Tuesday, February 26, 2013

Anwar 'Tidak Syok' Di Konvesyen Pakatan Rakyat???



Datuk Seri Anwar Ibrahim ‘macam tak syok’ di Konvensyen Pakatan Rakyat, Shah Alam semalam, lapor Agendadaily, “kelihatan letih.. dan ucapannya juga tidak bertenaga berdegar-degar macam selalu”.

“Mungkinkah ianya ada kaitan dengan cakap-cakap yang kebelakangan ini berlegar hangat mengatakan namanya kini sudah tergelincir sebagai bakal Perdana Menteri jika pembangkang menang pada PRU 13?

“Sosek yang paling popular ialah semakin ramai di kalangan ahli PAS di pelbagai peringkat yang mempersoalkan intregriti beliau kerana pelbagai isu yang melibatkan dirinya khususnya keraguan soal moral, “soal portal itu.

Utusan Malaysia memetik kenyataan Ketua Penerangan Pas, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man dengan mole.my yang menegaskan menegaskan jawatan PM tidak semestinya menjadi milik Anwar Ibrahim.

“Saya percaya kita perlu mengambil kira keputusan pilihan raya serta melihat parti mana yang lebih dominan dari segi memenangi kerusi selain persetujuan semua parti komponen kerana ia boleh menentukan siapa yang patut menjadi Perdana Menteri (mewakili pembangkang).

“Itulah sebabnya mengapa saya terus menggesa seluruh ahli dan jentera pilihan raya kami untuk bekerja keras dalam memenangi pilihan raya umum nanti,” katanya

Kenyataan Ketua Penerangan Pas itu seakan-akan mengesahkan khabar angin mengatakan Majlis Syura Ulama Pas menolak Anwar daripada menduduki jawatan berkenaan, apatah lagi Tuan Ibrahim adalah salah seorang anggota badan tertinggi Pas itu.

Sebelum ini, ketika Muktamar Tahunan Pas Ke-58 di Kota Bharu, Kelantan, wakil Dewan Ulama, Hairul Nizam mahu Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang menjadi Perdana Menteri dan kenyataan beliau kemudian disokong beberapa lagi pemimpin Pas.


Walaupun Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng masih julang nama Anwar Ibrahim sebagai PM, lapor Antarapos, namun perwakilan tidak ghairah menyambutnya.

“Jika kita mahu selamatkan negara, kita perlukan Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri Malaysia,” kata Guan Eng.

Blog GA pula mendapat sumber Anwar tidak begitu gembira dengan manifesto Pakatan Rakyat yang dibacakan oleh tiga wakil parti, iaitu Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli, Dr Dzulkefly Ahmad yang mewakili PAS dan M. Kulasegaran mewakili DAP.

“Anwar maklumkan bahawa dia menerima ratusan sms yang merasakan manifesto PR kali ini kurang menarik dan belum mampu menjamin kemenangan. Banyak isu yang masih belum diperhalusi dengan teliti. Antara bab yang paling dirasakan tidak cukup tarikan adalah soal pengangkutan awam,” lapornya.

Selain daripada itu, Anwar juga mengemukakan ketidakpuasan hati dalam beberapa perkara:-

1. Kehadiran yang tidak memuaskan hati. Tidak menampakkan solidariti PR yang sebenar.
2. Terlalu banyak penubuhan Suruhanjaya, tidak menampakkan ‘urgency’.
3. Bab khas mengenai ‘sumber’ kewangan untuk melaksanakan bajet tidak dimasukkan.
4. Tidak banyak penambahbaikan berbanding Buku Jingga.
5. Belum cukup tarikan untuk menang PRU.
6. Bab mengenai Islam terlalu retorik – Anwar minta Pas perbaiki dalam manifesto mereka di peringkat negeri.
7. Tumpuan Rafizi tidak fokus kepada manifesto – terlalu melihat peluang kemenangan di Pandan.
8. DAP kelihatan tidak komited dengan manifesto kali ini

ANWARAIDC

3 comments:

  1. Tanda2 nak bungkus dah ni.....

    ReplyDelete
  2. bila semua cite-cite karut dah diputar, jadi tiada idea yang bernas lagi dari PiRahhh nak keluarkan... yang ada pun fitnah jer

    ReplyDelete
  3. kenyataan yg semakin menjadi nyata...

    ReplyDelete