Showing posts with label Tian Chua. Show all posts
Showing posts with label Tian Chua. Show all posts

Friday, March 22, 2013

Panas!! Tian Chua Berjaya Buktikan Lahad Datu Konspirasi UMNO??



KUALA LUMPUR 22 Mac - Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Tian Chua seolah-olah mencabar institusi mahkamah, pihak berkuasa dan rakyat Malaysia yang semakin memuncak kemarahan kepada beliau apabila terus-terusan menyifatkan insiden pencerobohan kumpulan pengganas di Lahad Datu sebagai sandiwara UMNO dan Barisan Nasional (BN).

Terbaru, tohmahan secara terbuka Tian Chua dibuatnya ketika beliau berucap pada ceramah manifesto pakatan pembangkang Wilayah Persekutuan di Kelab Sultan Sulaiman di sini malam tadi.

Ia hanya seminggu selepas prosiding pendakwaan terhadap Tian Chua bermula pada 14 Mac lalu apabila beliau dihadapkan di Mahkamah Sesyen di sini atas tuduhan mengikut Akta Hasutan 1948 berhubung dakwaannya sebelum ini bahawa pencerobohan kumpulan pengganas Kiram di Lahad Datu sebagai sandiwara UMNO.

Tian Chua didakwa membuat kenyataan kepada portal lidah rasmi PKR, Keadilan Daily pada 1 Mac lalu bahawa insiden pencerobohan di Lahad Datu adalah sandiwara UMNO.

Pada masa sama, Tian Chua tidak mempedulikan perasaan rakyat Malaysia yang mana sejak 1 hingga 20 Mac lalu, 1,361 laporan polis telah dibuat terhadapnya. Ia ekoran kenyataannya itu yang ternyata mengguris hati banyak pihak terutama keluarga perwira negara yang terkorban dalam Operasi Daulat memerangi kumpulan pengganas Kiram.

Dalam ucapan terbarunya malam tadi, Tian Chua mendakwa insiden pencerobohan di Sabah itu sebagai konspirasi UMNO dan BN untuk menakut-nakutkan rakyat Sabah.

Ahli Parlimen Batu itu mendakwa, insiden pencerobohan yang dicetuskan oleh kumpulan pengganas Kiram itu digunakan oleh UMNO dan BN bertujuan mengalih perhatian masyarakat daripada isu pemberian kad pengenalan kepada orang asing di Sabah.

"Nampaknya, kerajaan UMNO dan Barisan Nasional (BN) gunakan kes ini untuk menakut-nakutkan rakyat dan mengalih pandangan orang awam daripada isu pokok iaitu satu tajuk yang sangat hangat (iaitu) Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) di Sabah iaitu projek IC (kad pengenalan) kepada orang asing secara banyak. Itu saya sifatkan sebagai konspirasi.

"Atas sebab itu saya tetap menyatakan adalah konspirasi UMNO untuk mencemarkan pihak pembangkang bukan sahaja dalam kes Lahad Datu tetapi setiap kes dari awal lagi. Kita lihat tiap kali pilihan raya mesti ada konspirasi untuk mencemar dan menjatuhkan imej pakatan pembangkang," katanya.

Malah, dalam ceramahnya kali ini, Ahli Parlimen Batu itu menambah tohmahan liar apabila mengaitkan tragedi Memali pada 1985 sebagai salah satu daripada konspirasi UMNO.

Seterusnya beliau mendakwa tidak pernah menghina anggota keselamatan sama ada polis atau tentera.

"Pada zaman reformasi berapa kali saya dihentam, dipukul, dibelasah oleh polis. Berapa kali saya ditahan. Pernah ke saya balas kekerasan itu. Pernah ke kita lakukan keganasan terhadap polis. Pernahkah kita baling batu kepada pihak polis.

"Ini adalah kerana kita menghormati peranan mereka (polis). Kita memahami mereka hanya menjalankan tugas apabila diarah," ujarnya. - UTUSAN ONLINE

Saturday, March 16, 2013

Lagi Akibat Keceluparan Tian Chua, Pemimpin Dalaman Parti Mula Kecewa???


pengkhianat-tian-chua

Kenyataan Naib Presiden PKR, Tian Chua yang mendakwa pencerobohan pengganas Sulu di Lahad Datu, Sabah merupakan sandiwara Umno, akhirnya mula memakan dirinya. Terutamanya dalam memastikan dirinya terus terpilih sebagai calon yang mewakili PKR dalam Pilihan Raya Umum Ke -13 (PRU13).

