Wednesday, October 31, 2012

Hot!!! Twitter Anwar Kena 'Hack'?? Mengaku Kaki Liwat??


Apa hendak jadilah dengan 2 pemimpin ni..sorang syiah sorang pula tak mengaku kaki liwat..

Malam raya kelmarin akaun twitter @MadSabu telah RT akaun twitter Anwar ibrahim yang mengeluarkan status "Saya Gay"..

Kandungan tweet tersebut adalah seperti berikut :

@MadSabu: Astargfirullah, bawak mengucap brader malam2 raya ni... #PRhipokrit ke? RT @anwaribrahim: saya gay!

Melihat akan kandungan tersebut membuktikan bahawa Anwar telah menulis 'saya gay!'..tapi bila aku mencari kandungan tersebut di tweet @anwaribrahim ternyata kandungan tersebut telah hilang..

Di sini mungkin Anwar telah tersalah tulis dan kebetulan @MadSabu RT..kemudian Anwar telah padam...

Mungkin juga akaun twitter Anwar telah di hack ketika ini..setelah dia perasan maka Anwar pn padam..jangan kita lupa bahawa blog pribadi Anwar pernah mendakwa bahawa akaun blog tersebut telah di hack pada Raya Aidilfitri yang lepas..mungkin juga kali ini Raya Aidiladha giliran akaun twitter dia..

Tu kan Memang modus operandi anwar, racun arsenik la, lumpuh la, di pukul FRU la..macam2..

Wajib Baca!!! Bekas Ketua Pengarang Suara Keadilan Dedah Temberang PR!!!



Bekas Ketua Pengarang Suara Keadilan, DZULKARNAIN TAIB yang kini bergerak atas kapasiti Presiden Kelab Wartawan Muda Malaysia (KWMM) kini menjadi duri dalam daging kepada PKR dan Pakatan Pembangkang dalam pembongkaran isu kapal selam Scorpene. Jelas Dzulkarnain lagi, tindakan SUARAM terus-terusan memfitnah kerajaan dalam isu itu adalah jelas bermotifkan politik.

Berpengalaman dalam Suara Keadilan milik PKR yang akhirnya meletak jawatan atas kerelaan sendiri telah menyedarkan anak muda itu betapa etika kewartawanan tidak diberi perhatian oleh organ parti pembangkang itu sebaliknya hanya menjadi saluran propaganda dan fitnah yang efektif.

“Yang jelas peranan mereka lebih kepada menyebar propaganda dan fitnah terhadap kerajaan walaupun hakikatnya ia langsung tidak benar dan hanya mahu memburukkan imej kerajaan di mata rakyat.

Bekas Ketua Pengarang Suara Keadilan, Dzulkarnain Taib

Untuk lebih detail lagi, wartawan Mingguan Malaysia, HAFIZAHRIL HAMID dan jurugambar IZHAM JAAFAR telah menemubual bekas Ketua Pengarang Suara Keadilan Dzulkarnain Taib dalam memberikan gambaran sebenar berhubung niat dan tujuan sebenar Suara Keadilan yang menjadi tunjang dalam menyebarkan fitnah ke atas kerajaan BN.

MINGGUAN: Bagaimana sebenarnya pembangkang menggerakkan medium media mereka?

DZULKARNAIN: Sebenarnya sebelum Pilihan Raya Umum 2008, pihak pembangkang telah aktif berkempen melalui medium Internet terutamanya melalui blog dan sebagainya. Mereka seolah-olah mendapat suatu tenaga baru melalui penggunaan media sosial baru ini. Saya boleh katakan nisbah antara blogger pembangkang dan BN adalah antara 15 ke 20 blogger propembangkang berbanding hanya satu di pihak blogger pro-UMNO atau BN. Itu menjadi faktor bagaimana pihak pembangkang begitu menguasai dunia maya. Terdapat pelbagai isu yang ditimbulkan terutama yang menghentam kerajaan. Sama ada isu ditimbulkan itu benar atau tidak, ia bukan menjadi ukuran dan keutamaan pembangkang.

MINGGUAN: Apa yang menjadi keutamaan dalam pemberitaan mereka?

DZULKARNAIN: Keutamaan mereka adalah mendedahkan sebanyak mungkin isu yang boleh dipolitikkan untuk menghentam kerajaan. Melalui cara ini mereka akan cuba mewujudkan satu persepsi negatif kepada rakyat yang selama ini menyokong kuat BN. Mereka telah melancarkan propaganda dan fitnah melalui laman-laman sosial dan media baru. Saya mahu menjelaskan di sini bahawa taktik ini masih diteruskan sehingga kini malah dengan lebih kerap. Sebenarnya kebenaran bukanlah matlamat mereka kerana ia lebih sebagai propaganda. Taktik ini jika kita lihat lebih kurang sama dengan apa yang dilakukan oleh Menteri Propaganda Nazi, Joseph Groebbels, iaitu apabila berkali-kali kita menyatakan sesuatu itu sebagai benar walaupun hakikatnya ia satu penipuan, kerana minda dari sudut psikologi, apabila diulang banyak kali akhirnya orang akan mempercayainya. Jadi itulah strategi lama namun masih berkesan yang diamalkan oleh pihak pembangkang sehingga kini.

MINGGUAN: Jika begitu, apakah strategi yang digunakan dalam memanipulasi berita dan fakta?

DZULKARNAIN: Saya lihat pembohongan, fitnah dan character assasination adalah sebahagian daripada strategi utama mereka. Kita boleh lihat sekarang ini dalam isu Scorpene. Ia telah dijadikan satu isu yang besar dan membawanya ke peringkat antarabangsa dan Mahkamah Perancis. Tidak cukup bagi mereka melempar fitnah melalui ceramah dan medium media baru. Apa sebenarnya agenda mereka kerana semua pertanyaan yang diluahkan mereka sudah terjawab? Malah Ketua Audit Negara telah pun menjawab bahawa segala urusan melibatkan Scorpene adalah mengikut prosedur dan perundangan. Namun pihak pembangkang masih berterusan memfitnah kerajaan walaupun jelas Mahkamah Perancis sudah menetapkan pendiriannya. Malah saya ada terbaca baru-baru ini pihak pembangkang cuba menganjurkan satu jelajah ke seluruh negara untuk mendedahkan isu Scorpene walaupun tidak ada isu sebenarnya dalam hal ini.

MINGGUAN: Kenapa pihak ini begitu bersungguh-sungguh mahu menjadi plaintif dalam perbicaraan ini?

DZULKARNAIN: Sebab itu KWMM membuat sidang akhbar membongkar status Suaram sebagai plaintif. Sejak Mac lalu, pihak mahkamah Perancis telah menolak permohonan Suaram untuk menjadi plaintif. Untuk menjadi plaintif mereka perlu mempunyai kepentingan dalam urusan pembelian Scorpene. Oleh itu jelas ini adalah usaha Suaram untuk menipu Mahkamah Perancis dan apabila pihak mahkamah menyedarinya maka mereka menolak usaha ini. Sekarang ini mereka tidak ada kena-mengena malah tidak boleh bersuara dalam isu Scorpene.

Mereka cuba pula untuk menjadi plaintif bersama namun mereka mahu bersekutu dengan siapa? Kenapa Suaram begitu bersungguh-sungguh mahu menjadi plaintif? Ini adalah sebab undang-undang Perancis berbeza yang mana apabila mereka diterima menjadi plaintif, mereka akan diberi kebenaran ke atas kesemua dokumen yang terlibat dalam urusan pembelian Scorpene. Maka apabila mereka boleh mendapat kesemua maklumat itu maka mereka akan berterusan memfitnah dan memutarbelitkan isu dan fakta mengenai perkara ini kepada umum. Ini yang mereka mahukan sebenarnya dan kami mendedahkan bahawa mereka bukan lagi plaintif dalam perbicaraan malah mereka hanyalah satu pertubuhan haram yang tidak berdaftar.

MINGGUAN: Boleh ceritakan latar belakang saudara semasa berada di akhbar Suara Keadilan?

DZULKARNAIN: Apabila saya ditawarkan menjadi Pengarang Bersekutu akhbar itu pada 2008 dan kartunis Zunar ialah Ketua Pengarangnya, satu perkara yang saya sangat terkejut adalah, saya diberitahu jika mahu bekerja di akhbar ini paling penting adalah wajib percaya bahawa Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak terlibat dalam perlakuan liwat. Saya terdiam dan agak terkejut. Sebagai orang media, saya ada perkiraan sendiri iaitu masuk ke akhbar ini kerana ingin tahu bagaimana media pembangkang beroperasi dan apakah prinsip kewartawanan yang mereka pegang. Kemudiannya Suara Keadilan telah diambil alih oleh pengurusan baru dan saya dilantik sebagai Ketua Pengarang. Saya cuba membawa prinsip-prinsip arus perdana dalam akhbar itu supaya ia boleh menjadi satu wadah profesional dalam membuat laporan berita. Jika pemberitaan kami lebih bertanggungjawab walaupun bersuara pembangkang, mungkin kami akan lebih dihormati.

Saya memegang jawatan itu selama setahun namun sepanjang saya memegang jawatan itu, akhbar itu masih sah dari sudut perundangan kerana permitnya sah. Yang pasti walaupun saya cuba membawa pembaharuan namun mereka sebenarnya tidak memberi tumpuan kerana yang penting bagi mereka, ia perlu menjadi satu saluran propaganda dan fitnah yang efektif untuk mereka. Akibatnya akhbar itu banyak disaman. Jawapan kenapa saya berhenti dan kemudian bertindak keluar PKR adalah kerana saman RM200 juta terhadap saya dan beberapa yang lain berhubung isu Felda bankrap. Apabila saya melihat kembali peristiwa itu saya berpandangan adalah tidak adil untuk memfitnah Felda yang telah begitu berjasa kepada orang Melayu dalam usaha meningkatkan taraf hidup mereka.

MINGGUAN: Bagaimana boleh timbul masalah sehingga disaman?

