Wednesday, February 20, 2013

Naib Presiden PKR 'No Idea'?? Kemelut PKR-DAP Salah BN??



Naib Presiden PKR Fuziah Salleh menuding jari kepada Barisan Nasional (BN) dalam isu pertelagahan antara pemimpin DAP dan PKR Johor.

“Saya kira akhirnya kita tahu siapa musuh kita sebenarnya dan kita akan menghalakan peluru sebenar kepada Umno-BN.

“Kemelut ini adalah sesuatu yang kita boleh selesaikan. Saya yakin,” katanya kepada pemberita di Ibu Pejabat PKR di sini, hari ini.

Beliau berkata pertelagahan terbuka antara Pengerusi PKR Johor Datuk Chua Jui Meng dan rakan sejawatan dari DAP, Dr Boo Cheng Hau mengenai pengagihan kerusi di negeri itu   akan dibawa ke mesyuarat Majlis Presiden Pakatan Rakyat.

Semalam, Dr Boo mengisytiharkan beliau tidak lagi dapat berkerjasama dengan Chua yang disifatkan angkuh dan tamak mencari kerusi selamat untuk bertanding di negeri itu.

Pengerusi DAP Karpal Singh berkata tuduhan Dr Boo itu dakwaan ada asasnya.

"Kredibiliti Chua Jui Meng mencurigakan. Pembabitan lama beliau dalam MCA dan kegagalan untuk menjadi presiden parti itu pada tahun 2004 dan keghairahan untuk mencari kerusi Parlimen mendedahkan belang sebenar beliau,” kata Karpal.

Dr Boo dalam kenyataannya menggesa Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Presiden Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail untuk mengambil alih kepimpinan PKR Johor sekaligus menyelesaikan kemelut yang melanda Pakatan Rakyat di negeri itu.

Beliau berkata Chua selaku Pengerusi PKR Johor bersikap angkuh selain mengumumkan dirinya sebagai calon di Gelang Patah walaupun pembahagian kerusi masih di peringkat rundingan.

Sumber

3 comments:

  1. puak2 cai ni kalau kain dalam koyak salah bn/umno, seluar dalam koyak pun salah bn/umno..

    senang sungguh nak tutup segala keburukan, sikap tamak haloba, tamak kuasa dalam pr ni... sikap buruk diri sendiri tapi bn/umno plak yg disalahkan......
    ape diorg ingat diorg ni maha maksum ke.. siott tul puak2 ni..
    memang hampehhh tahap gaban.. diorg ni

    ReplyDelete
  2. aku nak menghalakan peluru aku dengan senapang satu laras tu kat fauziah, targetnya tst lah, apa kotor sangat makwe ni, salah sendiri nak tuduh org, begini lah fauziah ooi, ko dah tak laku, issue Lynas dah tak berbunyi, semua orang yang belajar physic kat sekolah tahu pasal radiation tu, aku cadang kan ko kempen supaya anak anak melayu minat sains supaya tipu ko tak laku, tapi dapat selamatkan bangsa melayu dengan pengetahuan sains nya...apa kata ko..

    ReplyDelete
  3. yes!!! fauziah lets go on campaigning to educate the malays on sciences, so they become knowlegable and understand what you are talking about.... that radiation... so they know that you are the mother of all liars,..lots of scientific articles say that lynas is a safe place... bueeekkkk..

    ReplyDelete