupa.

"Jangan jadi seperti bangsa Red Indian di Amerika yang akhirnya hanya tinggal di tanah rizab puak itu dan jika tanah itu pun ditarik balik, maka secara perlahan-lahan kaum Red Indian pun hilang.

"Samalah dengan orang Melayu. Sekarang, masih ada lagi tanah Rizab Melayu tetapi jika sedikit demi sedikit (hilang) maka penempatan Melayu pun mengecil dan suatu hari nanti nasib kita malang seperti Red Indian," ujarnya.

Beliau berkata demikian pada ucaptama konvensyen Transformasi Ekonomi dan Pelajaran Melayu Pulau Pinang anjuran Pribumi Perkasa Negara (Perkasa) di sini semalam.

Konvensyen sehari di Dewan Utama Universiti Teknologi Mara cawangan Permatang Pauh itu dirasmikan Presiden Perkasa, Datuk Ibrahim Ali dan dihadiri kira-kira 5,000 orang.

Dalam pada itu, pada sidang akhbarnya, Mahathir menyelar sesetengah pihak di negara ini yang tidak tahu bersyukur malah mempertikaikan hak serta kepentingan orang Melayu walaupun telah mendapat banyak yang dihajati.

Tegas beliau, orang Melayu sanggup mengurangkan banyak kepentingan dan hak mereka serta berkongsi kuasa dengan pihak-pihak lain atas semangat muafakat tetapi masih terus dipertikaikan sesetengah pihak. - kosmo

Menjelang PRU13:7 Perkara Bakal Diharamkan Nik Aziz!!!



KOTA BHARU: Datuk Seri Najib Razak menjanjikan tujuh perkara akan dilaksanakan Barisan Nasional (BN) jika berjaya merampas Kelantan daripada PAS pada Pilihan Raya Umum Ke-13 tidak lama lagi.

Akan membina Lebuh raya Kuala Krai-Kota Bharu.
Membina stadium baru.
Mengatasi masalah air.
Membina 3,000 rumah Perumahan Rakyat 1Malaysia (PRIMA).
Membina UiTM bandar Kota Bharu.
Membina masjid negeri bernilai kira-kira RM50 juta.
Menyediakan perkhidmatan bas Rapid Kota Bharu.


Perdana Menteri berkata demikian ketika merasmikan program Jelajah Janji Ditepati peringkat Kelantan di Tunjung dekat sini, sebentar tadi.

Jestru, Nik Aziz mungkin akan mengharamkan 7 perkara di atas sekiranya rakyaat Kelantan memilih untuk "menukar" kerajaan negeri dalam PRU 13 nanti semata-mata kerana telah jemu dan jelak dengan  kegagalan parti "Islam" yang jelas telah gagal menjalankan tugasnya kepada rakyaat Kelantan.

Berselindung disebalik nama "Islam" siapa sahaja yang menentang mereka bakal dikafirkan dan menyokong sekutu mereka seperti DAP pula bakal mendapat pulangan pahala dan syurga.

Saturday, January 19, 2013

Ustaz Kazim Nak Bagi Penyepak Dekat Ngeh Koo Ham

Sumbangan Bantuan Pelajar RM 100 Di SK Wangsa Jaya Dan SK Sekyen 2 Wangsa Maju

Disempurnakan Oleh YBhg Dato' Dr Hj Mohd Shafei b Abdullah, Pengerusi Barisan Nasional Wangsa Maju
19 Januari 2013-Jam 10 Pagi-12.30 Tghari













Friday, January 18, 2013

Penjelasan Ustaz Fathul Bari Isu Kahwin Lari Di Thailand