KUALA LUMPUR 5 Mac - Rentetan daripada perhimpunan dan serahan memorandum membantah kenyataan Tian Chua berhubung isu pencerobohan di Lahad Datu, seramai 46 orang bekas penyokong Parti Keadilan Rakyat (PKR) menyerahkan borang menyertai UMNO di Parlimen Batu.
Menurut bekas penyokong PKR Jalaludin Abdul Majid yang juga merupakan Pengerusi Batas Batu, parti sanjungan beliau PKR kini dilihat semakin terkeluar daripada landasan perjuangan asal akibat daripada kepentingan politik tertentu.
"Bila kita sudah nampak penyelewengan, kita akan cuba yang baru. Apabila yang baru itu pun tidak betul, kita balik ke asal," kata beliau kepada wartawan KLPOS selepas menyerahkan borang menyertai UMNO di pejabat UMNO Bahagian Batu di sini semalam.
Tambah beliau, isu-isu yang mula timbul dewasa ini memperkuatkan lagi kesedaran beliau dan pengikut PKR yang lain bahawa perjuangan dalam parti itu adalah sia-sia.
Beliau yang mewakili bekas penyokong PKR menyerahkan borang menyertai UMNO kepada Ketua UMNO Bahagian Batu Yahya Ahmad Ghani
Terus Baca Di Sini
syabas! terima kasih atas sokongan anda semua. ALLAH SELAMATKAN MALAYSIA DAN BN
ReplyDeletemohon di'sunat anu' tian chua supaya jgn hina perwira kami yg gugur demi mempertahankan negara.
ReplyDeleteTian Chua ingin menghidupkan MCP(Malaya Communist Party)
ReplyDeleteHarap deme deme ni jangan esok luse,ngate itu ni....dulu tak ingat Melayu.,sokong Cina p.k.m...lambat benau tersedar.....
ReplyDeleteTembak je kepala lututnya tu, pastu cakap je kat dia, ni "sandiwara je".
ReplyDelete