DZULKARNAIN: Apabila kita mahu mengatakan sesuatu perkara, kita juga perlu melihat kemungkinan apakah kita juga ada kemungkinan bertindak salah dalam hal itu. Saya berpandangan ketika itu adalah tidak betul untuk meletakkan tajuk utama sebagai 'Felda bankrap' dan ia sebenarnya perlu diletakkan tanda tanya di pengakhiran tajuk itu. Jadi mungkin ia sekadar kami menimbulkan persoalan namun pihak atasan langsung tidak bersetuju dan tetap dengan tajuk berkenaan. Saya sudah melihat kami akan disaman dan ia benar-benar berlaku. Kita sedia maklum bahawa mereka mahu mempopularkan akhbar mereka namun bukanlah senantiasa semua berita yang dikeluarkan perlu disensasikan. Kita faham jika terdapat sesuatu berita yang mahu disensasikan namun bukan semua apatah lagi berita dan artikel yang dikeluarkan itu lebih kepada fitnah dan pembohongan.

MINGGUAN: Bagaimana hubungan Suara Keadilan dengan akhbar-akhbar parti lain seperti Harakah dan Roket?

DZULKARNAIN: Sepanjang saya berada di Suara Keadilan, saya tidak nampak sebarang kerjasama antara kesemua akhbar ini. Masing-masing hanya buat hal masing-masing yang bertumpu kepada aliran pemikiran mereka sendiri. Oleh itu saya berani menyatakan bahawa pakatan pembangkang ini tidak sekuat mana kerana sesama media mereka pun tidak wujud persefahaman yang jelas. Bagaimana mereka mahu menguruskan peranan media jika tiada persefahaman sesama mereka. Yang jelas peranan mereka lebih kepada menyebar propaganda dan fitnah terhadap kerajaan walaupun hakikatnya ia langsung tidak benar dan hanya mahu memburukkan imej kerajaan di mata rakyat.

MINGGUAN: Bagaimana saudara melihat kritikan yang dilemparkan NUJ terhadap KWMM baru-baru ini?

DZULKARNAIN: Memang mereka menyatakan bahawa kami ini dilihat seolah-olah menyebelahi kerajaan. Namun bagi saya, apa salahnya. Apakah timbul masalah jika kami menyokong kerajaan? Ada juga pihak NGO media yang tidak menyokong kerajaan namun kami tidak merungut atau membuat sebarang aduan mengenai mereka. Ini kerana kita perlu faham bahawa kita adalah pengamal media maka kita perlu berlapang dada dan berfikiran terbuka untuk menerima semua hujah dan fakta yang dikemukakan. Jika pihak NUJ mengatakan kami berat sebelah maka saya cabar mereka supaya mengeluarkan hujah dan komentar mengenai isu Scorpene. Ini mungkin boleh mengimbangi pandangan saya mengenai isu ini dan saya mahu mereka berani ke depan. Mungkin mereka melihat kami lebih kepada prokerajaan namun sebenarnya kami lebih kepada pro-Malaysia. Kami tidak menyokong secara membabi buta namun yang penting adalah keselamatan negara, bebas daripada campur tangan asing dan pada masa, perpaduan dan keharmonian rakyat perlu menjadi keutamaan.

Sumber: Utusan Malaysia

Kepada mereka yang selama ini berpegang kepercayaan terhadap Suara Keadilan renung-renungkanlah. Masih ada masa untuk anda beralih dan menginsafi diri seperti mana yang ditunjukkan bekas Ketua Pengarang Suara Keadilan.

Tuesday, October 30, 2012

MAT SABU KENA HANTAM!!!!

PANAS!! Ust Fatul Bari Beri Amaran Kepada Chua Soi Lek & Karpal Singh

Makin Ramai Tembak Nik Aziz!! Giliran Hasan Ali



Saya tertarik dan terpanggil untuk memberi sedikit ulasan kepada kenyataan daripada Tuan Guru Nik Aziz (TGNA) yang juga merupakan Mursyidul Am PAS.

Seperti yang diketahui TGNA mempunyai kedudukan istimewa di dalam PAS. Bagi kebanyakan ahli dan penyokong PAS, mereka menganggap TGNA segala-galanya. Beliaulah Mursyidul Am. Beliaulah "Presiden". Beliaulah Menteri Besar dan beliaulah Tok Guru dari sudut agama.

Kedudukan yang sedemikian bagi saya adalah pemberian Allah kepada beliau. Setiap satu kedudukan termasuk dirinya sebagai hamba Allah mempunyai tanggungjawab yang begitu besar bukan sahaja dikalangan ahli dan penyokong PAS tetapi yang lebih penting disisi Allah SWT.

Saya sendiri dan mungkin orang lain juga merasa begitu kerdil untuk membuat ulasan terhadap sebarang kenyataan yang dibuat oleh TGNA atas kedudukan beliau yang begitu supreme dikotak pemikiran ahli dan penyokong PAS.

Ketiadaan ahli dan penyokong  yang berupaya untuk menyanggah pendapat beliau yang setengah-setengahnya begitu ganjil bukan sahaja dari segi perkataan malah dari segi implikasi kenyataan yang dikeluarkan yang mungkin atas supremenya beliau, beliau dan orang-orang dalam lingkungan beliau tidak menyedarinya. Saya tidak perlu mengulangi kenyataan yang mana, waktu bila yang termasuk dalam kategori ini.

Untuk menyatakan DAP tidak pernah mengganggu PAS dan DAP juga merupakan rakan kongsi yang akan menjamin kemenangan PAS dalam PRU ke 13, bagi saya agak keterlaluan.

Bagi saya juga kenyataan sedemikian tidak seharusnya dikeluarkan oleh seorang yang mempunyai stature seperti yang disebutkan diatas. Lupakah TGNA dan orang-orang disekeliling beliau bahawa TGNA pernah beberapa kali menyanggah pendirian Karpal Singh dan Lim Kit Siang yang berterusan menghina dan menentang perjuangan Pas untuk melaksanakan hudud? Kita tidak lupa, beliau juga pernah menyebutkan akan meneruskan hudud di Kelantan dalam keadaan apa pun yang di datangkan oleh DAP? Kita juga masih ingat betapa tegasnya beliau mengatasi mana-mana pimpinan PAS yang lain menyatakan perasaan dengan menggunakan perkataan-perkataan yang adakalanya tidak layak oleh seseorang yang dianggap begitu supreme.

Bagi saya kedua-dua kenyataan terakhir TGNA mempunyai dua implikasi besar.

Pertama, kenyataan tersebut tidak layak lagi akan menghiris hati dan perasaan ahli dan penyokong PAS yang sudah tidak menahan perasaan sabar akibat daripada bertambah berani dan ghairahnya pimpinan DAP menghina Islam.

Kedua, saya bimbang kenyataan-kenyataan supreme ini akan menjadikan pimpinan DAP dan sebahagian daripada pimpinan PAS daripada golongan parasit terus mendapat pembelaan dan menjadikan mereka lebih ganas menghentam Islam dan perjuangan PAS disebabkan “peluru” yang disediakan oleh TGNA.

Saya berpendapat demi untuk menjaga keutuhan dalam PAS dan menjadikan PAS terus berdarjat dan bermartabat sebagai “custodian” kepada perjuangan Islam, TGNA perlu menoleh ke belakang untuk bermuhasabah. Sudah sampai masanya bagi TGNA untuk merenung  sejauh-jauhnya tentang kehadiran beliau dalam hierarki kepimpinan PAS samada benar-benar menguntungkan atau merugikan bukan sahaja PAS sebagai sebuah parti Islam tetapi yang lebih penting perjuangan PAS itu sendiri termasuklah imej, kehebatan dan keagungan Islam itu sendiri.

Mungkin sudah sampai masanya sebelum nasi menjadi bubur, TGNA memikirkan untuk menyerahkan tanggungjawab besar sebagai Mursyidul Am kepada timbalannya yang saya yakin mempunyai kemampuan dan kewibawaan yang setara dengan beliau.


YB DATO DR HASAN MOHAMED ALI
ADUN GOMBAK SETIA
PRESIDEN JATI

Panas!! Badrul Amin dan Khalid Gagap Pegang Lilin Untuk Tarik Pengundi Bukan Islam???



Entah ajaran mana juak-juak P"Gay"R bawa pun tak tahulah. Si Dr Badrul "Kaunseling Bini Orang Pukul 3.00 Pagi" Amin sudah mula mengembangkan ajaran vigil memegang lilin. Setahu CTS, ajaran agama majusi penyembah tuhan api sudah lama tidak dipraktikkan oleh pengikut-pengikut Agama Api.

Yang Menteri Besar yang merangkap EXCO Agama Selangor serta pak-pak lebai dok usung lilin vigil ni apasal. Kalau begini tingkah laku seorang EXCO Agama negeri, apa lagi yang boleh diharapkan untuk menjaga kesucian Agama Islam terutama di Selangor. Tok-tok guru dan ulama-ulama dalam PAS tak tegur ke? Sesat sudah puak-puak ni.

Monday, October 29, 2012

Panas!!! Gambar Terbaru Anwar Bersama Jet 'Sewa"!!!

Benarkah??? Tantawi 'Sound' Nik Aziz???



Nampaknya Pemuda PAS dah semakin berani mengkritik dan menyatakan pendirian mereka walaupun ianya bercanggah dan bakal mengundang doa pecah perut Nik Najis.


Pemuda Pas menasihatkan kepimpinan parti itu harus bangga untuk menerima persekitaran semasa bahawa pihaknya sudah ada "pengkritik tetap secara sukarela" dan perlu bijak dalam menilai setiap kritikan agar ia membawa manfaat kepada mereka.


Ketuanya, Nasrudin Hassan berkata, kepimpinnan Pas seharusnya bangga kerana keadaan sudah berubah berbanding keadaan sebelum ini.


Katanya, pada masa lalu, parti itu tidak diberi perhatian, sebaliknya kini mendapat fokus sehingga ada yang sanggup memberi kritikan secara sukarela.


"Apa yang membanggakan saya ialah kini Pas telah mempunyai pengkritik tetap secara sukarela yang terdiri dari pelbagai pihak. Ini satu perkembangan positif.


