Sunday, March 24, 2013

Wajib Tahu!! Luahan Apa Yang Terjadi Di Negeri Pimpinan Pembangkang!!



Wahai kawan kawan. Tahu tidak anda semua bahawa dasar Kerajaan Pakatan Rakyat (PAS di Kelantan dan Kedah, DAP di Perak (selama 9 bulan) dan Pulau Pinang dan PKR di Selangor) adalah pemerintahan permusuhan dengan lawan politiknya, mungkir janji, balas dendam, kekerasan, kedegilan dan tidak telus.

Mereka selalu mengatakan mereka akan mengamalkan dasar kebebasan akhbar tetapi sebenarnya ia sebaliknya atau lebih teruk daripada BN. Kerajaan Pulau Pinang dan Kelantan telah mengharamkan  media-media seperti Utusan Malaysia dan NSTdaripada menghadiri sidang DUN masing masing. Lim Guan Eng cukup sinomin dengan saman. Lim Guan Eng sudah mengikuti jejak langkah DS Anwar Ibrahim. Bukan saja musuh politiknya yang akan dan telah disaman, malah wartawan yang bertanya pun, jika `ulang I saman’ atau `Can We Get The Guard?’.

Rakyat mahukan perumahan mampu milik, mereka buat sebaliknya, bangunkan perumahan kos tinggi. Tanah Taman Maggis yang sepatutnya untuk perumahan kos rendah dan mampu milik, di rampas dan dijual untuk pembangunan komersil.Tanah tanah rizab perkuburan di tukar kategori, peniaga Bumiputera terus di tindas, gerai mereka di robohkan.

Lim Guan Eng seorang yang degil, angkuh dan tidak menjaga sensiviti penganut agama Islam. Setiausaha Agong DAP ini mencadangkan Kalimah ALLAH digunapakai di dalam kitab Injil versi Bahasa Malaysia. Lim Guan Eng buat tak kisah dan tidak takut dan hormat langsung dengan orang Islam. Dia teruskan juga usaha yang kotor itu, mungkin dengan restu Tok Guru Nik Aziz dan Anwar Ibrahim.

Ingatlah wahai kawan kawan. Parti Dinasti Lim ini parti satu kaum. Sila baca Mingguan Malaysia pada 24hb Mac 2013 mengenai percakapan bekas ahli DAP India dan Melayu.

DAP sebuah parti yang tidak demokratik langsung. Keputusan dibuat oleh beberapa kerat pemimpin dan tidakboleh dicabar. Kira undi pun tidak pandai.

Wahai kawan kawan. Ini ke sifat pemimpin yang kita mahukan untuk anak, isteri, keluarga kita dan rakyat Malaysia?

Kerajaan Selangor lagi teruk gelagatnya. Pembangunan seperti Langat 2 di `sabotaj’ dengan menghalang pembangunannya walaupun ia akan mendatangkan kesusahan kepada rakyat di masa akan datang. Mereka sibok bermain politik dalam krisis air. Sibok nak beli syarikat air SYABAS pulak. Nak beli ada duit atau tidak? Negeri lain termasuk Pulau Pinang pun sudah menjual konsesi air kepada Pengurusan Aset Air yang dikendalikan oleh Kerajaan Persekutuan. Diberitakan lebih kurang 100 syarikat yang ingin melabur di Selangor, menanggohkan rancangan mereka kerana mereka kuatir dengan bekalan air. Rugi Selangor kerana peluang pekerjaan 100,000 orang.

Talamgate adalah salah satu penyelewangan terbesar kerajaan Selangor. Pembongkaran demi pembongkaran dibuat oleh Biro Professional Muda MCA. Perdebatan terbuka di atur tetapi MB Selangor tidak datang. Hantar wakil aje. Lantak lah kau. Ada sahaja jawabannya. Yang benar dituduh tidak betul. Yang menyeleweng dikatakan Nabi. Sampai sekarang apa pengakhirannya? Ada yang kena dakwa? Ada yang minta maaf? Ada  Laporan kepada tindakan tindakan yang diambil oleh Kerajaan Selangor?
Pembangunan UiTM di Serendah pun begitu. Pembangunan Yayasan Basmi Kemiskinan yang dihalang dan terpaksa di pindahkan ke Melaka. Mereka sanggup rugi pembangunan fisikal asalkan objektif politik kotor mereka tercapai. Mereka tidak pandang kenaikan nilai tanah di Serendah, peluang niaga untuk rakyat Selangor dan banyak menafaat lain lagi.

