Showing posts with label Guan Eng. Show all posts
Showing posts with label Guan Eng. Show all posts

Sunday, December 9, 2012

Guan Eng Panas Hati DS Najib Gagalkan Usaha Untuk Halau Melayu Dari Pulau Pinang


najib-guanxx

Kerajaan Pulau Pinang pimpinan Lim Guan Eng tidak perlu nak berdolak dalik lagi.Sudah empat tahun  lebih berlalu sejak tawan negeri itu mereka terbukti kuat ‘sembang kosong’.

Mungkin orang negeri lain tidak terasa.Namun bagi orang negeri Pulau Pinang khususnya yang berpendapatan rendah mereka terus gigit jari melihat pembangunan projek rumah dan kondo mewah sekitar negeri.

Ketika harga rumah mengunung tinggi di negeri itu berbanding negeri lain,kerajaan pakatan pembangkang tidak ambil sebarang langkah langsung untuk bina rumah murah dan mampu milik seperti yang pernah dibuat oleh kerajaan Barisan Nasional dulu.

Mengikut laporan Ketua Audit Negara tahun 2010 tidak ada satu pun rumah murah dibina oleh kerajaan Guan Eng.

Ini membuatkan semakin ramai rakyat negeri itu khususnya orang Melayu yang berpindah ke Seberang Perai,Kulim dan Sungai Petani di Kedah semata-mata kerana hendak beli rumah yang mereka mampu.

Pagi Sabtu, Datuk Seri Najib Tun Razak ‘lepas bom’ semasa turun ke program Janji Ditepati yang diadakan di Padang Kawad,Universiti Sains Malaysia.

Beliau membawa berita gembira yang dinanti-nantikan oleh rakyat negeri itu yang makin muak dengan cakap tak serupa bikin kerajaan negeri yang dipelopori DAP.

Di depan hampir 30,000 orang yang hadir di majlis itu, Perdana Menteri berjanji dalam masa terdekat ini,kerajaan BN akan membina 20,000 rumah murah dan mampu milik di negeri itu.

10,000 buah rumah berkenaan akan dibina oleh PRIMA manakala 10,000 lagi oleh agensi kerajaan PERDA,SPNB dan JKP.

Beliau juga beri jaminan rumah akan dijual pada harga yang jauh lebih rendah berbandang harga pasaran terbuka di negeri itu sekarang.

Bagi mengatasi masalah kesesakan lalulintas yang kebelakangan ini turut menghantui pendudukan negeri khususnya disebelah pulau.Najib berjanji jika BN kembali berkuasa di negeri itu pada pilihanraya umum ke 13,kerajaan akan kaji untuk atasi masalah itu.

Ini,katanya termasuk pembinaan sistem pengangkutan Monorel.

Beliau memberitahu dua penguman ini bukanlah yang terakhir.Katanya ada lagi yang disimpannya untuk diumumkan masa lawatan akan datang.

Serentak dengan itu Perdana Menteri juga memberi jaminan kerajaan BN tidak akan biarkan orang Melayu Pulau Pinang terpinggir dalam arus pembangunan.

Namun katanya kerajaan tetap akan jaga kebajikan orang Cina dan India di negeri itu.

Beliau mengingatkan orang Pulau Pinang supaya buka mata terhadap kelentong kerajaan pakatan pembangkang yang tidak tunai janji-janji mereka.

Menurut beliau contoh yang jelas ialah isu Kampong Buah Pala di Gelugor yang akhirnya diselesaikan oleh kerajaan BN.

Sedangkan Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim berjanji nak selesaikan masalah mereka masa kempen pilihanraya Mac 2008.

Beliau menegaskan ‘ Janji Ditepati’ adalah jenama kerajaan BN yang sentiasa tunaikan janji yang dibuat.

Najib berkata [I]branding[/I] itu penting dalam menentukan sesebuah kerajaan itu ada kualiti,boleh diharap dan cakapnya boleh pakai.-8/12/2012

Thursday, October 18, 2012

Guan Eng Didesak Jelas Di Mana Baki Tabung Bumiputera Bernilai RM33.36 Juta???



Ketua Menteri, Lim Guan Eng diminta memberi penjelasan mengenai tindakannya tidak membelanjakan baki dalam Akaun Amanah Perumahan Bumiputera berjumlah RM33.36 juta bagi membina rumah mampu milik atau kos rendah untuk rakyat.

Berdasarkan Penyata Kewangan Kerajaan Negeri dan Pengurusan Kewangan Jabatan/Agensi Negeri Pulau Pinang Tahun 2011 dalam Laporan Ketua Audit Negara, jumlah tersebut merupakan peningkatan sebanyak RM12.25 juta atau 58 peratus berbanding RM21.11 juta pada tahun sebelumnya.

Setiausaha Sekretariat Perhimpunan Melayu Pulau Pinang, Mohd. Nor Suhaili Jamali berkata, wang itu sepatutnya dikembalikan semula kepada rakyat untuk dibina rumah mampu milik dan rumah kos rendah bagi golongan bumiputera.

“Kenapa mahu simpan duit itu?

“Kenapa tidak dibelanjakan semula untuk kebajikan rakyat bumiputera," katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Akaun Amanah Perumahan Bumiputera Pulau Pinang ditubuhkan pada September 2009 bertujuan mengakaunkan bayaran sumbangan yang disalurkan oleh kerajaan negeri, Kerajaan Persekutuan, pemaju atau pihak lain.

Ia bagi membolehkan kerajaan negeri melaksanakan aktiviti atau program yang berkaitan dengan pembelian atau pembangunan tanah, rumah, ruang komersial atau hartanah lain untuk manfaat penduduk bumiputera.

