Friday, July 6, 2012

Khalid Gagap Kantoi Pasal Skandal Penyelewangan RM1b...Ada Hati Nak Saman BN Selangor


KERAJAAN negeri Selangor dialu-alukan untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap pendedahan skandal penyelewengan hampir RM1 billion dalam penyusunan hutang syarikat pembinaan Talam Corporation Bhd. Nak takut apa, kerana isu ini memang 'relevan' cukup dengan bukti-buktinya. Sebab itu, Koordinator Barisan Nasional (BN) Selangor, Datuk Seri Ir. Mohd Zin Mohammed tidak gentar dengan keputusan yang dibuat oleh kerajaan negeri, di ketuai oleh Menteri Besarnya, Tan Sri Khalid @ Khalid gagap, disifatkan sebagai satu ugutan.

Nak saman?...samalah, kata DS Mohd Zin. Tak ada hal. Lagi pun, mereka ada hal untuk berbuat demikian. Menyifatkan itu sebagai satu ugutan, beliau mencabar Menteri Besar Selangor itu untuk membawa isu ini ke Mahkamah. IBM 'salute' pada DS Ir. Moh Zin kerana mempertahankan akan pendedahan isu tersebut yang didedahkan oleh Ketua Biro Muda Profesional MCA, Datuk Chua Tee Yong seperti yang dilaporkan oleh media pada Rabu lepas. Iannya bertujuan untuk mendapat penjelasan daripada kerajaan negeri terutamanya isu berkenaan ada kaitan dengan penggunaan wang rakyat.

Kita tunggu dan lihat apa kesudahannya isu ini. Kita lihat nanti siapa yang kena. Kepada Khalid gagap, jangan terlalu konfiden, sombong kerana, lambat laun perkara ini akan pecah juga. Jangan ingat nak saman orang je. Apa orang lain tak boleh saman balik ke?..bonggok, banggap punya Menteri Besar. Menghabiskan duit rakyat je.


SUMBER DARI :IBM

2 comments:

  1. khalid gagap aka khalid jambul ni bab nak menyaman orang nombor satu. tadbir negeri macam tadbir sebuah korporat, hasil takde jual harta, lama-lama selangor habis dijualnya. puih!!!

    ReplyDelete
  2. Salam, nampak berusaha keras BN Selangor. Apa kata buat press conference dan beri analisa JANJI TIDAK DITEPATI oleh PKR dan juga JANJI DITEPAI OLEH BN. Mungkin lebih menarik sekadar bercakap tanpa sebarang fakta analisis. Ramai bercakap dan kurang mendengar kerana penat dengar cerita yang tidak habis habis.Bercakaplah dengan penuh rendah diri dan fakta..ini yang BN perlukan. Video sidang akhbar diatas juga menunjukkan sikap kurang professional dari segi jawapan dan character dalam memberikan komen komen penting.Jangan tunjuk sikap sikap yang rakyat tidak suka pada BN antaranya sikap menunjuk pandai dan riak muka yang ego denagn mengusap goatie dan sebagainya..harap terimalah teguran membina ini. Tak percaya tengok video diatas lebih banyak negative impak than positif impak.

    ReplyDelete