Saturday, March 16, 2013

Lagi Akibat Keceluparan Tian Chua, Pemimpin Dalaman Parti Mula Kecewa???


pengkhianat-tian-chua

Kenyataan Naib Presiden PKR, Tian Chua yang mendakwa pencerobohan pengganas Sulu di Lahad Datu, Sabah merupakan sandiwara Umno, akhirnya mula memakan dirinya. Terutamanya dalam memastikan dirinya terus terpilih sebagai calon yang mewakili PKR dalam Pilihan Raya Umum Ke -13 (PRU13).

Timbul cakap-cakap di kalangan pemimpin dalaman parti itu sejak beberapa hari lalu yang dikatakan mula melahirkan rasa kecewa ekoran tindakan bodoh Tian Chua itu, kerana telah merugikan pakatan pembangkang khusunya PKR.

Tambah membimbangkan mereka, bilamana penurunan mendadak sokongan pengundi di kalangan anggota polis dan tentera yang sebelum ini, dilihat mula beralih kepada pakatan pembangkang.

Namun ekoran perkembangan di Lahad Datu, pakatan bukan sahaja bakal kehilangan undi anggota polis dan tentera, namun akan turut menyaksikan penurunan sokongan di  kalangan keluarga, sanak saudara dan golongan atas pagar dari kumpulan tersebut.

Kegagalan Tian Chua dalam menjaga sensitiviti tersebut, dilihat akan memberikan kesan terhadap calon-calon PKR yang bakal diletakkan bertanding khususnya di kawasan yang mempunyai peratusan majoriti undi Melayu. Malah menurut sumber tersebut, penurunan secara mendadak sokongan rakyat di Sabah juga amat merungsingkan, kerana sebelum ini, mereka hampir pasti dapat merampas negeri tersebut dari pengaruh BN/Umno.

“Kenyataan bodoh Tian Chua itu, akan menyebabkan ramai calon-calon ‘favorite’ PKR ‘tersungkur’, malah kalau Ketua Umum (Anwar Ibrahim) gagal menjelaskan dan menarik kembali sokongan rakyat boleh menyebabkan Pas dan DAP turut menerima kesan yang sama” menurut sumber tersebut yang meminta agar identitinya dirahsiakan.

Menurutnya lagi, sebelum ini dia yakin akan dapat mempertahankan kerusi yang dimenanginya pada pilihanraya yang lalu, namun ekoran kenyataan tersebut telah menyebabkan ramai dikalangan pengikut dan penyokongnya mula menjauhkan diri. Untuk rekod, beliau sebelum ini adalah merupakan salah seorang ahli parlimen yang bertanding atas tiket PKR di salah sebuah negeri di Pantai Timur.

Seorang lagi pemimpin PKR yang ditemui menjelaskan, hasil kajian dan analisa yang dilakukan melalui media-media sosial seperti Facebook, Twitter, Instigram dan sebagainya juga melihatkan penurunan sokongan pengundi atas pagar khususnya generasi muda.

Walaupun pada mulanya mereka hanya ingin melahirkan rasa simpati terhadap apa yang telah terjadi, namun kegagalan pimpinan PKR dalam menjawab kembali semua dakwaan yang dilemparkan telah memburukkan keadaan. Ia kerana tragedi berdarah ini,  telah memakan masa yang agak lama dan menelan angka korban yang ramai khususnya di kalangan anggota keselamatan. Maka perasaan simpati mereka, telah bertukar kepada tanda tanya dan persoalan yang akhirnya telah menyebabkan mereka mula sangsi dengan pakatan pembangkang.

Menurut sumber tersebut, ada dikalangan ahli dan penyokong akar umbi yang telah mula mendesak pimpinan kawasan agar mengusulkan kepada pimpinan PKR pusat agar mengugurkan Tian Chua dari senarai calon PKR. Ia bagi mengelakkan isu tersebut terus digunakan dan dimainkan oleh media BN/Umno untuk menarik undi simpati.

“Sesuatu perlu dilakukan oleh pimpinan PKR pusat, kerana isu Tian Chua telah mula menjadi liabiliti kepada parti” katanya.

Beliau turut mengharapkan agar Perdana Menteri tidak mengambil keputusan untuk membubarkan parlimen dalam masa yang terdekat. Ini kerana, PKR memerlukan sedikit masa untuk memastikan jentera penerangan dapat digerakkan secara menyeluruh bagi membetulkan keadaan.