Timbul cakap-cakap di kalangan pemimpin dalaman parti itu sejak beberapa hari lalu yang dikatakan mula melahirkan rasa kecewa ekoran tindakan bodoh Tian Chua itu, kerana telah merugikan pakatan pembangkang khusunya PKR.

Tambah membimbangkan mereka, bilamana penurunan mendadak sokongan pengundi di kalangan anggota polis dan tentera yang sebelum ini, dilihat mula beralih kepada pakatan pembangkang.

Namun ekoran perkembangan di Lahad Datu, pakatan bukan sahaja bakal kehilangan undi anggota polis dan tentera, namun akan turut menyaksikan penurunan sokongan di  kalangan keluarga, sanak saudara dan golongan atas pagar dari kumpulan tersebut.

Kegagalan Tian Chua dalam menjaga sensitiviti tersebut, dilihat akan memberikan kesan terhadap calon-calon PKR yang bakal diletakkan bertanding khususnya di kawasan yang mempunyai peratusan majoriti undi Melayu. Malah menurut sumber tersebut, penurunan secara mendadak sokongan rakyat di Sabah juga amat merungsingkan, kerana sebelum ini, mereka hampir pasti dapat merampas negeri tersebut dari pengaruh BN/Umno.

“Kenyataan bodoh Tian Chua itu, akan menyebabkan ramai calon-calon ‘favorite’ PKR ‘tersungkur’, malah kalau Ketua Umum (Anwar Ibrahim) gagal menjelaskan dan menarik kembali sokongan rakyat boleh menyebabkan Pas dan DAP turut menerima kesan yang sama” menurut sumber tersebut yang meminta agar identitinya dirahsiakan.

Menurutnya lagi, sebelum ini dia yakin akan dapat mempertahankan kerusi yang dimenanginya pada pilihanraya yang lalu, namun ekoran kenyataan tersebut telah menyebabkan ramai dikalangan pengikut dan penyokongnya mula menjauhkan diri. Untuk rekod, beliau sebelum ini adalah merupakan salah seorang ahli parlimen yang bertanding atas tiket PKR di salah sebuah negeri di Pantai Timur.

Seorang lagi pemimpin PKR yang ditemui menjelaskan, hasil kajian dan analisa yang dilakukan melalui media-media sosial seperti Facebook, Twitter, Instigram dan sebagainya juga melihatkan penurunan sokongan pengundi atas pagar khususnya generasi muda.

Walaupun pada mulanya mereka hanya ingin melahirkan rasa simpati terhadap apa yang telah terjadi, namun kegagalan pimpinan PKR dalam menjawab kembali semua dakwaan yang dilemparkan telah memburukkan keadaan. Ia kerana tragedi berdarah ini,  telah memakan masa yang agak lama dan menelan angka korban yang ramai khususnya di kalangan anggota keselamatan. Maka perasaan simpati mereka, telah bertukar kepada tanda tanya dan persoalan yang akhirnya telah menyebabkan mereka mula sangsi dengan pakatan pembangkang.

Menurut sumber tersebut, ada dikalangan ahli dan penyokong akar umbi yang telah mula mendesak pimpinan kawasan agar mengusulkan kepada pimpinan PKR pusat agar mengugurkan Tian Chua dari senarai calon PKR. Ia bagi mengelakkan isu tersebut terus digunakan dan dimainkan oleh media BN/Umno untuk menarik undi simpati.

“Sesuatu perlu dilakukan oleh pimpinan PKR pusat, kerana isu Tian Chua telah mula menjadi liabiliti kepada parti” katanya.

Beliau turut mengharapkan agar Perdana Menteri tidak mengambil keputusan untuk membubarkan parlimen dalam masa yang terdekat. Ini kerana, PKR memerlukan sedikit masa untuk memastikan jentera penerangan dapat digerakkan secara menyeluruh bagi membetulkan keadaan.

“Kalau (Datuk Seri) Najib bubar Parlimen, sebelum pimpinan PKR pusat sempat mengerakkan jentera bagi membetulkan keadaan, maka PKR bakal berhadapan dengan satu masalah yang besar” katanya lagi.

Selepas Azmin, Anwar Juga Ramal Dirinya Akan Ditahan??



Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak menolak kemungkinan yang dirinya akan didakwa berhubung dakwaan penglibatannya dengan insiden penceroboh pengganas Sulu bersenjatapi di Lahad Datu, Sabah.

