Monday, March 12, 2012

Guan Eng buat hal lagi!!!!

Kemarahan rakyat Johor terhadap Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng semakain menjadi - jadi apabila lima buah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) mengadakan perhimpunan bertujuan mendesak beliau mengadap Sultan Johor, Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar untuk memohon ampun.

Ngo yang terlibat dalam perhimpunan yang dinamakan Himpunan Aman Melayu Muda itu ialah Pertubuhan Profesional Melayu dan Pewaris Bangsa Malaysia (PROWARIS), Pertubuhan Penyatuan Pembelaan Melayu Malaysia, Gerakan Belia 4B Segamat, Persatuan Belia Satu Anam serta Persatuan Belia Bestari Bistari kampung Paya Lebar, Segamat.

"Guan Eng perlu meminta ampun berikutan kebiadapannya mengeluarkan kenyataan berbau hasutan dan fitnah terhadap keamanan dan kesejahteraan negeri Johor". Feris Omar (Presiden Prowaris)

Beliau yang juga mengetuai perhimpunan yang diadakan secara aman itu berkata, tuduhan Guan Eng bahawa Johor tidak selamat untuk pelaburan adalah fitnah terhadap kesejahteraan dan kemajuan yang dinikmati negeri itu selama ini.

Tariklah balik kenyataan itu wahai Guan Eng dan memohon ampun dari Sultan Johor dan rakyat johor.

Salam Satu Malaysia..

Siapa Hoslan Hussain - Imam Baling Selipar???


Ramai di kalangan rakyat Malaysia tertipu dengan sandiwara yang dimainkan oleh Hj Hoslan Bin Hj Hussain setelah beliau membuat kegemparan dengan membaling kedua-dua seliparnya kepada ketiga-tiga Hakim yang mengendalikan kesnya.

Siapa dia Hoslan Hussein yang sebenarnya yang dianggap oleh beberapa pihak terutamanya dari parti pembangkang sebagai seorang “hero” yang menegakkan keadilan. Maka pihak masjid terpaksa menjawab segala tohmahan yang dilemparkan oleh Hoslan Husain bagi menjaga nama baik Masjid Ar-Rahimah Kg Pandan yang sudah dicalarkan oleh manusia durjana ini dengan menjaja-jaja keburukan pihak masjid.

Hoslan Hussain berasal dari Perak tetapi sudah lama menetap di Kg Pandan. Ayahnya Hj Hussain Bin Hj Abu Bakar, seorang yg. sering berulang-alik berjemaah di Masjid Ar-Rahimah. Disebabkan kekerapan Hj Hussain berjemaah di masjid, maka beliau sering membantu untuk melaungkan azan di kala tidak ada Muazzin di Masjid.Akhirnya Hj Hussain memohon jawatan sebagai Bilal.Dalam pada itu juga, Hj Hussain akan menjadi Imam jika sewaktu itu Imam Masjid mempunyai keuzuran dan tidak dapat hadir.Peluang ini juga diambil oleh Hj. Hussain (bapa Hoslan) untuk memohon pula jawatan sebagai Imam, maka dijadikan sebagai Imam Kariah atau dipanggil juga Imam Rakyat.Imam Kariah hanya boleh menjadi Imam untuk Solat Fardhu biasa dan beliau tidak berkelayakan untuk membaca khutbah Juma’at dan menjadi Imam untuk Solat Jumaat.

Sementara bagi Hoslan Hussain pula, beliau sebelum ini dikenali sebagai “Mat Rempit” di Kg. Pandan.Disebabkan Hoslan begitu aktif dengan parti pembangkang yang disertainya, maka Hoslan begitu teruja apabila melihat beberapa rakan-rakannya pergi menunaikan fardhu haji. Hoslan yang bekerja di Jabatan Alam Sekitar, akhirnya dapat mengumpulkan duit untuk menunaikan fardhu haji.Bermula dari balik hajilah, Hoslan mengubah penampilannya dengan hanya memakai jubah dan berserban walau ke mana sahaja dia pergi. Hoslan mengikuti jejak ayahnya Hj Hussain, berjemaah di Masjid Ar-Rahimah yang hanya terletak beberapa meter sahaja dari kediamannya di rumah setinggan Kg Pandan.

