Sunday, April 24, 2011

WARTAWAN HARAKAH GELAR ANWAR PELIWAT!!?

Ramai wartawan 'bersimpati' dengan Ketua Pembangkang Anwar Ibrahim yang secara tiba2 membatalkan sessi lawatan ke Negeri Pulau Pinang atas alasan penyakit lama beliau telah kembali. Ianya secara tiba2 diserang setelah Anwar pulang dari luar Negara. Setakat hari ini, tiada seorang pun pemimpin2 Pembangkang menemui Anwar yang terus pulang ke rumah. Mungkin ramai wartawan yang menantikan Anwar di Pulau Pinang untuk menjawab Keputusan Kajian Video Seks beliau dari Korea Selatan. Melayu CinDia tidak kisah jika wartawan yang dikatakan Anwar sebagai 'Media Perkakas UMNO' ini naik jelak dengan alasan bodoh beliau. Namun, yang tak disangka, wartawan dari sebuah akhbar Pembangkang pun naik menyampah dengan alasan bodoh Anwar itu. Sempat lagi mencelah, "Mana tak sakit.. Berapa round dia balun dekat Jepun?". Terpinga2 semua wartawan. Pelik.

Wartawan akhbar Pembangkang itu turut mengeluh dengan sikap Anwar yang acap kali memberi alasan2 'kegemaran' beliau apabila berhadapan dengan situasi2 sebegini. Beliau juga mengatakan telah sekian lama bekerja dengan akhbar rasmi PAS itu dan sudah boleh membaca helah2 Anwar. Apa sememangnya tidak akan menjawab secara spontan jika beliau tidak bersedia. Beliau akan mengelak terlebih dahulu dari menemui mana2 Media lalu menunggu sehingga beberapa hari bagi menangkis dakwaan tersebut. Beliau itu sangat musykil apabila strategi2 sebegini seringkali digunapakai oleh Ketua Pembangkang ini. Walhal, ketika di luar Negara ramai rakan2 wartawan tersebut menjelaskan Anwar kelihatan sihat dan aktif.



Mengenai dakwaan Sakit Tulang Belakang Anwar, beliau mendakwa semua orang tahu itu semua hanyalah penipuan semata2. Sakit yang dihadapi oleh Anwar sebenarnya tidaklah sehingga perlu menggunakan kerusi roda. Beliau masih mampu berjalan, Akan tetapi, itulah mukadimah strategi meraih simpati rakyat setelah dibebaskan dari Penjara 1 ketika dahulu. Beliau sendiri telah menemuramah kesemua pegawai yang ditugaskan untuk mengawasi Anwar di Penjara. Itu semua hanyalah helah dan pembohongan. (Video di atas telah jelas membuktikan kenyataan wartawan tersebut).

Beliau juga berasa sangat kesal dengan permainan kotor politik dalaman PAS yang bagi beliau sudah pada 1 tahap yang tidak mampu dikawal. Ustaz Nasharuddin yang bagi beliau seorang yang sangat pemurah dan berjiwa rakyat berkorban dan berundur akibat desakan puak2 Pengkhianat Perjuangan PAS. Hadi Awang mesti lakukan sesuatu bagi menyelamatkan PAS. Beliau merayu agar identiti beliau tidak didedahkan kerana naluri beliau masih menyayangi PAS dan akan memastikan PAS akan terus terpelihara di bawah kepimpinan Ulama'.


Saturday, April 23, 2011

DR. LO'LO RELA MATI PERTAHANKAN ANWAR!!

DR. LO'LO HAJI GHAZALI.. Salah seorang Pemimpin PAS Pro Erdogan dilihat beriya2 mempertahankan Anwar dalam menangkis persoalan lelaki di dalam Video Seks Ketua Pembangkang itu. Beliau yang juga merupakan Ahli Parlimen Titiwangsa merupakan antara beberapa Pemimpin PAS yang acap kali 'menembak' pihak lawan di Twitter dan melambung2 Anwar sejak hari pertama Video tersebut dibongkar oleh Datuk Eskay. Hampir setiap hari beliau akan membalas semula tiap2 individu yang cuba mengaitkan Video Seks tersebut dengan Anwar. Bela Anwar Ibrahim mengalahkan Pemimpin PKR. Agaknya beliau terlupa bahawa beliau adalah Pemimpin dari Parti PAS.

Jika mana2 individu yang pertama kali menemui dan mengenali anak Dato' Haji Ghazali ini, sudah pasti individu tersebut beranggapan beliau adalah Pemimpin PKR. Orang daripada suka sampai naik menyampah pula dengan tindakan Dr. Lo'lo 'overdose' membela Diktator PKR itu. Apa yang menyebabkan Dr. Lo'lo beriya2 benar membela Anwar? Tatkala Hadi Awang diserang beberapa orang PAS yang mendesak Presiden PAS itu meletak jawatan, tidak pula Dr. Lo'lo mempertahankannya.

Atau Dr. Lo'lo juga tergolong dalam Kumpulan yang akan mengguling kepimpinan Hadi Awang. Dr. Lo'lo yang juga tidak 'sebulu' dengan Nuridah Mohd Salleh (Ketua Dewan Muslimat PAS) ini sedang bertarung nyawa menghadapi Penyakit Kanser yang sekian lama merebak. Agaknya Dr. Lo'lo ini jika dipilih PAS dan Anwar, beliau lebih rela mati bersama Anwar. Terpulanglah Dr. Melayu CinDia mendoakan agar Dr. Lo'lo Haji Ghazali segera sembuh dan dilindungi Allah.