Manifesto PRU pada mereka bukan ikatan atau perjanjian. `mamposlah kau rakyat Selangor, Kerajaan aku tidak akan bayar’. Bantahan dan demonstrasi rakyat tidak membawa erti dan kesan politik kepada TS Khalid Ibrahim dan Pakatan Rakyat. Pada mereka mungkir janji itu dihalalkan. Mereka tidak malu betul, mahu keluar manifesto baru lagi sempena PRU13 nanti. Mereka tidak rasa risau dengan saman saman oleh rakyat Selangor kerana mereka mempunyai barisan peguam yang pandai pandai.

Yang paling jijik pada matakaca penulis ialah sikap `kurang ajar’ dengan Sultan Selangor. Ada sahaja perkara  konfrontasi dengan Sultan Selangor. Bermula dengan perlantikan Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor, berlanjutan sampailah pengikraran larangan berpolitik dalam masjid, campurtangan TS Khalid dalam pentadbiran Majlis Agama Islam Selangor yang membenteras aktiviti murtad  dikalangan orang Islam dan sebagainya, Kalau penulis lah menjadi MB Selangor, amatlah malu kerana asyik kena tegur aje dengan Sultan Selangor. Tak malu ke.

Tadi mengenai pentadbiran Kerajaan. Bagaimana pula dengan isu moral pemimpin mereka. Bagaimana dengan kesetiaan mereka kepada Negara dan anggota keselamatan.?

Wahai kawan kawan. Ini ke sifat pemimpin yang kita mahukan untuk anak, isteri, keluarga kita dan rakyat Malaysia?

Kedah dibawah PAS mengalami kemerosotan pelaburan yang teruk. Pendapatan negeri terjejas. Terpaksa melaksanakan skim pembalakan di sepanjang Tasik Pedu untuk menjana pendapatan. Malangnya pendapatan dari hasil balak tidak dapat menampong perbelanjaan negeri. Pembesihan kawasan tidak terlaksana, parit parit tidak terurus, samaph tidak berkutip dan sebagainya. Apabila banjir melanda, Kerajaan Negeri tengok sahaja. Padi rosak, rakyat tidak dibantu oleh Kerajaan negeri.

Kolej Universiti Insaniah (KUIN) juga menjadi pasar malam. Pentadbiran kucar kacir. Bilangan pelajar menurun menyebabkan kos pengurusan sepelajar meningkat. Gaji tidak dapat dibayar. Potongan berkanun dibuat tetapi tidak di bayar ke KWSP dan sebagainya. Pentadbiran terpaksa mengambil pelajar diluar kelayakan dan berhadapan dengan denda RM270,000. Kerajaan Negeri diambang muflis.
MB Kedah dan exconya tidak sehaluan. Penyokong dan Ahli PAS ramai yang sudah hilang keyakinan dengan parti Pas dan keluar parti. Hari hari kedengaran ahli keluar parti.
Wahai kawan kawan. Ini ke sifat pemimpin yang kita mahukan untuk anak, isteri, keluarga kita dan rakyat Malaysia?

KERAJAAN PAS KELANTAN, KEJAM DAN ZALIM

Tok Guru Nik Aziz sedang uzur pada masa ini. Diberitakan sakit perut. Semoga beliau segera sembuh kerana banyak urusan yang tidak diselesaikan oleh Tok Guru Nik Aziz dan PAS.  Rakyat Kelantan rata rata mahu TUKAR dari PAS kepada BN.
Rakyat Kelantan telah terlalu lama memendam rasa, akhirnya semakin ramai rakyat Kelantan yang mula sedar dan bangkit menyatakan bantahan terhadap kerajaan negeri pimpinan PAS.

Terbaru seramai 300 orang rakyat Gua Musang melakukan protes terhadap tindakan kerajaan negeri yang merampas tanah yang telah lama di usahakan mereka kepada syarikat swasta.

