Wednesday, September 21, 2011

'Walkabout' dan Tinjauan Prihatin UMNO Bahagian Wangsa Maju


Pada 3 Jun 2011, UMNO Bahagian Wangsa Maju telah mengadakan Mesyuarat Agung Tahunan (AGM) ke-8. Dalam mesyuarat tersebut, Ketua Bahagian UMNO Wangsa Maju, YBhg Dato Dr Hj Mohd Shafei Abdullah telah menyentuh isu keluhan rakyat marhaen tidak mendapat pembelaan sewajarnya dari wakil parlimen yang telah dilantik semasa pilihanraya umum lalu.


Dato Dr Hj Mohd Shafei Abdullah telah berjanji untuk mendapatkan peruntukan sewajarnya bagi melakukan pembaikan ke atas rumah-rumah yang semakin usang, tanpa mengira fahaman politik yang dianuti penduduk setempat.



Pada 18 September 2011, Dato Dr Hj Mohd Shafei Abdullah bersama sebahagian pemimpin dan akar umbi UMNO Wangsa Maju serta wakil MIC, telah mengadakan 'walkabout' dan tinjauan prihatin bagi mengotakan janji yang dibuat pada AGM ke-8.







Sebanyak 116 buah rumah dikenalpasti di sekitar Kampung Setia Jaya, Kampung Wira Jaya, Sungai Mulia, Kampung Bandar Dalam, Kampung Sungai Merali dan Kampung Puah untuk dilakukan pembaikan sewajarnya, mengikut fasa.

Fasa pertama ini melibatkan 22 buah rumah di Kampung Setia Jaya, 3 buah rumah di Kampung Wira Jaya, 6 buah rumah di Sungai Mulia, 2 buah rumah di Kampung Bandar Dalam, 3 buah rumah di Kampung Sungai Merali dan 8 buah rumah di Kampung Puah.

Penduduk setempat telah lama menunggu pembaikan yang pernah dijanjikan oleh ahli parlimen Wangsa Maju dari Pakatan Rakyat sejak pilihanraya umum lalu, namun sehingga kini tidak pernah mendapat khabar berita mahupun menjenguk bertanyakan khabar.







Penduduk di kampung yang terbabit dalam usaha pembaikan rumah ini telah menghubungi UMNO Bahagian Wangsa Maju sejak Mei 2011, bagi mendapatkan peruntukan dan pembelaan sewajarnya setelah ahli parlimen Wangsa Maju yang dilantik langsung tidak memperdulikan nasib rakyat marhaen.

Inisiatif, usaha dan gerak kerja Ketua Bahagian UMNO Wangsa Maju, YBhg Dato Dr Hj Mohd Shafei Abdullah bersama pemimpin dan akar umbi UMNO yang lain berjaya mendapatkan peruntukan yang secukupnya bagi melakukan pembaikan seperti yang diminta oleh penduduk setempat.

Seharusnya inilah yang perlu dilakukan oleh UMNO dalam membela nasib rakyat tanpa melihat dan prejudis terhadap fahaman politik yang dianuti oleh rakyat sekitar Wangsa Maju.

Sekurang-kurangnya rakyat marhaen merasa terbela kerana UMNO sentiasa mengambil inisiatif untuk memenuhi permintaan dan keperluan penduduk sekitar, dan tidak bertindak seperti pembangkang yang sentiasa beretorik membela nasib rakyat.


"Rakyat DiDahulukan, Pencapaian DiUtamakan"

3 comments:

  1. DATO' SHAFEI BEST!!!!!

    ReplyDelete
  2. Respek dgn Dato Hj Mohd Shafei Abdullah, ini lah pemimpin yang benar-benar Pemimpin.

    ReplyDelete
  3. jika semua pemimpin bersikap seperti dato dan amanah menjalankan tugas pasti parti UMNO menjadi kesayangan rakyat mlyasia

    ReplyDelete