Wednesday, May 1, 2013

P116 Wangsa Maju Datuk Shafei Abdullah : Sekitar Progam Di Parlimen Wangsa Maju (30 April 2013)

30 April 2013 , Jam 12.00 tengahari , Datuk Dr Hj Mohd Shafei Abdullah telah menghadiri Majlis Penyerahan Simbolik 2 Buah Lif Baru di Flat Danau Kota. 

Malah, beliau juga pergi memasuki lif tersebut untuk mencuba. Datuk Dr Hj Mohd Shafei Abdullah juga menerima aduan daripada penduduk di situ bahawa keadaan jalan raya yang berlubang.

Datuk Dr Hj Mohd Shafei Abdullah berjanji akan menyelesaikan masalah tersebut dengan secepat mungkin.



Datuk Dr Hj Mohd Shafei Abdullah juga telah bergerak ke Pasar Gombak untuk meninjau dan beramah mesra bersama peniaga-peniaga di situ.



Di sebelah malam pula, Datuk Dr Hj Mohd Shafei Abdullah dijemput untuk ke Jamuan Mesra Rakyat di Apartment Medan Intan. 

Pelbagai lapisan umur yang telah berjumpa dengan Datuk Dr Hj Mohd Shafei Abdullah melahirkan rasa gembira atas kesudian Datuk Dr Hj Mohd Shafei Abdullah turun ke kawasan tempat tinggal mereka berjumpa dan mendengar rintihan mereka.

Sejurus selepas itu, Datuk Dr Hj Mohd Shafei Abdullah ke Majlis Makan Malam Bersama Kaum India di Flat Danau Kota.




0 comments:

Post a Comment