Tuesday, September 20, 2011

Empat Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Cawangan-cawangan UMNO Wangsa Maju diadakan serentak


Pada Sabtu lalu, 17 September 2011, empat cawangan UMNO Wangsa Maju telah serentak mengadakan Rumah Terbuka Aidilfitri dan Majils Silaturrahim.

Empat cawangan tersebut adalah UMNO Cawangan Seksyen 1 AB, Seksyen 4, Flat Sri Tioman dan Kampung Puah Lembah.

Ketua Bahagian UMNO Wangsa Maju, YBhg Dato Dr Hj Mohd Shafei Abdullah Majlis turut meluangkan masa menghadiri setiap rumah terbuka yang diadakan serentak.

Selain meraikan sambutan Hari Raya, majlis sebenarnya diadakan sebagai mengeratkan ukhwah diantara pemimpin dan akar umbi.

Majlis yang diadakan sebagai satu jambatan mengeratkan silaturrahim bersama penduduk setempat, disamping ianya menjadi platform dan ruang rakyat meluangkan permasalahan terus kepada Dato Dr Hj Mohd Shafei Abdullah serta pemimpin UMNO setempat.




UMNO CAWANGAN SEKSYEN 1, AB









UMNO CAWANGAN SEKSYEN 4













UMNO CAWANGAN FLAT SRI TIOMAN














UMNO CAWANGAN KAMPUNG PUAH LEMBAH









Monday, September 19, 2011

Majilis Silaturrahim dan Jamuan Hari Raya Aidilfitri - Kampung Puah Seberang


UMNO Cawangan Kampung Puah Seberang telah mengadakan majlis sambutan Silaturrahim dan Jamuan Hari Raya Aidilfitri pada 16 September 2011, bertempat di Dewan UMNO Cawangan Kampung Puah Seberang.

Majlis secara rasminya bermula selepas solat Asar dihadiri ratusan penduduk setempat sebagai memenuhi jemputan tuan rumah. Selain meraikan sambutan Hari Raya, majlis sebenarnya diadakan sebagai mengeratkan ukhwah diantara pemimpin dan akar umbi.

Disamping itu, majlis yang diadakan setiap tahun ini turut mengeratkan silaturrahim bersama penduduk setempat.






Ketua Bahagian UMNO Wangsa Maju YBhg Dato Dr Hj Mohd Shafei Abdullah sempat meluangkan masa sebagai memenuhi jemputan tuan rumah, UMNO Cawangan Kampung Puah Seberang


Dato Dr Hj Mohd Shafei Abdullah beramah mesra dengan penduduk setempat yang hadir pada majlis silaturrahim ini.











Penduduk setempat menjamu selera bersama Ketua Bahagian UMNO Wangsa Maju











Kanak-kanaklah golongan yang paling gembira disamping diraikan oleh ahli UMNO Cawangan Kampung Puah

Sunday, September 18, 2011

JEMPUTAN RUMAH TERBUKA PENGERUSI BARISAN NASIONAL PARLIMEN WANGSA MAJU YBhg Dato Dr. Hj Mohd Shafei Bin Abdullah


Assalamualaikum,Salam Sejahtera & Salam 1Malaysia.

YBhg Dato Dr Hj Mohd Shafei Abdullah menjemput semua rakyat di Parlimen Wangsa Maju khususnya dan rakan-rakan yang lain amnya ke rumah terbuka UMNO dan Barisan Nasional Parlimen Wangsa Maju seperti berikut :-

Tarikh : 24hb Sept 2011

Hari : Sabtu

Masa : 8.00mlm - 12 mlm

Tempat : SK Danau Kota Wangsa Maju (Sebelah Tapak Bazar UP-Town Danau Kota)


*** Saudara/Saudari/Tuan/Puan di jemput ramai-ramai dan mohon di panjangkan jemputan ini.

****YAB Perdana Menteri & YAB Timb. Perdana Menteri diantara VVIP yang hadir.

Wednesday, September 14, 2011

Ayuh!!! Kita Ramai- ramai Ke Forum Kekejaman KOMUNIS, Mat Indra & Kemerdekaan

Bagi menanamkan rasa kasih dan sayang kita kepada Negara marilah kita ramai-ramai turun menyaksikan dan mendengar Forum menghayati kemerdekaan yang di anjurkan oleh perkasa Malaysia.

Tarikh : 14hb. Sept 2011

Hari : RABU

Waktu : 8.45 malam

Tempat : Dewan Kelab Sultan Sulaiman. (KSS),Kg Baru.KL

Ahli2 Panel:
1. Tan Sri Prof Emeritus Khoo Kay Kim ( UM - Pakar Sjarah)

2 .Comissioner Dato Zulkifli Ab.Rahman, Mantan Pengarah Cawangan Khas Msia.
3. Lt.Jen(B)Dato Jaafar Onn (Mantan Tim. Ketua Angkatan Tentera Darat).

4. Datin Paduka Prof Dr. Ramlah Adam (UiTM - Pakar Sejarah)

Moderator:
YB Dato Ibrahim Ali,P'den Perkasa.

Selamat Hari Raya Aidil Fitri Maaf Zahir Batin & Selamat Hari Kemerdekaan Ke 54

***Ayuh ramai2 turun. Mendengar dan menghayati kemerdekaan Negara! Tlg sebarkan jika anda sayangkan Negara!
Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Sunday, September 11, 2011

Dasar PEMBOHONG!!!! Itulah Pakatan Pembohong NOMBOR WAHID Di Dunia! Kerja Mereka Memesongkan Isu. Memutar Belitkan Cerita, Menegakkan Benang Yang Basah!!!

YAB Perdana Menteri Dato Seri Mohd Najib minta syarikat telekomunikasi kaji semula keputusan kenakan cukai perkhidmatan 6 peratus kerana ia membebankan pengguna dan rakyat.

Untuk makluman semua, PEMBANGKANG PUTAR ALAM dah mula menyalahkan kerajaan BN walhal isu cukai 6% ini adalah kerja syarikat telekomunikasi itu sendiri. Dan Kerajaan BN akan menghalang usaha syarikat Telekomunikasi Ini.

Buat pembangkang janganlah bodoh sangat bila isu syarikat swasta pun nak salahkan kerajaan BN. Patut pembangkang perlu bersama kerajaan dalam hal ini untuk menghalang syarikat Telekomunikasi meneruskan niat mereka.

Pakatan Pembangkang (Pakatan Pembangkang) tidak langsung memikirkan masa depan rakyat! Mereka hanya memikirkan bagaimana nak berkuasa dan merompak duit rakyat. Mereka sanggup mengadaikan Negara, Agama dan Bangsa semata-mata hendak berkuasa!!!

***Marilah kita semua menjaga keamanan Negara kita bersama dgn mempertahankan Kerajaan yg mementingkan keharmonian Rakyat dan sentiasa membela rakyat.
Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Sunday, September 4, 2011

Lawatan YBhg Dato Dr Hj Mohd Shafei Abdullah Ke Kuil Sri Aathi Muniswara Temple Di Kg Merali Batu 4 Jln Gombak.

Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone