Sunday, December 9, 2012

Guan Eng Panas Hati DS Najib Gagalkan Usaha Untuk Halau Melayu Dari Pulau Pinang


najib-guanxx

Kerajaan Pulau Pinang pimpinan Lim Guan Eng tidak perlu nak berdolak dalik lagi.Sudah empat tahun  lebih berlalu sejak tawan negeri itu mereka terbukti kuat ‘sembang kosong’.

Mungkin orang negeri lain tidak terasa.Namun bagi orang negeri Pulau Pinang khususnya yang berpendapatan rendah mereka terus gigit jari melihat pembangunan projek rumah dan kondo mewah sekitar negeri.

Ketika harga rumah mengunung tinggi di negeri itu berbanding negeri lain,kerajaan pakatan pembangkang tidak ambil sebarang langkah langsung untuk bina rumah murah dan mampu milik seperti yang pernah dibuat oleh kerajaan Barisan Nasional dulu.

Mengikut laporan Ketua Audit Negara tahun 2010 tidak ada satu pun rumah murah dibina oleh kerajaan Guan Eng.

Ini membuatkan semakin ramai rakyat negeri itu khususnya orang Melayu yang berpindah ke Seberang Perai,Kulim dan Sungai Petani di Kedah semata-mata kerana hendak beli rumah yang mereka mampu.

Pagi Sabtu, Datuk Seri Najib Tun Razak ‘lepas bom’ semasa turun ke program Janji Ditepati yang diadakan di Padang Kawad,Universiti Sains Malaysia.

Beliau membawa berita gembira yang dinanti-nantikan oleh rakyat negeri itu yang makin muak dengan cakap tak serupa bikin kerajaan negeri yang dipelopori DAP.

Di depan hampir 30,000 orang yang hadir di majlis itu, Perdana Menteri berjanji dalam masa terdekat ini,kerajaan BN akan membina 20,000 rumah murah dan mampu milik di negeri itu.

10,000 buah rumah berkenaan akan dibina oleh PRIMA manakala 10,000 lagi oleh agensi kerajaan PERDA,SPNB dan JKP.

Beliau juga beri jaminan rumah akan dijual pada harga yang jauh lebih rendah berbandang harga pasaran terbuka di negeri itu sekarang.

Bagi mengatasi masalah kesesakan lalulintas yang kebelakangan ini turut menghantui pendudukan negeri khususnya disebelah pulau.Najib berjanji jika BN kembali berkuasa di negeri itu pada pilihanraya umum ke 13,kerajaan akan kaji untuk atasi masalah itu.

Ini,katanya termasuk pembinaan sistem pengangkutan Monorel.

Beliau memberitahu dua penguman ini bukanlah yang terakhir.Katanya ada lagi yang disimpannya untuk diumumkan masa lawatan akan datang.

Serentak dengan itu Perdana Menteri juga memberi jaminan kerajaan BN tidak akan biarkan orang Melayu Pulau Pinang terpinggir dalam arus pembangunan.

Namun katanya kerajaan tetap akan jaga kebajikan orang Cina dan India di negeri itu.

Beliau mengingatkan orang Pulau Pinang supaya buka mata terhadap kelentong kerajaan pakatan pembangkang yang tidak tunai janji-janji mereka.

Menurut beliau contoh yang jelas ialah isu Kampong Buah Pala di Gelugor yang akhirnya diselesaikan oleh kerajaan BN.

Sedangkan Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim berjanji nak selesaikan masalah mereka masa kempen pilihanraya Mac 2008.

Beliau menegaskan ‘ Janji Ditepati’ adalah jenama kerajaan BN yang sentiasa tunaikan janji yang dibuat.

Najib berkata [I]branding[/I] itu penting dalam menentukan sesebuah kerajaan itu ada kualiti,boleh diharap dan cakapnya boleh pakai.-8/12/2012

0 comments:

Post a Comment