"Tinggal lagi pimpinan Pas harus bijak dalam menilai setiap kritikan yang diterima agar ia menguntung dan membangunkan parti untuk terus mendokong cita-cita perjuangan Islam," kata beliau dalam blognya di bawah tajuk "Kritik, mengkritik dan dikritik"

Saturday, October 27, 2012

Fuhh!!! Surat Penghargaan Nik Aziz Kepada DAP

Friday, October 26, 2012

Panas!!! UFB 'Taruk' Nik Aziz!!!

Thursday, October 25, 2012

Fatwa Terbaru Ustazah Abby,Dia Ni Belajar Tinggi Sangat Ni!!!!

UFB 'Tampar' PAS!!!

Wednesday, October 24, 2012

Pemimpin DAP Cakap Banyak Tapi Tidak Berani Tanding Kawasan Majoriti Melayu

Pangsapuri Desa Ria diabaikan oleh kerajaan negeri Selangor?





Setiap hari, dari pukul 8 pagi hingga 12 tengah hari, kira-kira 20 orang murid tabika hanya berkurung di dalam kelas tanpa berpeluang melakukan aktiviti luar darjah. Saban hari juga, guru mereka tidak pernah membuka cermin dan pintu kelas sepanjang sesi pembelajaran berlangsung.

Bukannya tiada kawasan lapang, tetapi murid-murid Tabika Pangsapuri Taman Desa Ria di PJS 5 itu terpaksa berbuat demikian kerana kawasan itu tidak sesuai untuk mereka bermain.

Ini kerana pihak pentadbiran sekolah itu bimbang untuk membenarkan mereka keluar kerana kawasan permainan itu tidak disenggara dengan sempurna. Yang paling merisaukan mereka ialah terdapat saluran paip pembentungan yang bocor di situ sehingga mengeluarkan bau busuk dan berisiko mendatangkan masalah kesihatan.

Masalah yang berlarutan sejak dua minggu lalu itu tidak menemui jalan penyelesaian malah keadaan bertambah teruk apabila limpahan air najis semakin bertambah. Selain mencemarkan bahagian hadapan tabika itu, limpahan tersebut turut memberi kesan kepada seluruh penghuni enam blok pangsapuri tersebut yang didiami lebih 2,000 penduduk.

Malah, bukan sahaja masalah itu yang menghantui mereka, sampah yang tidak diuruskan dengan sempurna, rumput dibiarkan panjang dan masalah longkang tersumbat juga seakan sudah sebati dengan mereka sejak empat tahun lalu.

Tambahan pula, keadaan longkang yang tersumbat itu memberi peluang kepada nyamuk Aedes membiak dan menyerang penghuni sehingga terkena jangkitan denggi.

Penduduk mendakwa, pihak-pihak berkaitan termasuk pemaju yang menguruskan pangsapuri itu serta pihak berkuasa tempatan tidak mengendahkan aduan yang dibuat mereka selama ini.

Menurut mereka, ahli majlis yang dilantik Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) untuk memantau kawasan itu juga tidak pernah muncul sejak sekian lama.

Lajim Ukin Mengigau, Janji Sumbang 15 Kerusi Parlimen Dari Sabah???



MP Beaufort Datuk Lajim Haji Ukin mengigau, apabila memberitahu penduduk Wangsa Maju, Kuala Lumpur, kononnya barisan Pembangkang akan menang 15 kerusi Parlimen di Sabah pada PRU-13 akan datang.

Walau bagaimanapun, Lajim tidak menyebut kawasan-kawasan itu ketika berucap didepan penyokong Pakatan Rakyat semalam.

Umum mengetahui, bahawa pembangkang tiada sejarah menang lebih 2 kerusi Parlimen di Sabah, sejak sistem pilihanraya diadakan di Sabah bermula tahun 1967.

Sepanjang sejarah pilihanraya Sabah, hanya parti DAP yang pernah menang, itupun untuk kerusi Parlimen Sandakan atau Kota Kinabalu. Kemenangan DAP jarang serentak, kalau menang di Sandakan, maka kalah di Parlimen Kota Kinabalu, dan apabila menang di Kota Kinabalu, maka kalah di Sandakan.

Pada PRU-2004, DAP kosong kerusi di Sabah, manakala PRU-2008, DAP menang Parlimen Kota Kinabalu dan DUN Sri Tanjung (Tawau).

Pada PRU-13 akan datang, ada kemungkinan, DAP mengekalkan Parlimen Kota Kinabalu, akan tetapi pada kali ini akan kosong DUN. Sementara parti-parti lain termasuk parti Tempatan SAPP dan STAR, akan kosong kerusi Parlimen, akan tetapi mungkin menang satu-dua kerusi DUN. Manakala PKR kemungkinan akan mendapat kerusi DUN Kuala Penyu, jika John OT Ghani bertanding. Sementara PAS, akan meneruskan kegagalannya sepertimana pada PRU-PRU lalu.

Sementara itu Lajim mungkin akan menang di DUN Klias atas faktor sokongan kaumnya, sementara Parlimen Beaufort yang dimenanginya melalui tikit BN pada PRU-12 lalu, dalam keadaan 50-50. Jika BN mampu mencalonkan calon yang berwibawa, Parlimen Beaufort, masih dalam penguasaan BN.

Hudud-UMNO Tidak Penakut Seperti PAS !!!!



Tuesday, October 23, 2012

Muhyiddin: BN Tidak Kisah Nik Aziz Bertanding Atau Tidak



KAJANG - Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata Barisan Nasional (BN) tidak kisah sama ada Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat akan bertanding atau tidak dalam pilihan raya umum (PRU) akan datang.

"Itu hak dia, saya tiada hak nak komen terpulang kepada kepimpinan Pas jika fikir beliau (Datuk Nik Aziz Nik Mat) masih bertenaga dan tajam fikiran, saya tak nak komen lebih terserah kepada rakyat untuk menilai," katanya.

Muhyiddin yang juga Timbalan Pengerusi BN dan Timbalan Presiden Umno berkata, BN telah pun bersiap sedia dengan jentera pilihan raya dan menawarkan kepimpinan yang berwibawa untuk bertanding di negeri tersebut.

Muhyiddin diminta mengulas laporan yang membayangkan Mursyidul Am Pas itu akan bertanding dalam PRU13.

“Apa yang pasti BN akan menawarkan kepimpinan berwibawa untuk bertanding termasuk calon yang bakal dinamakan menjadi Menteri Besar sekiranya diberi mandat untuk mentadbir Kelantan,” katanya kepada pemberita di Batu 14, Hulu Langat dekat sini.

Beliau berharap rakyat Kelantan memberi perhatian terhadap perkara ini dan dapat membuat perbandingan berhubung siapa yang lebih layak memimpin negeri itu dan ia bukan terhad atas tokoh agama sahaja bagi menyelesaikan isu-isu berbangkit di negeri itu.

"..dari segi pentadbiran, pengurusan menyelesaikan masalah isu-isu berbangkit di negeri itu termasuk soal air yang tidak dapat diselesaikan, kemiskinan tegar masih banyak dan isu-isu sosial... itu juga perlu diberi perhatian," katanya.

"Harap rakyat Kelantan dapat buat perbandingan siapa yang lebih bersesuaian dan layak bukan atas tokoh agama sahaja," katanya.

Muhyiddin berkata, hanya rakyat Kelantan yang mempunyai jawapan berhubung apa yang akan berlaku ke atas negeri itu dalam tempoh lima tahun akan datang sekiranya Nik Abdul Aziz bertanding pada pilihan raya akan datang dan sekali lagi menjadi menteri besar.

"Saya tidak boleh jawab hanya orang di Kelantan yang boleh menjawabnya," katanya. - Bernama

Hot!!! Lagi Ceramah PR Lebih Kerusi Dari Orang!!!


perasan tak korang.. sejak dua menjak ni.. ceramah dari pakatan semakin kurang orang datang, terutama di selangor.. sebab apa? adalah kerana strategi pakatan ini, hanya untuk menyedapkan kem perang bn? erm.. jap jap.. kita perlu tahu apakah propaganda mereka ini.. sebab apa makin kurang orang datang bila mereka buat ceramah.. wahhal anuar ibrahim datang pun.. setakat leh kumpul 400-500 orang sahaja.. sedangkan kemampuan mereka mengumpulkan orang boleh mencapai puluhan ribu orang... jadi kesimpulannya... rakyat dah mula sedar.. dah mula tau dah tembelang busuk pakatan ni.. mereka dah tiada isu.. mereka dah tiada satu peluru yang betul-betul boleh menarik orang ramai ke ceramah mereka...

tak perlu cakap banyaklah.. kita kena tahu juga.. propaganda pakatan ini mereka ikut sebijik macam cara propaganda nazi jerman masa perang dunia ke-2 dulu... nazi pada masa diambang kekalahan.. mereka menabur segala cerita propaganda yang cukup mengerunkan musuh.. tapi hakikatnya mereka dah tiada tentera simpanan.. mereka dah kekurangan jentera perang... terpaksa gunakan remaja paling muda 12 tahun dalam menghadapi perang... so kita kena faham.. taktik dan teknik kadang kalau kita terpedaya akan mengakibatkan kita lena di ulit intan... jadi inilah masa cybertrooper BN belasah dan korek isu yang tidak mungkin mereka mampu bangkit mempertahankan... ayuh.. inilah masanya... dulu mereka angkuh.. mereka eksyen.. berlagak... malah anggap bn macam sampah sebab mereka dapat mentadbir 4 negeri..


Tarikh : 19 Oktober 2012.
Ceramah : Ceramah Umum di perkarangan rumah Hamzah bin Abd Samad, No. 1, Taman Desa Mawar 3/3, Sg Yu, Tanjung Karang, Anjuran Cabang PKR Tanjung Karang.

Penceramah :
1. Zuraidah " Mak Lampir" Kamuddin - Ketua Wanita PKR Pusat.
2. Abdullah Sani Hamzat - Timbalan Ketua AMK Selangor.
3. Yahya Sahri - Ketua PKR Cabang Tanjung Karang.
4. Judi bin Sarjo - YDP PAS Kawasan Tanjung Karang.

