Thursday, October 27, 2011
Monday, October 17, 2011
Nik Aziz , Zaid Ibrahim Derhaka Titah Sultan !!!

Sanggahan Terhadap Titah Sultan Selangor
Sultan Selangor , Sultan Sharafuddin Idris Shah telah mengulangi titah baginda supaya masjid & surau di Selangor tidak dijadikan gelanggang untuk berpolitik & tempat untuk mengadakan demontrasi negatif . Baginda bertitah di majlis perasmian Masjid Taman Cheras Jaya , Kuala Lumpur .
Ucapan larangan Baginda ini berkaitan dengan aduan rakyat kerana pakatan pembangkang & menyalahgunakan masjid & surau semasa berkempen di PRK Hulu Selangor.
Nik Abdul Aziz Nik Mat menyanggah titah Sultan Selangor dengan menyatakan bahawa perbuatan berkenaan tidak salah & menyifatkan larangan itu saki baki ajaran penjajah . Beliau juga mengatakan “Sultan tidak boleh mengeluarkan arahan atau perintah seperti zaman Raja – raja Melaka dahulu”.
Nik Aziz mahukan masjid diguna untuk berpolitik & menganggap titah DYMM Sultan Selangor adalah karut .
Kenyataan Tok Imam ni turut dipersetujui oleh Penyelaras Parti Keadilan Rakyat (PKR) Zaid Ibrahim yang menganggap larangan berpolitik di masjid sebagai pandangan peribadi Baginda.
Sedangkan perintah Sutan pun ingkar , inikan pula hendak dengar masalah rakyat . Wahai Nik Aziz & Zaid Ibrahim , Bagaimana Pakatan Rakyat nak mentadbir kerajaan ?.Titah Sultan pun diperkecilkan .
DAULAT TUANKU
Posted by Gempur Wangsa









