Tuesday, December 18, 2012

Kajian Terbaru Ini Membuatkan PR Sakit Kepala!!

Menjelang PRU 13

Barisan Nasional (BN) dijangka kekal memenangi Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) seperti mana kedudukan sekarang iaitu 96 kerusi manakala 68 Pakatan Rakyat (PR).

Selebihnya akan menjadi perebutan sengit di antara pemerintah dan pembangkang kerana ia ditentukan oleh majoriti pengundi 20 peratus yang merupakan penduduk berbangsa Cina.

Pensyarah Sains Politik Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Prof Datuk Dr Mohammad Agus Yusoff berkata, parti politik perlu berhati-hati melaksanakan strategi dan kempen untuk menarik perhatian pengundi pada PRU13 nanti.

“Umno akan kekal menjadi parti dominan yang akan memenangi PRU13 tetapi dijangka akan berlaku sebanyak lima kekurangan atau penambahan kerusi. Minimum kerusi yang akan dimenangi oleh Umno adalah 72 dan maksimum sebanyak 82 kerusi.

“Berbanding pada tahun 2008, Umno memenangi 78 kerusi namun pada pilihan raya kecil yang diadakan di Kuala Terengganu, Umno kalah. Ini menyebabkan Umno hanya tinggal 77 kerusi Parlimen sahaja,” katanya.  

Beliau berkata, BN dan PR berebut memenangi pilihan raya kali ini dan jika melihat senario politik pada hari ini, kerajaan minoriti akan dibentuk selepas PRU13.

“Saya yakin ada perubahan jika kerajaan minoriti dibentuk dengan penyertaan parti-parti daripada PR sama ada Pas, PKR atau DAP dalam BN.

“Perkara ini mustahil untuk berlaku tetapi dijangka ia akan terjadi. Dalam politik tidak ada musuh atau parti lawan yang kekal,” katanya.

Menurutnya. setiap parti perlu membuat lonjakan dan strategi yang terbaik untuk memenangi PRU13.-SINAR

0 comments:

Post a Comment