KETIKA ditanya bagaimana perasaan menjadi anak kepada pemimpin terkenal yang juga bekas Presiden Pas, Allahyarham Datuk Fadzil Noor, AHMAD FAUWAZ FADZIL menundukkan kepala seketika dan kemudian menjawab, Memang bukan senang memikul tanggungjawab menjadi anak kepada pemimpin seperti beliau.
Ada yang meminta untuk aktif dalam parti tetapi saya lebih senang bersifat berada di tengah-tengah.
Allahyarham begitu disenangi bukan sahaja oleh kawan tetapi lawan," ujar beliau.
Anak muda berusia 32 tahun lulusan Universiti Al Azhar dalam jurusan Syariah kini aktif sebagai pendakwah bebas.
Dalam pertemuan dengan wartawan Mingguan Malaysia MARHAINI KAMARUDDIN dan HAFIZAHRIL HAMID, Ahmad Fauwaz jelas dilihat mempunyai pendirian dan pandangannya sendiri.
Beliau begitu bersemangat membicarakan tentang peranan generasi muda dalam pembangunan masyarakat dan negara. Tanpa ragu juga beliau melontarkan saranan tentang had usia 65 tahun untuk pemimpin berkhidmat selain menggalakkan dialog serta perpaduan di kalangan umat Melayu dan Islam tanpa mengira fahaman politik.
Beliau turut mengulas beberapa isu panas yang berlegar sekitar umat Islam antaranya isu kalimah Allah, negara Islam dan kematangan berpolitik di kalangan masyarakat negara ini.
MINGGUAN: Boleh saudara beri pandangan tentang kedudukan perpaduan masyarakat Malaysia sekarang yang semakin terhimpit dengan agenda politik?
FAUWAZ: Kita memerlukan sebuah masyarakat yang matang dan tidak terlalu terhimpit dengan agenda kosong. Masyarakat perlu lebih terdidik dan mampu menerima dan melahirkan pandangan serta kritikan. Mereka juga perlu menjadi sebuah bangsa yang menghindarkan pergaduhan, mampu bekerjasama dan bertoleransi walaupun berlainan bangsa dan agama. Apa yang kita dapat jika melakukan demonstrasi berulang kali? Jika sekali dua kita boleh terimalah. Jadi penyelesaian terbaik adalah membuka pintu untuk dialog. Kita akan dapat gambaran lebih jelas tentang apa kebaikan dan keburukan kita. Oleh itu barulah kita dapat menjalankan kerjasama yang lebih baik kerana kita lebih jelas tentang kebaikan dan kesilapan kita. Kita boleh lihat dalam kalangan Yahudi mereka bersatu dalam banyak aspek. Malah kita lihat Jerman Barat dan Jerman Timur yang satu ketika bertelingkah sesama mereka kemudiannya bersatu meninggalkan di belakang perseteruan dan kini menjadi sebuah negara yang hebat kedudukannya. Apa yang kita boleh lihat adalah walaupun wujud pertelingkahan antara mereka namun untuk kebaikan ekonomi dan negara, mereka bersatu.
Kita lihat apa yang berlaku di Iraq dan Afghanistan semuanya akibat pengkhianatan dari dalam. Oleh itu jika kita sayangkan negara ini, lebih baik kita bersatu dan bekerjasama sesama Islam demi memegang amanah dalam menjaga negara ini. Mungkin dalam politik mereka ada slogan masing-masing sama ada demi Islam, Melayu atau negara kebajikan. Tetapi apa yang lebih penting adalah kita perlu praktik dan bukan hanya sekadar slogan. Kita perlu melihat perpaduan ini sebagai 'saya sebahagian daripada kamu dan kamu adalah sebahagian daripada saya' atau mungkin lebih baik dan jelas, Pas adalah sebahagian daripada UMNO dan UMNO pula adalah sebahagian daripada Pas. Memang ada yang menolak daripada menerima kenyataan ini dan mengasingkan diri sebagai orang parti itu dan ini. Tapi hakikatnya kita mengucap dua kalimah syahadah yang sama jadi kenapa perlu kita bertelagah? Memang kita boleh berbeza pendapat dan itu adalah suatu keperluan sebenarnya tetapi kita perlu memurnikan tujuan berdialog untuk mencapai persefahaman terbaik untuk semua. Janganlah terlalu mudah dalam menjatuh hukum kerana ia hanya memburukkan keadaan.
Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Rencana/20130224/re_07/Mengharap-kematangan-politik#ixzz2LsY5itS9
© Utusan Melayu (M) Bhd
Komen yg terbaek..syabas..
ReplyDeletesatu jawapan yang betul rosak bangsa dan agama kerana bangsa dan petualang agama itu sendiri ...
ReplyDeleteAllahuakbar
ReplyDelete