(Kredit gambar kepada rakan Facebook, Kongkang Keramat)

Monday, October 22, 2012

Tun M-PRU 13 Sesuai Diadakan, Minta Jentera Bersiap Sedia



SERI ISKANDAR - Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) sesuai diadakan bila-bila masa sahaja, termasuk pada tahun ini namun terpulang kepada  Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak untuk memilih tempoh yang sesuai, kata Tun Dr Mahathir Mohamad.

Bekas Perdana Menteri berkata, sama ada diadakan hujung tahun ini atau awal tahun depan iaitu sebelum mandat lima tahun Barisan Nasional (BN) tamat, bila-bila masa dari sekarang juga merupakan masa yang baik untuk mengadakan pilihan raya.

"Bergantung kepada Datuk Seri Najib apa keputusannya. Pandangan saya adalah pandangan saya. Saya fikir kita sudah sampai penghujung, ia tidak menjadi masalah sama ada akhir tahun ini atau awal tahun depan," katanya ketika ditemui pemberita selepas majlis konvokesyen Universiti Teknologi Petronas (UTP) di sini hari ini.

Beliau berkata, Barisan Nasional (BN) boleh menunggu waktu yang sesuai untuk memuktamadkan tarikh pembubaran Parlimen bagi memberi laluan kepada pilihan raya umum namun ini juga memberi peluang kepada parti pembangkang untuk membuat persediaan.

Dr Mahathir berkata, beliau tidak menolak kemungkinan pilihan raya diadakan pada tahun ini juga.

Mengulas mengenai derma politik sebanyak RM40 juta kepada Umno Sabah oleh penyumbang yang ingin dirahsiakan namanya, beliau menyifatkan derma kepada semua parti politik pimpinan kerajaan dan pembangkang untuk tujuan pilihan raya bukan perkara baru.

Beliau berkata, pemberian wang bagi tujuan pilihan raya oleh pihak tertentu kepada parti politik pembangkang adalah sebagai langkah perlindungan kerana mereka juga mahukan hubungan baik sekiranya pembangkang menang.

Terdahulu, Dr Mahathir yang juga Canselor UTP menyifatkan tempoh 15 tahun penubuhan universiti itu sebagai satu pencapaian gemilang kerana UTP bukan sahaja diiktiraf dalam bidang ilmu, malah berpotensi menjadi antara yang terbaik di peringkat antarabangsa.

"Universiti tempat kita mendapatkan ilmu, tetapi sekiranya kita tidak tahu menggunakannya, ia akan membawa mudarat.

Kita mahu mereka membawa nilai moral yang tinggi, mereka akan menolak perkara yang tidak baik. Mereka akan lakukan perkara yang baik sahaja bagi diri mereka dan masyarakat," katanya.

Selain itu, beliau berkata pemberian sumbangan perisian daripada syarikat gergasi dunia seperti Schlumberger bernilai RM136 juta (AS$45 juta) serta penjanaan bagi Kursi tertentu kepada UTP merupakan satu pengiktirafan kerana pihak berkenaan berpendapat UTP boleh menghasilkan graduan yang cemerlang. - Bernama

Panas!!! Ustaz Nasha Dedah DAP Doa Untuk Negara Kristian???

Sunday, October 21, 2012

Gempar - Anwar Pengsan Di Ijok



Petang tadi Anwar Juburi telah mengadakan Roadshow Pakatan mengelilingi Selangor untuk meraih undi orang Selangor. Program Jelajah Bas Merdeka Rakyat ke Selangor yang bermula dari Puchong dan berakhir di Depan Masjid Batu 8, Ijok petang tadi.




Laporan yang diterima melalui orang kampung Ijok mengatakan jumlah kehadiran hanya sekitar 100 orang dari masyarakat tempatan dan yang selebihnya adalah kumpulan bermotor dan rombongan yang dipungut dari tempat-tempat lain yang Anwar singgah sebelum ini, seperti Kuala Langat, Kapar, Pandamaran dan Assam Jawa.

Gambar di atas,dapat dari sahabat yang mengikut rombongan tersebut di Assam Jawa. Boleh katakan jumlah kehadiran termasuk rombongan ada la dalam 300++ orang...

Malu lah Ketua Pembangkang datang yang sambut hanya 300 orang je? Lebih kurang jumlah yang selalu Mat Sabu dapat bila berceramah cerita seks nya bersama Normah.

Dan yang boleh dikatakan di semua tempat yang dikunjungi Anwar jumlah kehadiran hanyalah sekitar 300 ke 400 orang sahaja.

Kita nantikan berapa orang pulak yang hadir kat stadium malam ni..

Pakatan semakin musnah....

Hancur PAKATAN HARAM JADAH NI..

TQ Jawaber6

Kantoi Lagi!!! Pencacai PR Terus Kantoi!!! Edit Gambar Kerana Tiada Modal???




Musa Hassan Menafikan Pembohongan Terbaru Anwar!!!



Bekas ketua polis negara Tan Sri Musa Hassan menafikan dakwaan bahawa beliau akan mengadakan sidang akhbar di Bangkok pada hari Isnin, seperti yang dimuatkan di laman Kelab Koresponden Asing Thailand (FCCT).

Menurut FCCT, Musa kononnnya akan mendedahkan butiran baru mengenai kes pembunuhan Altantuya Shaariibuu.

Sebelum ini telah dilaporkan mengenai satu notis yang dimuatkan oleh FCCT kepada anggotanya, bahawa sidang media Musa akan diadakan di ibu pejabat kelab tersebut.

Notis itu menyebut, sidang media berkenaan akan diadakan pada tengahari waktu Malaysia pada 22 Oktober.

Jemputan itu bertajuk "Pendedahan baru dalam kes pembunuhan Altantuya" dan mengandungi notis bahawa acara berkenaan tidak ditaja oleh FCCT.

Akibat dah terdesak nak fitnah PM Najib, Anwar sanggup guna apa saja taktik untuk mengeliru dan membohongi rakyat.

Saturday, October 20, 2012

PAS Kedah Mula Tak Senang Duduk Gara-Gara Audit 2011



ALOR SETAR, 19 Okt – Slogan “telus, amanah dan perbelanjaan berhemah’ yang dibuat oleh kerajaan negeri Kedah pimpinan Pas hanya indah di bibir sahaja apabila Laporan Ketua Audit Negara 2011 membuktikan terlalu banyak ketirisan dalam pentadbiran kerajaan negeri, kata Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kedah Datuk Ahmad Bashah Md Hanipah.

Beliau berkata ibarat cacing kepanasan, kerajaan negeri Kedah terpaksa menyorok muka mereka kerana malu dengan pendedahan audit berkenaan.

“Mereka bercakap tentang pentadbiran telus, mengkritik kerajaan Barisan Nasional dengan pelbagai dakwaan, tetapi sekarang mereka sendiri didapati melakukan penyelewengan projek pembalakan di luar negara dan penyelenggaraan projek perumahan rakyat,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Ahmad Bashah mengulas laporan audit tentang pelaburan projek balak yang merugikan di Papua New Guinea memaksa syarikat berkaitan kerajaan (GLC) yang terlibat meminjam sehingga RM135 juta serta projek penyelenggaraan perumahan awam kos rendah yang dilaporkan membabitkan pemberian kontrak dan pembayaran meragukan.

Beliau berkata Menteri Besar Datuk Seri Azizan Abdul Razak dan Exco kerajaan negeri patut meminta maaf kepada rakyat kerana salah mengurus pentadbiran negeri dan anak syarikat yang berada di bawah Perbadanan Menteri Besar.

Ahmad Bashah berkata semasa sesi persidangan Dewan Undangan Negeri yang lepas, Azizan pernah berkata kerugian pelaburan projek balak itu adalah perkara biasa dalam perniagaan.

“Semasa menjawab soalan itu beliau memandang ringan tentang kerugian tersebut dan menjawab soalan itu dengan tiada rasa tanggungjawab. Sekarang kita melihat kerugian melebihi daripada RM4 juta seperti yang dimaklumkan kerajaan negeri sebelum ini.

“Mereka sudah tidak dapat sembunyikan fakta bahawa projek itu adalah satu bencana, bukan setakat kerugian kewangan yang melibatkan duit rakyat Kedah tetapi mendedahkan hakikat ketidakupayaan kerajaan negeri mentadbir dengan baik,” katanya.

Ahmad Bashah berkata Umno Kedah pernah melaporkan kes pembalakan itu kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) tetapi tidak pasti perkembangan kes selepas itu.

“Dengan perkembangan terbaharu daripada laporan audit itu, SPRM boleh melihat semula kes tersebut dan siasat sama ada wujud penyelewengan oleh mana-mana pihak,” katanya.

Beliau mendakwa banyak lagi perkara berkaitan kerajaan negeri yang meragukan termasuk premium balak dan pendapatan daripada hasil bijih besi dan menurutnya isu berkenaan akan dibangkitkan pada persidangan Dewan Undangan Negeri yang akan bermula pada 20 Nov ini.

“Saya ada membaca komen seorang Exco kerajaan negeri dalam sebuah akhbar apabila beliau mengulas laporan audit yang menyebut tentang kelemahan pengurusan GLC di mana Exco itu masih bersikap menyalahkan kerajaan terdahulu.

“Pesanan saya kepada kerajaan negeri, bangunlah dari tidur… anda sudah menjadi kerajaan lebih empat tahun dan GLC sudah dirungkai dengan bermacam-macam cara. Bertangungjawablah dengan tindakan anda,” katanya.- umno online

Hot!! Anak Muda Kelantan Luah Perasaan Tentang Pemerintahan Nik Aziz!!!

 

LUAHAN HATI ANAK MUDA TERHADAP PEMERINTAHAN NIK AZIZ

Sila baca dengan hati yang terbuka, saya dapat selami perasaan remaja ini kerana saya juga berasal dari Kelantan.

Berikut adalah keluhan hati seorang anak muda Kelantan :

"Assalamualaikum wbt. Saya memohon maaf jika artikel saya ini tidak berkaitan dengan tajuk, tetapi saya ingin juga menulis bagi meluahkan pandangan saya dalam arena politik kerana sesungguhnya agama dan politik tidak boleh sesekali dipisahkan.

Sebelum saya meneruskan, saya minta setiap pembaca menggunakan akal bagi membuat keputusan kerana itulah gunanya akal. Saya adalah pelajar yang berasal dari Kelantan dan bakal melanjutkan pelajaran ke luar negara.

Umur saya adalah hampir seusia dengan pentadbiran Pas di Kelantan iaitu 19 tahun. Datuk dan moyang saya adalah imam di sebuah kampung dalam daerah Pasir Mas/Tumpat.

Setentunya keluarga kami adalah penyokong Pas yang amat setia sehinggakan TG Nik Aziz sendiri pernah beberapa kali menggunakan rumah antara ahli keluarga kami bagi mengadakan ceramah Pas.

Namun akhir-akhir ini keluarga kami agak 'pening' apabila memikirkan telatah beberapa pemimpin Pas yang seolah-olah sanggup menggunakan agama bagi meraih undi.

Inilah yang menyedihkan kami. Selama Pas bertapak di Kelantan, setahu saya Pas tidak pernah membina sebuah masjid pun bagi menjalankan syariat Allah di bumi Kelantan.
Kami sememangnya boleh menerima kenyataan bahawa kerajaan negeri tidak mempunyai wang kerana kerajaan Pas adalah kerajaan yang bersih.

Oleh itu keluarga kamilah antara keluarga yang aktif memberi sumbangan terhadap pembinaan masjid dan pembangunan beberapa sekolah tahfiz termasuk menyediakan tanah untuk membuat fasiliti dan tidak kurang juga sumbangan kewangan kerana keluarga kami diberi kurniaan rezeki yang murah dari Allah SWT.

Tetapi kami agak terkilan apabila 'berhala' kaum Buddha begitu aktif dibina di Kelantan. Dan yang lebih menyedihkan saranan Rasulullah SAW agar 'berhala' ini dibina lebih rendah dari menara masjid seolah-olah tidak dijalankan di negeri yang kami banggakan sebagai Serambi Mekah.

Seingat ayah saya, semasa kerajaan BN mentadbir Kelantan, permohonan kaum Siam untuk membina sebuah berhala di Kampung Berok, Pasir Mas tidak diluluskan kerana ketinggiannya yang agak menonjol. Lalu setelah dipohon lagi, maka kerajaan BN meluluskan dengan syarat;

1. Berhala itu tidak boleh dibuat menegak, tetapi perlulah dibaringkan.
2. Berhala hendaklah terlindung agar tidak mengganggu kaum Melayu di sekitarnya.

Tetapi di bawah kerajaan Pas mentadbir semakin banyak projek 'berhala' yang diluluskan di Kelantan. Berhala duduk yang berada di Jong Bakar, Tumpat telah diluluskan walaupun ketinggiannya menyamai 5 atau 6 tingkat bangunan.

Jadi kami agak terkilan, tetapi memandangkan kami inginkan sebuah kerajaan Islam, maka kami masih lagi menyokong kerajaan Pas, bahkan moyang kami telah mendermakan seutas tali lehernya yang bernilai beberapa ribu ringgit ketika ceramah Pas yang dianjurkan ketika saya di sekolah rendah sebagai tanda sokongan.

Tahun demi tahun berlalu dan sekali lagi kami dikejutkan dengan pembinaan berhala dekat dengan 'Kok Keli'. Dan apa yang menyedihkan lagi TG Nik Aziz sendiri yang datang merasmikan beberapa majlis keagamaan.

Kemudian sekali lagi kami dikejutkan dengan pembinaan terbaru 'berhala Buddha' terbesar di Asia Tenggara di Kampung Tawang, Bachok. Atas dasar ingin tahu, demi Allah, saya, ayah, ibu dan adik lelaki telah pergi ke wat Siam di Kampung Tawang yang menempatkan berhala yang terbesar di Asia Tenggara.


Bagi mereka yang meragui saya boleh bertanya kepada orang-orang di Kampung Berangan yang merupakan kubu kuat Pas. Untuk yang lebih jelas silalah saudara sendiri ke mana-mana wat Siam @ kuil Hindu di Kelantan dan tanyalah sami di sana tentang 'prihatinnya' kerajaan Pas terhadap mereka.


Saya sedih. Mengapa untuk membina masjid orang Melayu Kelantan perlu bersusah payah ke sana-sini meminta derma, sedangkan kuil Hindu dan berhala mendapat bantuan. Zaman jahiliah kah ini.

Adakah hak sama rata itu menunjukkan jumlah masjid dan berhala perlu sama bilangannya? Pendapat peribadi saya, demi mendapat undi kaum lain, TG Nik Aziz perlu bertindak demikian.

Kuasa di tangan beliau. Susah sangat kah ingin menolak pembinaan berhala, sedangkan Nabi Ibrahim AS bergadai nyawa memusnahkannya. ALLAHUAKBAR!!! Parti politik semuanya sama.

Saya tidak menyokong Barisan Nasional kerana saya telah disemai sejak kecil lagi bahawa BN adalah kafir. Tapi sekarang saya merasakan semua kafir termasuklah Pas Kelantan.

Saya benci apabila Pas bergabung dengan DAP. Saya benci apabila Malaysia semakin jauh dari negara Islam apabila DAP berjaya memecah-belahkan UMAT ISLAM. Siapakah DAP?
DAP adalah anak kepada parti PAP Singapura.

Buktinya?

SEJARAH... Belajarlah sejarah.

Lagi buktinya?

Lee Kuan Yew telah pun datang melawat negeri yang dikuasai PAKATAN RAKYAT yang semakin hari semakin dekat menjadi miliknya.

YA ALLAH sesungguhnya aku kelu.

Hatiku pening... Mengapakah perpecahan umat Islam senang sahaja berlaku. Satukanlah mereka Ya Allah.

Bagi mereka dari Pas, Keadilan mahupun UMNO, sambutlah seruan Islam untuk bersatu padu.

Mengapa orang-orang DAP begitu menentang kerajaan perpaduan?

Kerana mereka bimbang Melayu bersatu. Mereka bimbang ISLAM bersatu kerana di Malaysia ini rata-rata Melayu adalah Islam.

Dengan segala ilmu yang saya ada mengenai Islam dan segala pemerhatian saya, DAP saya isytiharkan kafir harbi kerana telah banyak menggugat hak orang Islam.


Ditakdirkan Allah, kami telah diberi penerangan oleh saminya sendiri yang datang kepada kami setelah melihat kami melawat berhalanya. Pakaian sami itu berwarna putih.

Menurut tok sami itu ketinggian berhala ini menyamai 12 tingkat bangunan. Ketinggiannya melebihi 100 kaki dan diletakkan secara berdiri. Berhala ini dibina betul-betul bertentangan dengan kiblat solat.

Menurut sami itu lagi kerajaan negeri sendiri telah meluluskan projek itu dan telah memberi sumbangan sebanyak RM60 RIBU RINGGIT melalui wakilnya Datuk Anuar Tan. Kami terkesima mengapa dengan mudah peruntukan diberikan untuk membina berhala, sedangkan Nabi Allah Ibrahim sendiri dengan kudrat Baginda memusnahkan berhala.

Tok sami itu memberitahu, bahawa pelancaran perasmian tokong Buddha itu akan disempurnakan oleh TG Nik Aziz sendiri pada 6 Jun 2009. Kami pun mengambil keputusan untuk pergi sekali lagi pada 6 Jun.

Tetapi Datuk Anuar Tan yang datang merasmikan kerana menurut orang kampung TG Nik Aziz ditegur oleh beberapa tok guru pondok agar tidak terlalu menonjolkan diri di rumah ibadat Siam.

Kami diberitahu kos pembuatan patung itu sahaja melibatkan belanja lebih daripada RM2 juta. Kami terkesima. Kami terfikir syiar manakah ini? Hari demi hari berlalu, namun hati kami masih lagi pada Pas.

"Kami mahukan sebuah parti Islam," desis hati kami. Pas telah sedarah dan sedaging dengan hati kami. Kami pejamkan sebelah mata. Ditakdirkan ayah dan adik saya pergi menggunting rambut di sebuah kedai gunting warga Siam.

Terkeluar hal politik ketika borak. Ayah saya menanyakan beliau (tukang gunting) parti manakah yang disokong ketika pilihan raya dulu. Maka tukang gunting Siam itu mengatakan beliau menyokong Pas kerana tok sami mereka berpesan jika Pas menang sekali lagi pembinaan berhala yang besar akan diluluskan dan peruntukan akan diberi.

Kami benar-benar terkejut. Allah Maha Besar telah meletakkan keraguan dalam hati kami. Sebagai seorang yang berpelajaran dan diberi akal, saya telah memujuk hati saya sendiri agar menjadi 'neutral' dan membuang sebentar rasa taksub saya terhadap Pas.

Ianya memang sukar, tetapi saya gagahkan jua. Saya berfikir dalam isu berhala, 'parti' manakah yang benar-benar membela Islam di dalam isu yang sememang besar. BERHALA!!!

Saya dikejutkan lagi dengan peruntukan tanah seekar yang diberi kerajaan negeri di tengah-tengah bandar Kota Bharu iaitu di Jalan Hamzah bagi membesarkan rumah ibadat kaum Hindu.

Terlalu ramai kah kaum Hindu di Kelantan sehinggakan rumah ibadat mereka yang baru sahaja siap dibina itu hendak diperbesarkan lagi?. Jika anda pernah menjejakkan kaki ke Kelantan, saya berani mengatakan amat sukar untuk mencari bangsa Hindu.

Apatah lagi kuil yang sedia ada ini sentiasa 'sunyi' dan jarang mendapat kunjungan kaum Hindu kerana sememangnya bilangan mereka amat sedikit.

Teringat saya ketika TG Nik Aziz melawat masjid di Kampung Berangan. Orang-orang kampung heboh sebentar apabila TG Nik Aziz hanya memberikan sumbangan RM50 ke dalam tabung masjid.

Kemudian beliau berangkat ke wat Siam di Tumpat setelah solat Jumaat dan mendermakan RM1,000 tanda keikhlasan dan hak sama rata kerajaan negeri.


