Monday, September 19, 2011

Majilis Silaturrahim dan Jamuan Hari Raya Aidilfitri - Kampung Puah Seberang


UMNO Cawangan Kampung Puah Seberang telah mengadakan majlis sambutan Silaturrahim dan Jamuan Hari Raya Aidilfitri pada 16 September 2011, bertempat di Dewan UMNO Cawangan Kampung Puah Seberang.

Majlis secara rasminya bermula selepas solat Asar dihadiri ratusan penduduk setempat sebagai memenuhi jemputan tuan rumah. Selain meraikan sambutan Hari Raya, majlis sebenarnya diadakan sebagai mengeratkan ukhwah diantara pemimpin dan akar umbi.

Disamping itu, majlis yang diadakan setiap tahun ini turut mengeratkan silaturrahim bersama penduduk setempat.






Ketua Bahagian UMNO Wangsa Maju YBhg Dato Dr Hj Mohd Shafei Abdullah sempat meluangkan masa sebagai memenuhi jemputan tuan rumah, UMNO Cawangan Kampung Puah Seberang


Dato Dr Hj Mohd Shafei Abdullah beramah mesra dengan penduduk setempat yang hadir pada majlis silaturrahim ini.











Penduduk setempat menjamu selera bersama Ketua Bahagian UMNO Wangsa Maju











Kanak-kanaklah golongan yang paling gembira disamping diraikan oleh ahli UMNO Cawangan Kampung Puah

0 comments:

Post a Comment