Tahun lalu, baki tabung berkenaan berjumlah RM33.36 juta iaitu meningkat RM12.25 juta atau 58 peratus berbanding RM21.11 juta pada 2010.

Peningkatan itu diperoleh daripada pemaju perumahan yang melepaskan kuota bumiputera pada 2010 berjumlah RM12.25 juta.

Mohd. Nor Suhaili menambah, Kerajaan DAP Pulau Pinang juga perlu mempamerkan maklumat rumah kuota bumiputera yang dibuka untuk jualan kepada bukan bumiputera seperti jenis dan lokasinya kepada orang ramai.

“Kerajaan negeri boleh siarkan senarai berkenaan dalam akhbar bulanan mereka iaitu Buletin Mutiara," ujarnya.-UTUSAN

Wednesday, October 3, 2012

Guan Eng Tidak Mahu Ambil Tahu Hal Mansor, Uruskan Sendiri Kontroversi Tersebut!!!



KUALA LUMPUR - Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng meminta Timbalan Ketua Menterinya, Datuk Dr Mansor Othman supaya menguruskan sendiri isu kontroversi yang menggelarkan dirinya sebagai angkuh dan sombong.

Katanya perkara itu perlu diselesaikan sendiri oleh Mansor.

"Kita perlu hormat dia selaku Pengerusi PKR (Parti Keadilan Rakyat) negeri," katanya kepada pemberita di lobi Parlimen, semalam

Guan Eng mengulas perkara itu berhubung gesaan Pengerusi DAP, Karpal Singh agar kontroversi yang timbul antara kedua pemimpin utama Pulau Pinang itu diselesaikan secara profesional.

Sebelum ini, media melaporkan kenyataan Mansor yang menafikan pernah menggelar Lim 'sombong dan angkuh', penafiannya itu bagaimanapun telah memakan diri apabila rakaman percakapannya pada mesyuarat strategik Parti Keadilan Rakyat (PKR) tentang pembahagian kerusi negeri pada pilihan raya umum ke-13 pada April lalu, didedahkan-SINAR

Thursday, September 27, 2012

Kantoi!! Video Putar Belit PKR Pulau Pinang!!!

Wednesday, September 26, 2012

Hudud: Nasha Gesa Guan Eng Tarik Balik Kenyataan



Nasharudin Mat Isa menggesa Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng memohon maaf secara terbuka berhubung kenyataan menentang hukum hudud sambil menyifatkan ianya “bertentangan dengan kesepakatan Pakatan Rakyat”.

Menurutnya, Guan Eng seharusnya faham dengan perjuangan PAS yang menggariskan bahawa pelaksanaan hudud adalah wajib dan bukan pilihan.

“Pendirian Guan Eng tentang pendirian tentang hudud, jelas bercanggah dengan apa yang disebut oleh YB Tok Guru Mursyidul Am PAS, yang hudud itu merupakan satu kewajipan, bukan satu pilihan.

“Selepas pemimpin veteran DAP, Karpal Singh dan Lim Kit Siang berjaya ‘menundukkan’ PAS dalam isu hudud, kali ini, Setiausaha Agungnya, Lim Guan Eng pula menegaskan hukum Islam itu bukan dasar pakatan pembangkang,” katanya pada sidang media di lobi Dewan Rakyat Negara hari ini.

Justeru, Ahli Parlimen Bachok itu mendesak Guan Eng menarik semula kenyataan beliau.

“Jadi saya minta YB Guan Eng menarik balik kenyataan tersebut (yang mana) bagi saya bercanggah dengan semangat kesepakatan dalam Pakatan Rakyat kerana kita lihat seperti mana yang telah saya sebut sebelum ini berterusan pendirian untuk tidak menerima oleh pimpinan DAP dan yang terkini oleh Guan Eng yang sekali lagi bercanggah dengan apa yang dikatakan becanggah dengan YB Tok Guru.” ujarnya.

Ini merupakan kenyataan pertama daripada pemimpin tertinggi DAP itu sejak kemelut mengenai hukum hudud mencetuskan perbalahan terbuka antara pemimpin Pas dan parti berkenaan sejak beberapa bulan lalu.

Bagaimanapun seperti biasa, beliau yang juga Ketua Menteri Pulau Pinang menyalahkan pihak media dengan mendakwa kemelut antara DAP dan PAS dalam isu berkenaan sengaja disensasikan-ANWARAIDC

Monday, March 12, 2012

Guan Eng buat hal lagi!!!!

Kemarahan rakyat Johor terhadap Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng semakain menjadi - jadi apabila lima buah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) mengadakan perhimpunan bertujuan mendesak beliau mengadap Sultan Johor, Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar untuk memohon ampun.

Ngo yang terlibat dalam perhimpunan yang dinamakan Himpunan Aman Melayu Muda itu ialah Pertubuhan Profesional Melayu dan Pewaris Bangsa Malaysia (PROWARIS), Pertubuhan Penyatuan Pembelaan Melayu Malaysia, Gerakan Belia 4B Segamat, Persatuan Belia Satu Anam serta Persatuan Belia Bestari Bistari kampung Paya Lebar, Segamat.

"Guan Eng perlu meminta ampun berikutan kebiadapannya mengeluarkan kenyataan berbau hasutan dan fitnah terhadap keamanan dan kesejahteraan negeri Johor". Feris Omar (Presiden Prowaris)

Beliau yang juga mengetuai perhimpunan yang diadakan secara aman itu berkata, tuduhan Guan Eng bahawa Johor tidak selamat untuk pelaburan adalah fitnah terhadap kesejahteraan dan kemajuan yang dinikmati negeri itu selama ini.

Tariklah balik kenyataan itu wahai Guan Eng dan memohon ampun dari Sultan Johor dan rakyat johor.

Salam Satu Malaysia..