“Kalau (Datuk Seri) Najib bubar Parlimen, sebelum pimpinan PKR pusat sempat mengerakkan jentera bagi membetulkan keadaan, maka PKR bakal berhadapan dengan satu masalah yang besar” katanya lagi.

1 comment:

  1. KEPADA BN 4 WANGSA MAJU AKU INGIN MEMOHON BANTUAN KAMU MEMBERITAHU NAJIB KEPENTINGAN MASA DEPAN UMNO, ORANG MELAYU DAN PRU 13 IAITU:
    Pulangkan Kerusi Majoriti Melayu Kepada Umno
    Umum sedar dan maklum bahawa PRU13 merupakan pertandingan hidup dan mati survival BN dalam pemerintahan Malaysia.

    Johor yang merupakan tanah kelahiran dan kubu kuat Umno telah diserang bertalu-talu dalam usaha pembangkang meruntuhkan negeri yang merupakan mercu tanda dan kubu kuat Umno ini.

    Rata-rata rakyat terutama bangsa Melayu di Johor setakat ini masih kekal setia dengan Umno. Sekurang-kurangnya 80% daripada pengundi Melayu di negeri ini masih menyatakan taat setia kepada Umno yang sudah sebati menjadi sebahagian daripada tradisi rakyat Johor.

    Namun faktor calon juga memainkan peranan penting dalam menentukan kemenangan pada PRU13 kelak. Sudah berulangkali pimpinan Umno peringkat bahagian dan cawangan yang merayu agar kerusi majoriti pengundi Melayu dipulangkan kembali kepada Umno.

    Permintaan ini bukanlah kerana mengejar status YB tetapi demi ahli-ahli Umno yang sudah banyak berkorban kepada parti komponen lain.

    Selain itu calon mestilah disenangi penduduk setempat dan bukan dijadikan calon atas faktor 'rapat' dengan pemimpin tertentu.

    Cukuplah kes undi protes akibat faktor calon yang berlaku di Sg Abong pada PRU lepas walhal kerusi tersebut boleh dikatakan antara kerusi selamat kerana majoriti pengundi Melayu melebihi 50%.

    Antara kerusi yang perlu diberikan kembali kepada Umno ialah P148 Parlimen Ayer Hitam dan P151 Parlimen Simpang Renggam. Ini kerana kedua-kedua parlimen ini memiliki pengundi Melayu melebihi 55%.

    Malah beberapa Dun juga perlu diberi ruang kepada yang lebih layak mengikut komposisi pengundi majoriti.

    Antara yang kritikal ialah Dun Tenggaroh yang memiliki lebih 80% pengundi Melayu, Dun Pulai Sebatang yang memiliki 60% pengundi Melayu serta Dun Pemanis dan Dun Gambir yang memiliki komposisi 55% pengundi Melayu.

    Semua Dun dan Parlimen ini antara kerusi yang boleh dikekalkan jika diletakkan calon Umno dan kemungkinan boleh tewas jika diletakkan calon bukan Umno.

    Ini belum lagi dilakukan analisis menyeluruh kerana mungkin ada lagi beberapa kerusi parlimen dan dun yang perlu difikirkan semula calon yang sesuai mengikut kehendak pengundi majoriti.

    Terdapat sebilangan pengundi yang masih setia dengan logo dacing, dan terdapat sebahagian terutama pengundi baru yang memandang sinis terhadap parti komponen akibat beberapa kenyataan yang menyinggung perasaan bangsa Melayu dan umat Islam.

    Kelompok ini samada tidak akan keluar mengundi atau akan memberi undi rosak yang secara tidak langsung akan menjejaskan peluang kemenangan Umno dan BN di tempat tersebut.

    Pengundi Umno Johor yang terkenal sebagai penyumbang setia undi tetap kepada BN kian letih dilambakkan calon yang hanya mahu menang atas tiket pimpinan tertinggi parti komponen tetapi lupa menjaga sensitiviti pengundi dan menjaga kawasan.

    Kini sudah sampai masanya BN membalas budi dengan meletakkan semula calon pilihan pengundi majoriti di Parlimen dan Dun agar Johor kekal sebagai kubu terkuat Umno di Malaysia.

    *Ini merupakan pendapat peribadi penulis dan bukannya kenyataan rasmi daripada Badan Perhubungan Umno Negeri Johor*

    ReplyDelete