Pada satu Juma’at tahun 2005, Pengerusi Masjid mengumumkan bahawa masjid sedang mencari seorang Muazzin bagi mengisi kekosongan jawatan tersebut. Hj Hussain meminta agar anaknya Hoslan memohon jawatan tersebut, maka disebabkan Hoslan sering berada di masjid, permohonannya diterima.Maka bermulalah karier Hj Hoslan sebagai Muazzin dan beliau memohon agar dapat menduduki kuarters yang disediakan oleh masjid untuk kakitangan masjid.Sejak dari memegang jawatan Muazzinlah, Hoslan begitu merasa bangga dengan jawatannya apatah lagi adakalanya beliau menjadi Imam bagi mengganti keuzuran Imam yang lain.Hoslan cuba juga memohon jawatan sebagai Imam tetapi permohonannya ditolak disebabkan beliau tidak mempunyai latar belakang pendidikan agama.Difahamkan daripada Hoslan sendiri, beliau hanyalah belajar membaca Al-Quran daripada seorang Imam yang bernama Hj Salleh.(Allahyarham)

Sebagimana lazimnya seperti juga yang terjadi di masjid-masjid yang lain, Ahli Jawatankuasa Masjid sering tidak sefahaman di antara satu sama lain dalam beberapa isu.Ketidaksefahaman mereka ini disebabkan mereka berpuak-puak dalam menjalankan sesuatu program dan bermulalah episod tuduh menuduh beberapa isu di antara mereka.Perkara ini akhirnya sampai ke pihak Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan di mana akhirnya kesemua AJK dibubarkan dan JAWI sendiri mengambil alih pentadbiran masjid pada tahun 2006-2009. Untuk itu, pihak JAWI menghantar seorang Ketua Imam bernama Fathul Amin bagi mentadbir masjid dalam beberapa hal.Namun begitu Fathul Amin gagal dalam menjalankan tanggung-jawabnya dan sering sahaja tidak berada di masjid, maka pihak JAWI menghantar pula seorang pembantu, Ustaz Asri yang sebelum ini bertugas di masjid Alam Shah Jalan Pasar, K.L. Kelemahan yang terdapat pada Fathul Amin, membuatkan Hoslan mengambil kesempatan untuk memohon jawatan sebagai Imam Rawatib apatah lagi Hoslan seringkali menjadi “cover-up” untuk Fathul Amin.Dengan kuasa perlantikan yang ada kepada Fathul Amin, maka Hoslan pun berjaya mendapatkan jawatan yang diidam-idamkan sebagai Imam Rawattib.

Masalah disiplin Fathul Amin, Ketua Imam akhirnya sampai ke pengetahuan pihak JAWI dan akhirnya Fathul Amin ditukarkan ke Masjid Sg. Penchala dan tempatnya diganti oleh Ustaz Asri (pembantunya sebelum ini).Namun Fathul Amin tetap tidak berubah dan akhirnya JAWI terpaksa menamatkan perkhidmatannya sebagai Imam di Masjid Sg Penchala.

Ketua Imam yang baru, Ustaz Asri (kini bertugas di Masjid Besi Putrajaya), seorang yang begitu tegas dalam menjalankan amanahnya.Sedikit demi sedikit, masalah yang ditimbulkan oleh petugas-petugas masjid diperbetulkan dan Ustaz Asri jugalah yang bertanggung-jawab menyediakan uniform untuk Imam-Imam sebagaimana yang dipakai oleh Imam-Imam masjid yang lain.Hoslan tidak senang dengan ketegasan Ustaz Asri kerana Hoslan sering ditegur kerana selalu ponteng tugas (di cover oleh ayahnya), dan selalu melarikan diri setiap program yang dianjurkan oleh masjid. Hoslan juga ingkar agar diwajibkan semua Imam-Imam dan Bilal memakai pakaian rasmi sewaktu Solat Jumaat kerana Hoslan lebih suka dengan penampilannya.

ANDA NAK TAHU LAGI CERITA INI ???

KLIK DI SINI

UNTUK SELANJUTNYA

Kaum India berhati - hati memilih parti

Senator Datuk Maglin Dennis D'Cruz

Kaum India di negara ini diingatkan agar berhati-hati ketika memilih kerajaan pada pilihan raya umum akan datang agar tidak menyesal di kemudian hari.

Timbalan Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Maglin Dennis D'Cruz berkata, pilihan harus dibuat bukan saja berdasarkan rekod dan kejayaan dalam mentadbir negara, tetapi juga sumbangan terhadap semua kaum.

"Nak ubah kerajaan ini senang tapi kita kena fikir risiko yang akan dihadapi. Oleh itu, jangan mudah terpedaya dengan janji pihak pembangkang. Pada Pilihan Raya Umum Ke-13 ini, saya minta kaum India supaya mengundi Barisan Nasional (BN) 100 peratus,” katanya di sini malam tadi.

D'Cruz juga berkata, berdasarkan maklum balas, sokongan kaum India kepada BN semakin meningkat, khususnya di kawasan estet dan luar bandar.

Terdahulu ketika berucap, D'Cruz berkata, program Komuniti Sihat 1Malaysia bertujuan memberi kesedaran kesihatan dan mewujudkan masyarakat yang sihat.

