Thursday, July 26, 2012

Pakatan Rakyat Cuba Reka Slogan Untuk Lawan Slogan "Janjji Ditepati" ???


Respon Pakatan Rakyat (PR) yang memberi tempoh masa seminggu kepada kerajaan supaya menukar tema Hari Merdeka telah menyerlahkan lagi kegusaran pembangkang terhadap slogan Janji Ditepati

Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Dr Rais Yatim berkata bukan satu kesalahan untuk menggunakan slogan ‘Janji Ditepati’ sebagai tema sambutan Hari Kemerdekaan ke-55 kerana ia sememangnya mencerminkan komitmen kerajaan menunaikan janji-janjinya.

“55 Tahun Merdeka Janji Ditepati,”dipilih sebagai tema hari kemerdekaan tahun ini.

Beliau berkata Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dengan gagasan 1Malaysia umpamanya telah menunaikan janji-janjinya melalui proses transformasi seperti Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) dan Bidang Ekonomi Utama Negara (NKEA).

Pemilihan tema Hari Kebangsaan merupakan hak kerajaan memerintah berdasarkan keperluan semasa tanpa sikap prejudis kepada mana-mana pihak, kata Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Ahmad Maslan.

“Menepati janji adalah satu nilai universal yang amat murni dan apabila kita sebut janji ditepati, ia memberi satu motivasi kepada rakyat untuk menepati apa saja janji yang diikrarkan.

“Sebagai satu nilai universal, apa yang diputuskan itu mencakupi semua aspek kehidupan, kecuali ia disempitkan dengan mencari makna daripada sudut politik,” katanya.

AIDCNews 26 April melaporkan ‘Faktor Janji Yang Tidak Ditepati’ merupakan faktor utama yang menyebabkan kemerosotan populariti Datuk Seri Anwar Ibrahim sejak Oktober 2008 hingga sekarang.

Rumusan itu dibuat berdasarkan kajian Prof Datuk Syed Arabi Idid daripada Jabatan Pengajian Komunikasi UIAM terhadap populariti lima pemimpin politik negara.

Kajian itu mendapati bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad terus kekal popular walaupun berundur pada 2003 diikuti pula dengan peningkatan populariti Perdana Menteri sekarang, Najib Tun Razak.

Manakala, Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Aziz Nik Mat dan Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng, didapati populariti mereka merosot.

Malah, kajian itu menemui satu penemuan yang mengejutkan apabila populariti Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat Anwar Ibrahim jatuh menjunam bermula Oktober 2008.

Populariti Anwar berada di tempat tercorot berbanding dengan Nik Aziz dan Guan Eng

Sumber:Anwaraidc

3 comments:

  1. Pthuiiii!!!! Suh depa pi mampoih! Who the f**k are they nak bagi tempoh kat kerajaan???

    ReplyDelete
  2. He heh hehhhh... Miss miss lagi aku nak cakap 'what the f***' apa dema peduli.

    Diri sendiri pun dema tak kenal, macamana nak hormat orang lain. Dema ingat dema yang terhebat dalam dunia ni. Semua tau cakap tapi tak tau buat. Pasal tu jadi iseng bila dapat tema 'Janji DiTepati'. Baru sedar kot selama ni jasa yang dibuat untuk Malaysia hanyalah memporak-perandakan rakyat dan negara, memburuk2kan nama baik negara ke seluruh dunia. Takkan nak tunggu menang pilihanraya kot baru nak jadi rakyat yang setia, yang boleh berkorban untuk negara.

    ReplyDelete
  3. khaaaak ptuih to pakatan rakyat. mampuslah melayu yang mahu hancurkan bangsanya sendiri. So yang berbangsa MELAYU, undilah UMNO dalam PRU 13 ni. Fikirlah nasib anak cucu kita. Puak racist tu takkan bela korang nyerrr bila berkuasa kelak.

    ReplyDelete