Tuesday, September 20, 2011

Guan Eng Nyata Pengecut - Loga Balan Mohan


PULAU PINANG 19 Sept. – PPP sekali lagi mencabar Ketua Menteri, Lim Guan Eng supaya membuat laporan polis atau Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sekiranya mendapati berlaku unsur penyelewengan dalam projek pembangunan di Pulau Jerejak di sini semasa pentadbiran Barisan Nasional (BN) dahulu.

Pengerusi PPP negeri, Datuk. Dr. Loga Balan Mohan menegaskan, Guan Eng harus membuktikan kepada umum bahawa penyelewengan tersebut benar-benar berlaku dan bukan sekadar cakap kosong sahaja.

Menurutnya, jika enggan berbuat demikian, Setiausaha Agung DAP itu diminta menutup mulut dan tidak lagi membuat dakwaan tidak berasas terhadap BN.

“Saya cabar dia (Guan Eng) supaya buat laporan polis atau SPRM jika berani dan tunjukkan bukti.

“Jika tidak, jangan cakap kosong kerana ia mengelirukan orang ramai sahaja,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas beramah mesra dengan para peniaga dan pengunjung Pasar Chowrasta, di sini hari ini.

0 comments:

Post a Comment