Perniagaan babi... penghapusan tulisan Jawi di beberapa buah tempat... menghasut Islam bergaduh sesama sendiri... terlampau meminta-minta dan mendesak berhala dibina... bahkan berhala sekarang ini jauh lebih 'GAH' dibandingkan dengan masjid.

ALLAHUAKBAR... BELALAH KAMI... SATUKAN KAMI...

Ingatlah wahai pembaca Islam... apabila DAP berjaya, maka UMNO tidak mampu lagi mengawal MCA... GERAKAN... MIC dan lain-lain kerana semestinya mereka akan bersatu dengan DAP memandangkan DAP kuat dan boleh menjamin masa depan mereka... dan agama mereka di bumi Melayu... ALLAHUAKBAR... Bertindaklah umat Islam bersatulah sebelum terlambat.

Tiada satu pun Rasul yang diutuskan... tiada satu pun ulama yang dilahirkan... tiada sebuah ayat pun di dalam kalamullah yang menghalang perpaduan di antara mereka yang mengucapkan dua kalimah syahadah...

Sedarlah sekarang ini kaum kafir semakin berkuasa... buktinya... KUALA LUMPUR... PULAU PINANG... SINGAPURA... PERAK yang pernah dimiliki dan ditadbir oleh kuasa politik Melayu Islam secara majoritinya telah bertukar tangan kepada kaum kafir... Biasiswa JPA untuk Melayu ISLAM hanya tinggal 32 peratus selebihnya 62 peratus telah menjadi hak kaum kafir... bangunlah Melayu... bangkit... bangunlah Islam.

Hentikan ego... ALLAHUAKBAR!!!! BERKATILAH KAMI UMAT MELAYU ISLAM... BUKAKANLAH HATI KAMI UNTUK PERPADUAN SEBELUM TERLAMBAT"

      - facebook

Friday, October 19, 2012

Pendedahan!! Apakah Yang Dimaksudkan Dengan Mursyidul Am???



Siapa lebih berkuasa dalam Pas? Mursyidul Am, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat atau Presidennya, Datuk Seri Abdul Hadi Awang. Itulah persoalan yang bermain di fikiran banyak pihak apabila melihat kemelut politik yang melibatkan parti itu ketika ini.

Keadaan itu memungkinkan ramai mengimbas kembali kedudukan Pas ketika Allahyarham Yusof Rawa menjadi Mursyidul Am dan Allahyarham Datuk Fadzil Noor sebagai Presiden.

Pada masa itu, Pas sama sekali tidak berhadapan dengan sebarang konflik yang boleh menimbulkan persoalan siapa lebih berkuasa.

Sememangnya sejarah Pas menunjukkan Yusof Rawa suatu ketika memegang dua jawatan sekali gus iaitu sebagai Yang Dipertua Pas (Presiden) mulai 1983 dan kemudian Mursyidul Am pada 1987.

Bagaimanapun atas sebab-sebab kesihatan Yusof Rawa melepaskan jawatan sebagai Yang Dipertua pada tahun 1989 tetapi kekal menjadi Mursyidul Am.

Sepanjang tempoh berkenaan, Yusof Rawa tidak pernah membuat tindakan-tindakan yang dilihat membayangi tugas Allahyarham Fadzil sebagai Presiden.

"Allahyarham Yusof Rawa benar-benar bertindak sebagai penasihat melalui majlis syura, kalau pun ada masalah yang beliau perlu memberi pandangan, perkara itu akan dilakukan secara tertutup dan bukannya disebarkan melalui media seperti mana berlaku sekarang," kata seorang pemimpin Pas.

Berikutan sikap itulah memungkinkan Yusof Rawa menjadi tokoh yang cukup disegani dalam Pas. Sikap keterbukaan dalam gaya kepimpinan beliau telah menjadikan seluruh lapisan keahlian menerima dan terus memartabatkan kepimpinan ulama dalam Pas.

Allahyarham telah berjaya memantapkan paksi perjuangan Pas sebagai parti politik Islam, gerakan dakwah dan harakah Islamiah melalui konsep kepimpinan ulama.

Yusof Rawa juga berusaha meletakkan semula Pas sebagai sebuah parti politik Islam yang berwibawa apabila menerajui Pas selepas tercetus pelbagai konflik dalam parti berkenaan sebelum itu.

Beliau sentiasa memberi ruang seluas-luasnya kepada tokoh dan tenaga muda pelapis Pas untuk melakar dan mencorakkan peta baru perjuangan Islam.

Di bawah kepimpinan beliau, berlakulah perubahan-perubahan besar dalam perjuangan Pas dan bermulanya era kepimpinan ulama yang dicetuskan oleh Dewan Pemuda ketika itu.

Majlis Syura Ulama diwujudkan dan berfungsi sebagai kuasa tertinggi dalam memantau dan memastikan perjuangan Pas tidak tersasar daripada garisan Islam. Sepanjang menjadi Mursyidul Am mulai 1987 hingga 1993, Yusof Rawa sentiasa memberi nasihat dan buah fikiran.

Malahan pada era itu seperti mana kata bekas Naib Presiden Pas, Datuk Nakhaei Ahmad, Allahyarham Fadzil dapat berfungsi dengan penuh berkesan.

''Allahyarham seorang yang sederhana dan tidak mudah menghukum sesiapa. Beliau hanya memberi nasihat jika perkara itu dibawa kepada Majlis Syura Ulama.

''Contohnya, jika ada sesuatu tindakan Pas bertentangan dengan Islam, maka beliau melalui majlis tersebut akan memberi nasihat, tetapi jika tidak, beliau menyerahkan sepenuhnya kepada Presiden parti untuk membuat keputusan,'' katanya ketika dihubungi.

Selain itu, walaupun Yusof Rawa memberi ruang luas kepada barisan kepimpinan pelapis untuk meneroka kerjasama politik dengan kaum bukan Islam dan merintis jalan ke aras penubuhan Majlis Perundingan Cina (CCC), namun Allahyarham sentiasa mempertahankan prinsip perjuangan Pas.

Sikap Yusof Rawa itu bersesuaian dengan salah satu ucapannya yang menegaskan, "Pas adalah jemaah yang meyakinkan bahawa Islam adalah satu-satunya kekuatan yang dapat membangunkan semula umat Islam, membebaskan golongan mustadh'afin dan menyelamatkan dunia daripada kehancuran dan kemusnahan.

"Jemaah yang lahir semata-mata atas kesedaran Islam yang tidak dipengaruhi oleh timur dan barat, tidak juga dipengaruhi oleh kepentingan ekonomi atau sosial tetapi jemaah yang meyakini kesejagatan dan kesempurnaan Islam. Jemaah yang meyakini bahawa Islam membawa pembangunan dan kemajuan umat manusia dalam semua bidang kehidupan."

Sebab itulah, Nakhaei menyifatkan Yusof Rawa adalah contoh terbaik dalam Pas kerana Allahyarham sentiasa menjaga tindak-tanduknya supaya tidak mengelirukan orang ramai tentang siapa lebih berkuasa dalam parti.

"Sekarang, kita lihat apa yang berlaku sebaliknya, Mursyidul Am bercakap lebih daripada Presiden dan kadang kala dilihat lebih berkuasa daripada Presiden," kata Nakhaei.

Bagaimanapun satu sumber dalam Pas memberitahu, ketika mula-mula dilantik sebagai Mursyidul Am pada tahun 1993 bagi menggantikan Yusof Rawa yang meletakkan jawatan, Nik Abdul Aziz berjaya memainkan peranan sebagai penasihat kepada parti dengan berkesan.

"Ketika itu Pas berada di bawah kepimpinan Fadzil Noor, Nik Abdul Aziz tidak membuat kenyataan atau tindakan yang dilihat boleh membayangi Presiden.

"Tetapi semuanya sudah berubah apabila Abdul Hadi menjadi Presiden, Nik Abdul Aziz dilihat semakin lantang. Saya berpendapat, beliau berniat baik dan melakukan demi untuk perjuangan Pas namun orang di luar tertanya-tanya siapa lebih berkuasa, Nik Abdul Aziz atau Abdul Hadi," kata sumber tersebut.

Perlembagaan Pas (Fasal 7 Perkara 5(a),(i) menyatakan Mursyidul Am bertindak sebagai Ketua Majlis Ulama Syura. Kuasanya adalah menetap dan mempengerusikan Majlis Ulama Syura dan melantik Setiausaha di kalangan ahli Majlis.

Di dalam Perkara 5(a),(iii) dalam Fasal yang sama menyebut, tugas Musyidul Am ini ialah 'mengambil apa-apa juga langkah yang perlu bagi mengawasi, memelihara dan dasar Pas dipatuhi dalam gerakan, kegiatan dan pentadbiran Pas.'

Berdasarkan kepada fasal itu jelaslah mursyidul am hanya bertindak sebagai seorang penasihat bukan sebagai penggerak dasar.

Ini memandangkan Fasal 23, Perkara (1),(a) (b)dan (d) Perlembagaan menyatakan, tugas menjalankan dasar adalah di bawah tanggungjawab Presiden dan Ahli Jawatankuasa Pas Pusat manakala Perkara (1)(a) dalam Fasal 23 itu menyatakan 'Presiden bertanggungjawab sebagai ketua bagi Menjalankan Pentadbiran, Gerakan dan Kegiatan Pas ....'

Perkara (1)(d) dalam Fasal 23 menyatakan 'Presiden perlu mengambil apa-apa jua langkah yang perlu untuk menjamin perpaduan, kesungguhan dan persefahaman ...'

Inilah peranan yang dijalankan oleh Yusof Rawa ketika beliau menjadi Mursyidul Am dahulu apabila bertindak sebagai penasihat bukannya melakukan tindakan sehingga menyebabkan timbul salah faham siapa lebih berkuasa dalam Pas.

Dalam soal ini, adalah wajar jika kepimpinan Pas memperbetulkan semula persepsi yang wujud dalam kalangan ahli-ahlinya supaya mereka memahami siapa lebih berkuasa dalam Pas.

Era kepimpinan Allahyarham Yusof Rawa ketika menjadi Mursyidul Am seharusnya dijadikan teladan oleh semua kepimpinan Pas supaya dapat menghapuskan persepsi bahawa parti itu ibarat 'ada dua nakhoda' dalam sebuah kapal.

