Wednesday, October 24, 2012

Lajim Ukin Mengigau, Janji Sumbang 15 Kerusi Parlimen Dari Sabah???



MP Beaufort Datuk Lajim Haji Ukin mengigau, apabila memberitahu penduduk Wangsa Maju, Kuala Lumpur, kononnya barisan Pembangkang akan menang 15 kerusi Parlimen di Sabah pada PRU-13 akan datang.

Walau bagaimanapun, Lajim tidak menyebut kawasan-kawasan itu ketika berucap didepan penyokong Pakatan Rakyat semalam.

Umum mengetahui, bahawa pembangkang tiada sejarah menang lebih 2 kerusi Parlimen di Sabah, sejak sistem pilihanraya diadakan di Sabah bermula tahun 1967.

Sepanjang sejarah pilihanraya Sabah, hanya parti DAP yang pernah menang, itupun untuk kerusi Parlimen Sandakan atau Kota Kinabalu. Kemenangan DAP jarang serentak, kalau menang di Sandakan, maka kalah di Parlimen Kota Kinabalu, dan apabila menang di Kota Kinabalu, maka kalah di Sandakan.

Pada PRU-2004, DAP kosong kerusi di Sabah, manakala PRU-2008, DAP menang Parlimen Kota Kinabalu dan DUN Sri Tanjung (Tawau).

Pada PRU-13 akan datang, ada kemungkinan, DAP mengekalkan Parlimen Kota Kinabalu, akan tetapi pada kali ini akan kosong DUN. Sementara parti-parti lain termasuk parti Tempatan SAPP dan STAR, akan kosong kerusi Parlimen, akan tetapi mungkin menang satu-dua kerusi DUN. Manakala PKR kemungkinan akan mendapat kerusi DUN Kuala Penyu, jika John OT Ghani bertanding. Sementara PAS, akan meneruskan kegagalannya sepertimana pada PRU-PRU lalu.

Sementara itu Lajim mungkin akan menang di DUN Klias atas faktor sokongan kaumnya, sementara Parlimen Beaufort yang dimenanginya melalui tikit BN pada PRU-12 lalu, dalam keadaan 50-50. Jika BN mampu mencalonkan calon yang berwibawa, Parlimen Beaufort, masih dalam penguasaan BN.

0 comments:

Post a Comment