Tuesday, September 27, 2011

Ceramah Bakal Haji di Taman Ibukota

Pada 25 September 2011, satu program ceramah telah diadakan bagi bakal haji pada sebelah pagi di Masjid Taman Ibukota.

Ceramah disampaikan oleh Imam Liza Kudin lebih menyentuh kepada mengingatkan bakal jemaah haji kembali tentang rukun haji, dam haji, haji mabrur dan perkara-perkara berkaitan dengannya.



Imam Liza Kudin turut memperingatkan bakal haji untuk sentiasa mengikuti arahan yang diberikan oleh pegawai bertugas Tabung Haji semasa berada di Mekah nanti.




Ketua Bahagian UMNO Wangsa Maju, YBhg Dato Dr Hj Mohd Shafei Abdullah turut memberikan nasihat, peringatan untuk sentiasa berhubung dengan pegawai bertugas di sana dan pengalaman beliau sewaktu menunaikan haji.



0 comments:

Post a Comment