Thursday, October 18, 2012

PAS Diminta Tidak Lari Isu Sebenar!!!



SHAH ALAM –  Pas didakwa pengecut kerana  terlalu mengikut telunjuk DAP dalam pelbagai perkara termasuklah meninggalkan konsep negara Islam yang diperjuangkan sejak puluhan tahun kepada negara berkebajikan."

Ahli Majlis Tertinggi Umno, Dr Mohd Puad Zarkashi berkata, Pas tidak perlu  lari daripada isu sebenar sedangkan Umno tidak pernah mengatakan akan melaksanakan hukum hudud tanpa persetujuan semua pihak.

“Pas juga tidak melaksanakan hudud di Kelantan kerana takut setelah mendapat tentangan daripada DAP,” katanya.

Katanya, Umno adalah parti  realistik yang memberi keutamaan kepada pendidikan dan membasmi kemiskinan yang turut dituntut dalam Islam.

“Umno belum berkemampuan untuk melaksanakan hudud dan tidak timbul soal (Presiden MCA) Datuk Seri Dr Chua Soi Lek dalam isu ini,” katanya.

Sementara itu, Pengerusi Jawatankuasa Kerja Sekretariat Ulama Muda Malaysia (Ilmu), Fathul Bari Mat Jahaya mengingatkan Ketua Dewan Pemuda Pas, Nasrudin Hasan supaya jangan menuding jari menuduh Umno menikus apabila berhadapan dengan MCA dalam isu hudud.

“Saya fikir, lebih baik Pas meneliti semula kenapa mereka juga tunduk kepada DAP dan tidak perlu hanya menyalahkan Umno dan MCA berkenaan Islam,” katanya.

Fathul Bari berkata, bukan Islam tiada hak untuk merendah-rendahkan hukum hudud dan biarkan umat Islam sahaja yang berbicara mengenainya.

“Hudud adalah isu yang sangat jelas, tidak perlu dilaga-lagakan antara Umno dan Pas. Apabila umat Islam berpecah maka ada musuh yang akan mengambil kesempatan atas hukum tersebut,” katanya.

“Pada masa ini, kami masih dalam proses perbincangan bagaimana untuk memastikan Pas dan Umno bersatu demi Islam.  Kita harus kembali kepada asas Islam iaitu ke arah penyatuan umat dan mengetengahkan dasar-dasar agama,” katanya.

Katanya, apabila ada kritikan dan nasihat yang baik saya boleh terima dan bersifat secara positif meskipun ada perbezaan pandangan.

“Pas dan Umno tidak boleh bersikap keras kepala dalam proses untuk membina pembaharuan dan perlu tinggalkan segala perselisihan faham yang pernah berlaku kerana dengan bersatu musuh akan hormat pada  Islam,” katanya-SINAR

0 comments:

Post a Comment