Monday, August 19, 2013

Ezam Dedah Taktik Kotor Anwar Jatuhkan Najib




Tindakan Datuk Seri Anwar Ibrahim mendakwa kononnya Datuk Seri Najib Tun Razak membuat tawaran untuk membentuk kerajaan perpaduan dilihat sebagai satu lagi taktik jahat Ketua Pembangkang itu untuk menjatuhkan imej Perdana Menteri menjelang pemilihan UMNO akan datang.

Bekas Ketua Angkatan Muda Keadilan, Ezam Mohd. Noor mendakwa, Anwar sengaja ingin mewujudkan persepsi negatif dalam kalangan ahli UMNO bahawa kononnya Najib sanggup berkompromi dengan musuh politiknya.

“Anwar ingin mewujudkan kesangsian dalam kepimpinan UMNO seolah-olah Perdana Menteri yang mahu berkompromi dengannya. Ini manipulasi dan permainan jahat Anwar.

“Saya tahu daripada rakan-rakan di Indonesia bahawa beliau (Anwar) yang sebenarnya mengusulkan perkara tersebut,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Ezam mengulas pendedahan beberapa blog yang mendakwa Anwar sebenarnya menawarkan kerajaan perpaduan antara Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan Barisan Nasional (BN) kepada Najib dengan tiga syarat yang disampaikan menerusi bekas Naib Presiden Indonesia, Jusuf Kalla ketika berkunjung ke Kuala Lumpur pada 28 Julai lalu.

Tiga syarat Anwar itu dakwa salah sebuah blog, http://www.rbfonline.net adalah melantiknya sebagai Timbalan Perdana Menteri, melantik empat Ahli Parlimen PKR sebagai menteri, beliau akan memecat Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dan Najib akan memilih siapa pengganti kekosongan itu tetapi semuanya ditolak oleh Najib.

Anwar dalam wawancara bersama laman web Asia Sentinel pada Isnin lalu mendakwa, Perdana Menteri menghubunginya dan mencadangkan agar diadakan kerajaan perpaduan tersebut tetapi beliau menolaknya.

Mengulas lanjut, Ezam berkata, tindakan Anwar menyatakan usul kerajaan perpaduan oleh Najib tidak masuk akal memandangkan pihak yang terdesak untuk meraih kuasa adalah Anwar, bukannya Perdana Menteri.

“Anwar memerlukan kuasa untuk menyelesaikan masalahnya sendiri. Sebab itu saya tidak terkejut kerana saya cukup yakin Anwar dalam keadaan terdesak dan sebab itu dia yang mengusulkan kerajaan perpaduan supaya dapat kuasa, duduk dalam pemerintahan kerajaan,” katanya – Utusan

5 comments:

  1. Manusia MUNAFIK mcm Anuar tuh hanya org BODOH je yg percaya kata2 lahanat nie..dh la munafik, gile kuasa pulak tuh...wahai Anuar, sementara pintu taubat masih terbuka elok la kau bertaubat...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kenapa kerajaan lantik Azeez Mamak Rahim sebagai Pengerusi Tabung Haji ?

      Rukun Islam kelima kepada semua umat Islam di seluruh negara. Menunaikan Haj di tanah suci. Sekarang dengan perlantikan Azeez, siapa ada duit boleh menunaikan Haj, siapa yang tidak dapat bayar duit poket tidak akan dapat pergi.

      TABUNG HAJI AKAN JADI EKSKLUSIF SEPERTI KEDAI ROLEX ATAU FERRARI. Rakyat biasa akan mula tolak Tabung Haji dan terpaksa menggunakan kemudahan yang lain untuk menunaikan Haji di tanah suci.

      Kuota untuk Tabung Haji akan di pegang oleh Azeez Rahim supaya anak beranak, seluruh UMNO yang dia berhutang kepada boleh di lepaskan dengan memberi PERCUMA kepada mereka menunaikan Haj di tanah suci. Kesucian Agama kita sudah tercemar dengan perlantikan perompak ini sebagai pengerusinya. Bukan Presiden UMNO ini tidak tahu. Mesti dia sudah dapat laporan demi laporan penipuan ahli perniagaan Azeez ini kepada hampir semua pemimpin dalam UMNO dan di luar. Berapa ramai yang sudah terpedaya dengan dia ? Berapa ramai sudah di tipu dia ?

      Adakah pemimpin UMNO yang lain hanya akan duduk dan jadi YES MAN seperti dalam pentadbiran Mahathir dan Pak Lah ? Adakah kesucian Haji sudah tidak bermakna lagi kepada teras kepimpinan UMNO sampai melantik seorang penipu perompak sebagai Pengerusi Tabung Haji di terima sebulat suara oleh mereka ?

      Jangan sampai UMNO jadi pembangkang selepas Pilihanraya UMUM ke 14.

      Delete
    2. Mudah2an azeez mamak tu insaf semasa pegang tabung haji...

      Delete
  2. Berilah Azeez tu peluang untuk membuktikan bahawa kerajaan tidak tersalah pilih. Jangan kerana dia tidak pakai lebai, jarang pakai baju melayu maka terus kita dia tak layak jadi Pengerusi Tabung Haji. Inilah kelemahan kita orang Islam, mudah bersangka buruk kepada bangsa sendiri..sampai bila nak maju kalau terus bersikap begitu..

    ReplyDelete
  3. sebab utama ialah ANUAR nak selesaikan semua kes mahkamah yang bakal dia hadapi dgn cara ingin menjadi pemerintah....(boleh tutup kes) sbb tu beria-ia nak jadi pemerintah...

    ReplyDelete