Walaupun telah mengusahakan tanah tersebut sejak 30 tahun lalu, ia tidak menghalang kerajaan pimpinan Tok Guru Nik Aziz yang dianggap ‘ulama’ bertindak kejam dengan merampas tanah mereka sekaligus menafikan hak penduduk Kampung Sungai Badong di Kuala Betis.

Tanah seluas kira-kira 378.8 hektar itu telah diusahakan oleh penduduk kampung dengan pelbagai tanaman seperti getah, kelapa sawit dan dusun buah-buahan. Malah permohonan yang dibuat bagi mendapatkan hak milik sebelum ini, dikatakan telah mendapat persetujuan Pejabat Tanah dan Jajahan Gua Musang sehingga ada penduduk yang telah menjelaskan bayaran premiumnya 10 tahun lalu.

Menurut penduduk kampung itu lagi, kerajaan Ulama PAS Kelantan, melalui Pejabat Tanah dan Galian jajahan Gua Musang dikatakan meluluskan permohonan tanah itu kepada dua buah syarikat sekitar November tahun lepas dan telah mengeluarkan geran pada 28 Januari lalu.

Nampak gayanya, jubah dan serban yang digunakan pimpinan PAS yang kononnya diterajui oleh ‘ulama’ tidak menghalang mereka dari bersikap kejam dan zalim. Apakah ini ciri-ciri Islam yang ingin diterapkan oleh PAS di negeri yang terkenal dengan gelaran serambi Mekah itu?

Yang menjadi persoalanya ialah, bagai manakah kerajaan negeri tergamak untuk menganiaya rakyat Kelantan dengan menyerahkan hak milik tanah tersebut kepada syarikat asing?

Sedangkan mengikut logik akal mereka yang telah lama memohon malah telah membayar premium dengan lebih awal wajar dipertimbangkan terlebih dahulu. Atau apakah ini merupakan satu bukti kerajaan Pas Kelantan lebih mengutamakan keuntungan dari melihat dan merasai denyut nadi rakyat miskin???

Kalau itulah pendekatan yang diguna pakai, maka dakwaan yang mengatakan Kelantan di pimpin oleh ulama adalah salah. Sebenarnya rakyat Kelantan telah dipimpin oleh ‘Ular Dalam Semak’ yang hanya menunggu dan ketika yang sesuai untuk mengigit dan menindas rakyat.

 Lebih menyedihkan, apabila menteri besar yang menganggap Anwar Ibrahim sebagai idola ini, pernah mengatakan setiap mata cangkul tanah yang diusahakan adalah hak mereka dan akan diberi hak milik sebagai jaminan masa depan.

 Episod sedih yang melanda penduduk ini boleh dikatakan selari dengan perumpamaan Melayu ‘kera di hutan disusukan, anak di rumah mati kelaparan’.

Walaupun ada yang bersikap sinikal dengan mengatakan “Padey doh mung keno, undi lah Tok Guru tuh pah ceroh” namun ia seharusnya dijadikan pengajaran buat rakyat Kelantan secara keseluruhannya. Malah menurut maklumat yang diterima, sekitar pertengahan tahun 1960 -1970, kerajaan ‘Tok Guru’ pernah memajakkan tanah seluas 300,000 ekar di Hulu Kelantan kepada syarikat Singapura.

Tidak cukup dengan itu, kerajaan PAS Kelantan sebelum ini juga dikatakan sanggup menyerahkan pajakan sehingga tahun 2092 untuk tanah seluas 10,000 ekar kepada pimpinan DAP, Ngeh Koh Ham dan Nga Kor Min.

Kesimpulannya, rakyat Kelantan perlu membuka mata dan hati dengan seluas-luasnya untuk menilai semula sokongan yang pernah diberikan kepada PAS yang jelas mengunakan Islam sebagai modal untuk menipu rakyat di negeri Che Siti Wan Kembang itu. Buat rakyat Kelantan – Bo La Weiiii!!! Sumber: Taiping Mali

Kes pembekalan air bersih dan pembalakan haram terus bermasalah di Kelantan. Pelabur Asing yang besar terus menjauhi Kelantan

0 comments:

Post a Comment