Wednesday, January 4, 2012

Terkini : Bukti Baru Mahasiswa 'Dibelasah' Polis ??


Pelbagai versi telah kita dengar, Daripada nazak ke koma, patah tulang pipi ke patah tulang rusuk ke patah gigi geraham. Jika anda tidak hati-hati, anda mungkin boleh percaya dengan penipuan demi penipuan yang dibuat oleh mahasiswa ini hanya untuk meraih simpati rakyat terhadap mereka...Ikuti pendedahan yang dibuat oleh blogger Dr MiM mengenai laporan perubatan kedua-dua mahasewel ini..


2. Kita menunggu laporan perubatan yang sahih tentang kecederaan Safwan Anang dan juga Amar Rasyidi yang kononnya dibelasah oleh pihak polis.

3. Facebookers dan bloggers pro-pembangkang telah menyebarkan foto Amar Rasyidi di bawah sebagai 'bukti dibelasah dan dipukul sehingga tenat'.

4. Apabila MiM teliti foto di bawah, terdapat unsur-unsur pembohongan yang cuba diputarbelitkan oleh jentera pro-pembangkang.

5. Bagi orang biasa, mereka mungkin boleh tertipu dengan propaganda tersebut tetapi bukan semua.

6. Sebagai seorang doktor perubatan, MiM ingin terangkan bahawa luka atau laceration yang telah dijahit itu merupakan luka yang lurus dan bersih.

7. Dan hanya satu cara sahaja luka itu dihasilkan iaitu sesuatu yang tajam seperti pisau atau kaca.


8. Dan kita pun tahu bahawa terdapat insiden di mana perusuh telah merempuh pintu kaca klinik yang berhampiran.

9. MiM lebih percaya jika perusuh haram ini tercedera dek gelas yang pecah itu daripada dakwaan 'disepak terajang oleh pihak polis'

10. Gengaman tangan atau lutut tidak mungkin menghasilkan luka yang lurus dan licin seperti di atas! Ia akan hanya menghasilkan blunt trauma.

11. Selain daripada itu, beberapa portal kaki penipu pro-pembangkang melaporkan kecederaan Safwan Anang yang berlainan versi BACA SINI danberkemungkinan besar menokok tambah cerita untuk menimbulkan rasa marah pembaca.

12. Selain daripada aksi berkerusi roda di Balai Polis Dang Wangi, foto di bawah adalah contoh kecederaan perusuh haram itu yang kononnya dibelasah oleh pihak polis.

13. Yang kelihatan ialah sedikit abrasion di bahagian dalam bibir beliau. Itu sahaja?

14. Secara logiknya, jika anda dibelasah dan diterajang oleh sekumpulan orang, apakah anda akan luka sedikit sahaja di bahagian bibir?

15. Sudah tentu tidak! Anda akan dapat cop lebam hasil daripada tumbukan atau terajang.

16. So, bagaimana boleh luka di dalam bibir sahaja tanpa lebam, abrasion atau laceration di kawasan luar bibir ? Sudah tentu tidak masuk akal.

17. Yang logiknya ialah si perusuh haram itu tergigit bibirnya mungkin semasa terjatuh atau terhantuk.

18. Ditumbuk? Tiada lebam yang signifikan di muka Safwan Anang!

19. MiM tidak dapat melaporkan kecederaan yang lain kerana tiada foto lain. Tetapi lumrahnya, sesiapa pun akan menunjukkan kecederaan yang paling teruk kepada umum untuk mendapat simpati.

20. Maka MiM anggap yang di atas adalah yang 'paling teruk'. Bodohlah jika kedua-dua perusuh haram itu tidak menunjukkan kecederaan tersebut, jika ada.

21.. Dua foto di atas jelas menunjukkan bahawa facebookers dan bloggers pro-pembangkang telah sengaja menokok tambah kecederaan Safwan Anang dan Amar Rasyidi semata-mata untuk memburuk-burukkan nama baik pihak polis!!

TQ DR MiM...

1 comment:

  1. Klau nak kencing org pun agak2lah skt wei..beruk2. Korg ingat skt..masa buat kecoh2 ni ko kutuk2 polis jahatla, kejamla dll...tp bile korg nak kena belasah tempuhari pandai pulak korang minta perlindungan polis. Aku ingat ada yg tak btol dgn KEPALA OTAK KORANGLA.

    ReplyDelete