Suara Politik
Taminsari

UFB-Peranan Dan Cabaran Dalam Merealisasikan Transformasi Negar

Thursday, October 18, 2012

Hassan Ali Tetap bersama PAS Lawan Anwarinas




Datuk Dr Hasan Mohamed Ali, yang dipecat oleh Pas Januari lalu berkata, beliau akan tetap bersama parti itu walaupun terus mendedahkan kepincangan yang berlaku dalam parti itu yang didakwanya hampir 75 hingga 80 peratus kepimpinannya dipengaruhi kumpulan Anwarinas.

"Saya akan tetap bersama Pas dan tidak akan menyertai Umno. Justeru, keputusan saya perlu dihormati semua pihak," katanya kepada Bernama selepas majlis dialog dengan penjawat awam anjuran Majlis Belia daerah di sini, hari ini.

Beliau merupakan bekas Pesuruhjaya Pas Selangor dan bekas Naib Presiden parti itu.

Dipetik Bernama hari ini, beliau yang juga Presiden Jalur Tiga (Jati) menyangkal dakwaan sesetengah pihak yang menuduhnya 'dibeli' Umno bagi mengadakan ceramah di pentas Umno di seluruh negara.

"Sehingga sekarang, saya berceramah adalah atas prinsip menegakkan Islam di negara ini walaupun terpaksa menggunakan belanja sendiri," katanya.

Berhubung dakwaannya mengenai kumpulan Anwarinas dalam Pas, beliau berkata, kumpulan itu kini bukan sahaja bertindak sebagai pelindung, penggerak malah sebagai jurucakap dalam Pas hingga menyebabkan kumpulan ulama semakin terpinggir dan tidak dipedulikan lagi.

Beliau berkata, ramai golongan ulama semakin diperkecilkan peranan mereka dan termasuk dipecat kerana lantang bersuara dalam memperjuang agama Islam.

"Justeru, orang ramai jangan hairan sekiranya dalam masa yang terdekat Pas akan memecat lebih ramai lagi golongan ulama termasuk (bekas Timbalan Presiden Pas) Nasharudin Mat Isa kerana memperjuangkan Islam," katanya.

Sumber:Sianar Harian


SPRM Wajar Segera Siasat PTSK & Kerajaan PAS Kelantan




Pada 8 Julai 2003, Kerajaan PAS Kelantan secara rasminya telah memeterai perjanjian dengan syarikat Liziz Standaco Sdn. Bhd. melibatkan jumlah pelaburan mencecah RM2 bilion bagi melaksanakan projek Pembangunan dan Pengindahan Tebing Sungai Kelantan (PTSK) di Lembah Sireh, Kota Bharu.
Melalui perjanjian yang dimeterai ini juga, Kerajaan PAS Kelantan perlu menyerahkan kira-kira 1,000 ekar tanah kepada pihak syarikat dan sebagai syarat serta balasannya, Liziz Standaco Sdn Bhd perlu memberi sumbangan dalam bentuk kewangan dan pembangunan fizikal yang bernilai lebih RM350.00 juta.

Menteri Besar Kelantan, Nik Aziz Nik Mat dan Timbalannya adalah antara pemimpin negeri yang menghadiri majlis pemeteraian perjanjian projek tersebut.

Dalam ucapannya di majlis tersebut, Nik Aziz mendakwa pembangunan di Lembah Sireh itu akan dilaksanakan itu dibuat mengikut kemampuan kewangan kerajaan negeri serta tidak membabitkan unsur pembaziran mahupun rasuah.

Hampir 10 tahun sudahpun berlalu, timbul persoalan sama ada benar tidak wujud unsur pembaziran, rasuah ataupun penyelewengan disebalik kelulusan projek ini? 10 tahun berlalu, tapi sebahagian besar projek masih tak terlaksana namun tanah sudah berpindah milik. Apa cerita?

Dalam Laporan Ketua Audit Negara 2011 bagi negeri Kelantan, ada mendedahkan realiti sebenar bahawa projek PTSK di Lembah Sireh itu hakikatnya penuh dengan pelbagai kelemahan meragukan malah masih terlampau banyak projek pembangunan yang dijanjikan tidak dilaksanakan.

Sehingga bulan November 2011, Laporan Audit juga mendedahkan Kerajaan PAS Kelantan telahpun menyerah hak milik tanah seluas 716.8 ekar secara pajakan 99 tahun yang bernilai RM318.29 juta kepada syarikat swasta tersebut tanpa melalui prosedur yang betul.

Menurut Laporan Audit, kebenaran proses pindah milik tanah itu telah dibuat melalui satu mesyuarat Jawatankuasa Pemandu PTSK 1/2002 yang dipengerusikan oleh Timbalan Menteri Besar ketika itu.

Tindakan Kerajaan PAS Kelantan yang secara cuai melakukan proses tukar hak milik tanah tersebut amat menimbulkan syak dan keraguan khalayak yang menuntut pihak SPRM serta pihak berkenaan melakukan siasatan terperinci bagi mendapatkan jawapannya.

Selain itu, sehingga kini juga beberapa projek pembangunan fizikal yang sepatutnya dilaksanakan oleh Liziz Standaco seperti sengaja tidak dilakukan konon atas alasan kenaikan kos bahan mentah dan sebagainya, sedangkan tanah seluas 716.8 ekar sudah menjadi hak milik syarikat swasta tersebut.

Projek pembinaan masjid yang bernilai bernilai RM20 juta, Jambatan Palekbang (RM150 juta) dan stadium tertutup wanita bernilai RM25 juta yang sepatutnya sudah siap dibina hingga kini bayang pun tidak kelihatan, sedangkan ia adalah antara syarat penting yang perlu dipatuhi selepas Kerajaan PAS Kelantan menyerahkan tanah seluas 716.8 ekar itu.

Hatta, syarat sumbangan kewangan RM15 juta oleh syarikat itu untuk Tabung Skim Perumahan Kos Rendah yang sepatutnya telah selesai dibayar pada Mac 2006, hingga kini cuma RM3 juta sahaja yang baru diperolehi.

Lapan bulan lalu, iaitu pada 15 Februari 2012, Timbalan Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yaacob dalam reaksinya ketika diminta mengulas rungutan orang ramai berhubung kemelut isu PTSK Lembah Sireh ini pernah memberi jaminan akan memberi jawapan rasmi selepas Laporan Audit dikeluarkan.

Sekarang Laporan Audit sudahpun dibentangkan, jadinya kita minta Kerajaan PAS Kelantan segera merangka jawapan konkrit bagi menjawab persoalan disebalik segala kelemahan yang berlaku ini.

Sementara itu, pihak berkuasa khususnya SPRM perlu pro aktif untuk menyiasat segala kelemahan projek pembangunan di Lembah Sireh ini, berkemungkinan benar dakwaan ramai memang wujud penyelewengan dan unsur salah guna kuasa dalam isu ini oleh pihak tertentu dalam Kerajaan PAS Kelantan.

Guan Eng Didesak Jelas Di Mana Baki Tabung Bumiputera Bernilai RM33.36 Juta???



Ketua Menteri, Lim Guan Eng diminta memberi penjelasan mengenai tindakannya tidak membelanjakan baki dalam Akaun Amanah Perumahan Bumiputera berjumlah RM33.36 juta bagi membina rumah mampu milik atau kos rendah untuk rakyat.

Berdasarkan Penyata Kewangan Kerajaan Negeri dan Pengurusan Kewangan Jabatan/Agensi Negeri Pulau Pinang Tahun 2011 dalam Laporan Ketua Audit Negara, jumlah tersebut merupakan peningkatan sebanyak RM12.25 juta atau 58 peratus berbanding RM21.11 juta pada tahun sebelumnya.

Setiausaha Sekretariat Perhimpunan Melayu Pulau Pinang, Mohd. Nor Suhaili Jamali berkata, wang itu sepatutnya dikembalikan semula kepada rakyat untuk dibina rumah mampu milik dan rumah kos rendah bagi golongan bumiputera.

“Kenapa mahu simpan duit itu?

“Kenapa tidak dibelanjakan semula untuk kebajikan rakyat bumiputera," katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Akaun Amanah Perumahan Bumiputera Pulau Pinang ditubuhkan pada September 2009 bertujuan mengakaunkan bayaran sumbangan yang disalurkan oleh kerajaan negeri, Kerajaan Persekutuan, pemaju atau pihak lain.

Ia bagi membolehkan kerajaan negeri melaksanakan aktiviti atau program yang berkaitan dengan pembelian atau pembangunan tanah, rumah, ruang komersial atau hartanah lain untuk manfaat penduduk bumiputera.

Tahun lalu, baki tabung berkenaan berjumlah RM33.36 juta iaitu meningkat RM12.25 juta atau 58 peratus berbanding RM21.11 juta pada 2010.

Peningkatan itu diperoleh daripada pemaju perumahan yang melepaskan kuota bumiputera pada 2010 berjumlah RM12.25 juta.

Mohd. Nor Suhaili menambah, Kerajaan DAP Pulau Pinang juga perlu mempamerkan maklumat rumah kuota bumiputera yang dibuka untuk jualan kepada bukan bumiputera seperti jenis dan lokasinya kepada orang ramai.

“Kerajaan negeri boleh siarkan senarai berkenaan dalam akhbar bulanan mereka iaitu Buletin Mutiara," ujarnya.-UTUSAN

PAS Diminta Tidak Lari Isu Sebenar!!!



SHAH ALAM –  Pas didakwa pengecut kerana  terlalu mengikut telunjuk DAP dalam pelbagai perkara termasuklah meninggalkan konsep negara Islam yang diperjuangkan sejak puluhan tahun kepada negara berkebajikan."

Ahli Majlis Tertinggi Umno, Dr Mohd Puad Zarkashi berkata, Pas tidak perlu  lari daripada isu sebenar sedangkan Umno tidak pernah mengatakan akan melaksanakan hukum hudud tanpa persetujuan semua pihak.

“Pas juga tidak melaksanakan hudud di Kelantan kerana takut setelah mendapat tentangan daripada DAP,” katanya.

