Thursday, July 19, 2012

Dato Shafei Abdullah Sampaikan Sumbangan Ramadhan Kepada Surau Dan Rumah Anak Yatim

Pada malam Rabu bersamaan dengan 18 Julai 2012 satu majlis sumbangan ramahan telah dianjurkan oleh UMNO Bahagian Wangsa Maju bertempat di Surau Wangsa Melawati, Wangsa Maju..


Majlis tersebut telah bermula seawal waktu solat maghrib di mana bermula dgn solat maghrib berjemaah, majlis bacaan Yasin dan tahlil, Solat Isyak berjemaah dan kemudian Sumbangan Ramadhan yang diterima oleh setiap Rumah Anak Yatim, Surau Dan masjid sekitar Wangsa Maju..

Dalam majlis tersebut juga, setiap jemaah yang hadir telah menerima sumbangan Surah Yasin setiap seorang..

Dato Dr Hj Mohd Shafei b Abdullah selaku Ketua UMNO Bahagian Wangsa Maju sendiri telah hadir seawal waktu solat maghrib dan seterusnya memberikan sumbangan ramadhan tersebut..

Sumbangan yang diterima oleh setiap Rumah Anak Yatim, Surau dan masjid tersebut adalah berupa Wang Tunai serta bahan-bahan masakan agar dapat membantu meringankan beban setiap Rumah Anak Yatim, Surau dan Masjid menghadapi bulan Ramadhan..

Berikut gambar sekitar majlis..





0 comments:

Post a Comment