Wednesday, August 8, 2012

Hanya Pembangkang Yang Berjuang Untuk Kemerdekaan Negara???!!!

pas-dapxx513

Jika pembangkang fikir tema Hari Kebangsaan, “Janji Ditepati” tidak ngam dengan mereka, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Nazri Aziz mencadangkan pembangkang guna tema “Janji Tidak Ditepati,”.

Baginya, tema itu lebih sesuai dengan sikap pembangkang yang gagal menunaikan janji-janji pilihan raya lalu.

Menurut Nazri, pembangkang tidak suka tema itu kerana ‘siapa makan cili, mereka terasa pedas’ dan Janji Ditepati akan mengingatkan rakyat kepada janji-janji pilihan raya yang masih belum dipenuhi pembangkang.

"Tahun 2008 mereka janji hendak bagi janda dan ibu tunggal RM600 tapi janji itu tak ditepati.

"Jadi sekarang mereka terasalah. Mereka ini sensitif sebab mereka tak tepati janji mereka," kata Nazri sinis mengulas tindakan pembangkang menolak tema yang ditetapkan kerajaan Pusat.

Katanya, tema itu menggambarkan janji ditepati sama ada yang sudah dan akan datang.

“Apa masalah dengan tema itu?..Sebab mereka (pembangkang) tidak tepati janji sebab itulah tidak suka,” katanya kepada media di pejabatnya di Parlimen, Selasa.

Nazri juga memberi contoh isu Hudud yang tidak selesai-selesai walaupun berlarutan beberapa tahun.

"Ini semua kaki penipu besar. Tak selesai kes hudud kata dah selesai," katanya sambil menambah Ahli Parlimen Jelutong, Karpal Singh sendiri masih lagi menolak cadangan PAS itu.

Tambahnya, “ di bulan puasa pun nak menipu’.

Menjawab soalan mengenai cadangan negeri dikuasa pembangkang mahu menggunakan tema berbeza, Nazri menegaskan sambutan Kemerdekaan adalah di peringkat negara bukan negeri.

Menurut beliau, negara yang mencapai kemerdekaan dan BN selaku parti yang lebih berperanan dalam memperjuang kemerdekaan berhak menentukan tema untuk sambutan Hari Kebangsaan.

Katanya, UMNO-MCA-MIC pada masa itu memainkan peranan yang lebih besar berbanding parti pembangkang seperti PAS dan DAP dalam memperjuang kemerdekaan.

"PAS tahun 1951 dia ditubuhkan tetapi pada masa itu dia tentang kemerdekaan.

"DAP pula cuma ditubuhkan pada tahun 1969. Bila pembangkang perjuang kemerdekaan?," katanya.

Pakatan Rakyat sebelum ini mengumumkan tema alternatif "Sebangsa Senegara Sejiwa" kerana tidak bersetuju dengan tema Janji Ditepati yang didakwa propaganda BN menjelang PRU 13.

Setiausaha agung PAS Datuk Mustafa Ali pula berkata empat negeri ditadbir Pakatan Rakyat akan menggunakan tema berbeza untuk sambutan Hari Kebangsaan.

Mustafa berkata, Pulau Pinang dan Selangor akan menggunakan tema Sebangsa, Senegara, Sejiwa.

Negeri Kelantan pula akan menggunakan tema Menerajui Perubahan manakala tema untuk sambutan di Kedah ialah Terus Berbakti.

Jelasnya, exco negeri Kedah dan Kelantan memutuskan tema masing-masing sebelum Pakatan Rakyat membuat keputusan untuk menggunakan tema Sebangsa, Sebangsa, Sejiwa.

Thanks Agenda Daily

0 comments:

Post a Comment