Sumber :- Utusan Malaysia

Sunday, March 11, 2012

A.B.U tidak mendapat sambutan !!!!!

terharu...pihak pembangkang terharu kerana ceramahnya mendapat sambutan yang luar biasa


Ceramah yang dibuat oleh pembangkang baru - baru ini tidak mendapat sambutan oleh rakyat. Ceramah A.B.U( Asalkan bukan Umno ) yang dihadiri oleh HERO - HERO Pakatan Rakyat seperti YB DR DZUKEFLY , CHEGU BARD , ZAMRI KHUZAIMI , YB CHANG LIH KANG , A. SAMAD SAID.. Ada ke yang tak kenal A. SAMAD SAID? Alaa yang janggut macam santa claus tu..hahahahha

Gambar ini diambil pada jam 11 mlm kira - kira 2 jam ceramah berlangsung...Hanya ini sahaja penonton yang masih setia mendengar penceramah merepek . .("macam tengok wayang kulit pulak rasanya')..hahaha

Kepada pembangkang lepas ni duduk diam - diam je lah..Tak payah berhabis duit nak buat ceramah sana - sini. Buat letih je derrr...

Ceramah tersebut juga mengakibatkan kesesakan yang teruk apabila sesetengah jalan ditutup oleh mereka

sudahlah takde orang tengok ceramah.. Menyusahkan orang pula.

mengantuk ke bang???

Ish ish ish ... bek korang buat futsal ke mancing ke....keluarlah peluh sikit...itupun tak tau la ada orang ke tak nak join..hahahahaha

salam


Cerita serupa ANJING!!!!

Datuk Zulkifli Noordin (Ahli Parlimen Kulim - Bandar Baharu)

"Cubaan pembangkang untuk meraih kepentingan politik atas keprihatinan kerajaan merupakan hipokrit terbesar kerana sebelum ini mereka juga yang mahu mengurangkan lebih 70,000 kakitangan awam".kata Datuk Zulkifli.

Pembangkang mendakwa kononnya penyelarasan gaji kakitangan awam yang diumumkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak adalah hasil perjuangan mereka bukan sahaja memalukan malah disifatkan sebagai perbuatan jijik..

Datuk Zulkifli berkata, sekarang Datuk Seri Anwar dan puak - puak parasitnya melalak konon mereka hero memperjuangkan hak kakitangan awam tapi tengok bagaimana layanan mereka terhadap kakitangan awam di Selangor terutama dalam isu pemberian bonus..

Jangan nak cakap banyaklah kerajaan Pakatan Rakyat , jangan nak pilih kasih, seperti di Selangor hanya syarikat milik kerajaan (GLC) selangor sahaja yang diberi bonus, kakitangan awam negeri itu langsung tidak dipedulikan. Sekarang pembangkang pula yang hendak bercakap pasal tidak menjaga kebajikan penjawat awam pula..

ermmm....

Cayalah Veteran UMNO


Veteran UMNO masih punyai peranan yang besar di dalam parti untuk meningkatkan kesedaran kepada anak muda sekarang mengenai perjuangan parti selama ini..

"Golongan itu yang mengharungi pahit getir untuk mencapai kemerdekaan Negara sehingga Malaysia mengecapi kejayaan pada masa ini, mereka boleh memberi tunjuk ajar kepada generasi muda sekarang yang menikmati perjuangan mereka selama ini". Tan Sri Muhyiddin Yassin (Timbalan Presiden UMNO).


Sebagai orang lama di dalam UMNO, ramai yang diantaranya sudah melalui beberapa fasa zaman dan dapat menceritakan bagaimana susah payah ketika zaman penjajahan , bagaimana nak mencapai kemerdekaan dan mengurus negara.

Ramai yang diantara kita yang lahir selepas kemerdekaan , tidak merasa bagaimana peritnya orang - orang yang llahir sebelum kita, jadi pendekatan veteran UMNO ini untuk anak muda amatlah penting kerana sekarang banyak yang sudah tidak menghiraukan tentang perjuangan untuk mendapatkan kemerdekaan .

Golongan muda ini terdedah dengan pelbagai budaya dan anasir jahat pembangkang yang cuba menghasut seperti di dalam kecanggihan dunia sains dan teknologi pada masa ini.

Sekarang kita harus berwaspada, pihak pembangkang ingin melakukan undang - undang yang lebih liberal , memberi perlindungan untuk israel dan parti Pas pula mengeluarkan fatwa yang mengelirukan rakyat.

Berharap supaya anda semua tidak terpengaruh dengan anasir - anasir yang cuba menghasut hingga memecah - belahkan parti UMNO sendiri..

Sekian salam Satu Malaysia..