“Tadi (Naib Presiden PKR) Tian Chua kena dakwa..(akta) hasutan..Kemudian semalam (Timbalan Presiden PKR) Azmin (Ali) dipanggil dengan Suruhanjaya Komunikasi..Dengar-dengar saya pula..,” katanya namun menegaskan bahawa dirinya tidak gusar untuk berdepan dengan perkara yang disifatkannya sebagai fitnah.

Selain menegaskan bahawa dirinya tidak bersalah, Ketua Umum PKR itu turut menjelaskan beliau tidak pernah mengadakan sebarang perjumpaan dengan mana-mana pihak yang mengaku sebagai Sultan Sulu tapi sebaliknya Umno yang mengiktiraf Kesultanan tersebut apabila kerap menjemput wakilnya menghadiri Persidangan Agung mereka.

“Kalau saya terlibat, saudara tahu saya (akan) lawan..tapi tak betul..saya tak pernah jumpa Sultan Sulu. Sultan Sulu itu mari Perhimpunan Agung Umno..dia tak pergi Muktamar PAS ataupun Konvensyen PKR..tidak..Dia pergi Persidangan Agung Umno," ujarnya lagi sewaktu berceramah di Kampung Cempaka, Lancang, Syah Alam semalam.

"Tapi apakah kita katakan Umno terlibat? Kita tak kata..Umno jumpa Sultan Sulu. Apa yang kita sahkan? Umno jumpa Sultan Sulu..Umno ambil orang Sulu jadi rakyat dan minta jadi ahli Umno..itu sah..tapi kita tidak tuduh Umno terlibat dalam keganasan. Jadi puak ini ‘malaon’ sungguh..Dia boleh fitnah mudah-mudah,” ujar beliau


Mahkamah semalam menetapkan 12 April sebagai tarikh sebutan kes Ahli Parlimen Batu Tian Chua yang dihadapkan dengan tuduhan hasutan melalui kenyataannya yang mendakwa tindakan anggota keselamatan negara mempertahankan Sabah sebagai 'sandiwara Umno'.

Namun Tian, yang didakwa di bawah Seksyen 4 (1) (b) Akta Hasutan 1948 di mana pada pukul 11 pagi pada 1 Mac, mendakwa tembakan di Lahad Datu adalah satu konspirasi kerajaan Umno tidak bersalah terhadap pertuduhan itu dan Hakim Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur, Mohamad Sekeri Mamat menetapkan ikat jamin sebanyak RM5,000 bagi seorang penjamin.

Sehari sebelumnya, Ahli Parlimen Gombak Azmin Ali dipanggil untuk memberi keterangan kepada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) berhubung siasatan konflik di Lahad Datu itu dilaporkan hadir bersama peguamnya memberi keterangan kepada suruhanjaya itu di Cyberjaya pada pukul 2.30 petang walaubagaimanapun, menurutnya tiada makluman secara khusus mengapa beliau dipanggil untuk memberi keterangan.

Friday, March 8, 2013

Zulkifli Nordin Komen Isu Tian Chua Hina Pasukan Keselamatan!


Sumber KLPOS

Tuesday, March 5, 2013

Tian Chua Pening Kepala!! Akibat Keceluparan Mulutnya Ahli PKR Cabang Batu Masuk UMNO!!!


alt

KUALA LUMPUR 5 Mac - Rentetan daripada perhimpunan dan serahan memorandum membantah kenyataan Tian Chua berhubung isu pencerobohan di Lahad Datu, seramai 46 orang bekas penyokong Parti Keadilan Rakyat (PKR) menyerahkan borang menyertai UMNO di Parlimen Batu.

Menurut bekas penyokong PKR Jalaludin Abdul Majid yang juga merupakan Pengerusi Batas Batu, parti sanjungan beliau PKR kini dilihat semakin terkeluar daripada landasan perjuangan asal akibat daripada kepentingan politik tertentu.

"Bila kita sudah nampak penyelewengan, kita akan cuba yang baru. Apabila yang baru itu pun tidak betul, kita balik ke asal," kata beliau kepada wartawan KLPOS selepas menyerahkan borang menyertai UMNO di pejabat UMNO Bahagian Batu di sini semalam.

Tambah beliau, isu-isu yang mula timbul dewasa ini memperkuatkan lagi kesedaran beliau dan pengikut PKR yang lain bahawa perjuangan dalam parti itu adalah sia-sia.
Beliau yang mewakili bekas penyokong PKR menyerahkan borang menyertai UMNO kepada Ketua UMNO Bahagian Batu Yahya Ahmad Ghani

Terus Baca Di Sini