Thursday, December 27, 2012

Nik Aziz Minta Haji Hadi Jangan Tarik Balik Amanat!!!



Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat meminta Presiden parti itu, Datuk Seri Abdul Hadi Awang tidak tunduk dengan desakan pelbagai pihak supaya menarik balik amanat yang dibuatnya pada 1981.

Nik Abdul Aziz sebaliknya meminta Abdul Hadi bertemu dan berhujah dengan pihak yang mendesaknya menarik balik amanat yang dibuatnya itu.

"Agama ini bukan hak Haji Hadi seorang, agama ini hak semua, maka kerana apa pihak berkenaan tidak mahu berdepan dengan Haji Hadi, kerana apa, takut?

"Ajar puak penakut ini, takut tidak dapat duit, biar Haji Hadi tegap dengan keputusan dia," katanya kepada pemberita selepas meninjau keadaan banjir di sekitar Rantau Panjang di sini hari ini.

Beliau mengulas desakan pelbagai pihak supaya Abdul Hadi menarik balik amanatnya yang mengkafirkan UMNO yang dibuat pada 1981.-UTUSAN


1 comment: