Saturday, March 23, 2013

Program Professor Turun Padang

Pada 23 Mac 2013 Jam 10 pagi satu program yang dinamakan Program Professor Turun Padang telah diadakan di Kawasan Melati 4A.

Program ini dianjurkan oleh Majlis Professor Malaysia dan Yayasan Wangsa Perdana serta dengan kerjasama Berita Harian.

Majlis ini telah dirasmikan dan disempurnakan oleh YBhg Dato' Dr Hj Mohd Shafei Abdullah, Ketua UMNO Bahagian Wangsa Maju merangkap Setiausaha Politik kepada Perdana Menteri.

Pelbagai acara menarik menanti pengunjung program ini antaranya Pemeriksaan mata dan telinga, pemeriksaan darah serta terdapat klinik gigi bergerak di program ini.

Penganjur juga turut mengadakan ceramah-ceramah berkenaan dengan perubatan,sains kesihatan,ekonomi dan pelbagai lagi topik menarik.






1 comment:

  1. hati-hati!

    banyak professor di ipta yang makan gaji berpuluh ribu tapi jadi anjing pakatan haram!

    mohon kpt pantau tali barut ini!

    ReplyDelete