Tuesday, October 9, 2012

PAS Makin Hancur!!! Kerjasama Dengan DAP Canggah Kehendak Islam



GEORGETOWN 8 Okt. - Perjuangan politik Pas kini tidak lagi menepati kehendak Islam apabila parti itu bekerjasama dengan DAP, kata Sasterawan Negara Prof Emeritus Datuk Dr Shahnon Ahmad.

Beliau berkata apa yang dilakukan oleh Pas sekarang ialah hanya menuruti kehendak politik DAP dan pendekatan seumpama itu bercanggah dengan kehendak Islam kerana Pas sepatutnya memimpin dalam memperjuang Islam.

Shahnon yang juga anggota Pas seumur hidup berkata, adalah sangat menyedihkan kerana kerjasama Pas dengan DAP itu bukan seperti yang diharapkan dan ia bercanggah dengan pendekatan yang diambil Rasulullah S.A.W ketika memerintah dan bekerjasama dengan golongan bukan beragama Islam.

"Sepatutnya DAP tertakluk kepada peraturan Islam kalau mereka hendak bekerjasama dengan Pas," katanya kepada Bernama hari ini.

Beliau yang juga bekas anggota Parlimen Sik berkata dasar Pas sekarang tersasar daripada perjuangan asalnya apabila terpaksa menuruti kehendak DAP.

DAP sebelum ini telah menyatakan tidak akan menyokong penubuhan negara Islam di negara ini seperti yang dimahukan Pas.

Shahnon yang pernah bertugas sebagai Pengarah Pusat Islam Universiti Sains Malaysia (USM) berkata pendekatan Rasulullah SAW bekerjasama dengan kaum Yahudi, Kristian dan munafik bukanlah seperti kerjasama Pas dan DAP sekarang kerana ketika itu Islam yang memerintah dan memimpin kaum-kaum berkenaan. - BERNAMA

3 comments:

  1. alhamdullillah dah sedar dah yang sekor ni, dulu pernah keluar bermacam kata nista...tapi ini sudah cukup untuk berterima kasih, kepada seorang Pengarah Pusat Islam USM....syukur ya allah, kerana mengembalikan seorang lagi ke jalan kebenaran dan ikutan islam sebenar.

    ReplyDelete
  2. tengok gambar tu je dah tau Pas memang balaci Dap yg setia..

    dulu kafirkan umno sbb berkawan dgn mca tapi sekarang kafir terpalit ke muka sendiri dan lagi parah.. yg perempuan bendera Dap buat tutup aurat.. yg lelaki usung gambar kafir Dap kehulu kehilir..

    Pas mengkafirkan diri sendiri.. itulah balasan tuhan yg bayar tunai didunia ini lagi..

    Pas takebeerrr...

    ReplyDelete
  3. Pas berkempen guna masjid dan surau kian menjadi2...PKR kempen SUARAM (human right..LGBT n mcm bt lagi..bullshit) DAP kempen dlm Gereja dan dlm dan luar purdah..hihihi gilo lah melayu kini bila bertalak tiga.
    Lim Kit Siang - sonyum mcm babi eee....
    Aljuburi - menyondol xhabis lagi...
    Hadi - Tolan anak mati omak....
    Nik - Takpo sumo aku jamin leh masuk syurga...
    aduhyaiiiii

    ReplyDelete