Katanya, Umno adalah parti  realistik yang memberi keutamaan kepada pendidikan dan membasmi kemiskinan yang turut dituntut dalam Islam.

“Umno belum berkemampuan untuk melaksanakan hudud dan tidak timbul soal (Presiden MCA) Datuk Seri Dr Chua Soi Lek dalam isu ini,” katanya.

Sementara itu, Pengerusi Jawatankuasa Kerja Sekretariat Ulama Muda Malaysia (Ilmu), Fathul Bari Mat Jahaya mengingatkan Ketua Dewan Pemuda Pas, Nasrudin Hasan supaya jangan menuding jari menuduh Umno menikus apabila berhadapan dengan MCA dalam isu hudud.

“Saya fikir, lebih baik Pas meneliti semula kenapa mereka juga tunduk kepada DAP dan tidak perlu hanya menyalahkan Umno dan MCA berkenaan Islam,” katanya.

Fathul Bari berkata, bukan Islam tiada hak untuk merendah-rendahkan hukum hudud dan biarkan umat Islam sahaja yang berbicara mengenainya.

“Hudud adalah isu yang sangat jelas, tidak perlu dilaga-lagakan antara Umno dan Pas. Apabila umat Islam berpecah maka ada musuh yang akan mengambil kesempatan atas hukum tersebut,” katanya.

“Pada masa ini, kami masih dalam proses perbincangan bagaimana untuk memastikan Pas dan Umno bersatu demi Islam.  Kita harus kembali kepada asas Islam iaitu ke arah penyatuan umat dan mengetengahkan dasar-dasar agama,” katanya.

Katanya, apabila ada kritikan dan nasihat yang baik saya boleh terima dan bersifat secara positif meskipun ada perbezaan pandangan.

“Pas dan Umno tidak boleh bersikap keras kepala dalam proses untuk membina pembaharuan dan perlu tinggalkan segala perselisihan faham yang pernah berlaku kerana dengan bersatu musuh akan hormat pada  Islam,” katanya-SINAR

Wednesday, October 17, 2012

Hot!!! PAS Kedah Mahu Keluar Pakatan Rakyat??? Tidak Mahu Bersama DAP??



Dewan Ulama Pas Kedah membidas sikap DAP yang selalu tidak tahu menjaga sensitiviti umat Islam khususnya hati' ahli-ahli Pas apabila menentang undang-undang berunsurkan Islam dilaksanakan di negeri ini.

Setiausaha dewan itu, Syeikh Zainol Asri Ramli berkata, DAP tidak sepatutnya bertindak demikian kerana terdapat perkara yang Pas boleh berpakat dengan DAP dan ada juga perkara yang tidak boleh, dalam pakatan pembangkang.

"Pada saya, kita (Pas) nak jaga sangat DAP tetapi DAP tidak jaga hati kami. Sebenarnya kerjasama dalam pakatan (pembangkang) bersifat longgar dan fleksibel kerana ada benda yang boleh dan ada benda yang tidak boleh kita berpakat," katanya kepada Utusan Malaysia ketika dihubungi di sini hari ini.

Beliau mengulas kenyataan Pengerusi DAP, Lee Guan Aik semalam yang menegaskan DAP tidak sekali-kali akan membenarkan undang-undang berunsurkan Islam dilaksanakan di negeri ini termasuk pelaksanaan garis panduan papan iklan oleh Majlis Bandaraya Alor Setar (MBAS).

Guan Aik berkata, DAP membantah garis panduan itu yang antaranya menggunakan model berpakaian sopan dan perlu bertudung jika beragama Islam manakala model bukan Islam perlu berpakaian sopan.

Baru-baru ini, Datuk Bandar MBAS, Datuk Mat Noh Ahmad berkata, garis panduan yang akan dikuatkuasa tahun depan itu meliputi penggunaan bahasa, landskap dan pakaian model iklan iaitu tidak membenarkan model beragama Islam berpakaian mendedahkan aurat.

Syeikh Zainol Asri berkata, Pas tidak perlu berbincang dengan DAP untuk mendapatkan persetujuan melaksanakan garis panduan berkenaan kerana menutup aurat hanya berkaitan masyarakat Islam sebagaimana dituntut ajaran Islam.

"Memang isu ini kalau dilihat ada kesan kepada politik Pas tetapi ini bukan soal politik semata-semata tetapi ia adalah kehendak Islam tanpa mengira fahaman politik," katanya.

Justeru beliau menyokong garis panduan MBAS itu kerana ia adalah sebahagian kaedah dakwah untuk masyarakat Islam dan pada masa yang sama seiring dengan kehendak ahli-ahli Pas di peringkat akar umbi.

Sementara itu, Ketua Pemuda Pas Kedah, Ahmad Yahya berkata, sayap parti itu turut menyokong langkah MBAS memperkenalkan garis panduan berkenaan kerana ia menepati kehendak agama dan budaya masyarakat masyarakat timur.

"Langkah itu juga menepati kemahuan semua kaum sebab dalam dunia tidak ada mana-mana kaum yang mahu iklan tidak sopan malahan ramai juga yang membantah iklan yang mengeksploitasi wanita," katanya sambil mengucapkan tahniah kepada MBAS.-UTUSAN



Suara Anak Haram Terus Kantoi Fitnah DS Najib!!!



SUARAM ‘ditampar’ lagi dengan berita penolakan mahkamah Perancis terhadap permohonan mereka untuk menjadi plaintif bagi dakwaan rasuah dalam pembelian kapal selam scorpene.

Seperti yang diketahui, SUARAM, iaitu pertubuhan yang diterajui pemimpin-pemimpin pembangkang serta didalangi oleh Yahudi dan penyangak matawang telah membuat aduan kepada mahkamah Perancis bahawa terdapat unsur-unsur rasuah yang jelas dalam pembelian kapal selam scorpene.


Dan mengikut undang-undang negara tersebut, semua aduan perlu diterima dan disiasat sewajarnya oleh hakim penyiasat.  Sekiranya aduan tersebut didapati berasas, maka kes tersebut mungkin dibawa ke mahkamah.

Dan hari ini, terdedah sudah bahawa mahkamah Perancis telah menolak permohonan SUARAM sejak dari awal lagi iaitu pada 13 Mac 2012.  Ini bermakna, setelah membuat pertimbangan atas permohonan SUARAM, mahkamah mendapati bahawa aduan tersebut adalah tidak berasas dan tidak wajar untuk dilayan.

SUARAM bagaimanapun, memfailkan semula aduan yang sama di mana jawapannya masih belum diterima sehingga kini.  Dalam ertikata lain, aduan ditolak dan tiada kes yang difailkan.

Justeru, dari mana datangnya kisah mengenai perbicaraan?  Sepina?  Saksi dan dokumen bukti?  Dari imaginasi Anwar?  Atau dari imaginasi Soros?

Malah, akhbar Suara Keadilan 9 Oktober 2012 masih lagi memomokkan rakyat dengan menyiarkan senarai tujuh saksi, termasuk Perdana Menteri dan kononnya sepina telah diterima oleh salah seorang saksi.

Kadangkala kita hairan, sejauh manakah lagi SUARAM ingin memperbodohkan rakyat?   Bukankah tindakan mereka meneruskan penipuan yang telah terdedah berkali-kali, menunjukkan bahawa merekalah sebenarnya yang bodoh?

Jelas sekali di sini bahawa pihak Yahudi yang menjadi dalang di belakang SUARAM benar-benar memandang rendah terhadap intelektualiti rakyat Malaysia.  Sangka mereka, kita semua boleh ditipu hidup-hidup hanya kerana ada segelintir yang berjaya diperdaya mereka.

Atas perancangan Yahudi, SUARAM telah melakukan penipuan secara besar-besaran yang mana ia bukan sahaja membabitkan mahkamah dan juga kerajaan kepada dua buah negara tetapi juga wang yang bukan sedikit.  Bayangkan, berapakah upah peguam-peguam tersohor luar negara yang mana salah seorangnya adalah juga peguam kepada George Soros sendiri.  Mereka ini semuanya meletakkan bayaran mengikut jam dan bukannya mengikut kes.  


Ini belum termasuk kos sampingan seperti penginapan, pengangkutan bagi peguam-peguam terbabit dan juga pegawai-pegawai SUARAM untuk berulang-alik antara Perancis-Malaysia dan juga Thailand dan kini Singapura dan entah ke mana lagi yang dipilih oleh SUARAM untuk membuat sidang media atau kenyataan mengenai kes yang tiada kes ini.

Kita sedia maklum bahawa SUARAM menerima dana secara langsung dua dari rangkaian operasi pertukaran rejim di bawah pihak yang pada hakikatnya sedang menguasai dunia.   Oleh itu, kos yang tinggi bagi mencipta dan meneruskan satu penipuan bukanlah sesuatu yang mustahil untuk dilaksanakan oleh SUARAM dengan pihak ini sebagai dalang.  Atau, secara dasarnya, bolehlah dikatakan bahawa SUARAM mempunyai dana yang tiada hadnya.

Dan ini membawa kepada satu lagi persoalan iaitu dengan dana yang sebegitu banyak, kenapakah SUARAM perlu menganjurkan program-program untuk mengumpul dana dari rakyat Malaysia untuk menampung penipuan mereka?  Perkara ini boleh dirujuk sendiri di laman rasmi pertubuhan itu, di mana mereka telah beberapa kali menganjurkan makan malam mengumpul dana kononnya untuk digunakan bagi ‘mendapatkan keadilan dalam kes scorpene’.


Memandangkan kes scorpene sebenarnya tidak wujud, maka ke manakah semua dana tersebut dibelanjakan?  Atau ke poket siapakah ianya disimpan?  

Mana-mana rakyat yang terpedaya menyumbang wang kepada SUARAM untuk menampung kos kes yang tiada kes ini, wajar tampil ke hadapan untuk menuntut kembali wang mereka.  Cukup-cukuplah minda anda terpedaya dengan penipuan SUARAM tetapi janganlah sampai terpaksa membayar pula untuk menampung kos penipuan itu.  Kalaupun begitu benci dengan kerajaan, janganlah sampai memperbodohkan diri sendiri.