Thursday, March 28, 2013

Menjawab Manifesto Video Turun Harga Kereta



Pakatan Rakyat yang diketuai Parti Keadilan Rakyat (PKR) sudah mengeluarkan video manifesto mereka. Awal minggu ini dikeluarkan video turun harga kereta. Seperti semua sedia maklum mereka ingin menurunkan kadar cukai eksais kenderaan secara berperingkat dan kesan ini akan merendahkan pendapatan Negara untuk mentadbir urus bumi bertuah ini.
Menurut orang kanan mereka iaitu Rafizi Ramli, kesan penurunan pendapatan ini akan dapat ditampung dengan melelong permit import (AP) di pasaran.

Harus rakyat sedar, apabila AP ini dilelong, hanya mereka yang kaya raya sahaja akan berpeluang membida AP. Konsep lelong itu mudah, siapa yang membida dengan harga lebih tinggi pastinya mereka yang akan menang ke atas lelongan itu. Tindakan melelong ini tidak ubah seperti menutup peluang mereka yang berkemampuan mendapatkan AP dan AP hanya akan dikuasai oleh golongan kaya raya dan berkemungkinan krooni Pakatan Rakyat.


Lebih menarik apabila berbicara tentang video turun harga minyak. Bagi video turun harga minyak pula Pakatan Rakyat ingin turunkan harga minyak kepada RM1.50 seliter. Menurut Rafizi Ramli kadar subsidi tambahan yang perlu ditampung kerajaan hanyalah RM6.8billion setahun dan ianya mampu ditampung dengan mengalihkan subsidi PETRONAS sebanyak RM8billion yang disalurkan kepada syarikat IPP Ananda Khrisnan, Genting Group, YTL & Syarikat milik Syed Mokthar Albukhary.


Rafizi telah melakukan pelbagai pengabaian statistik didalam video tersebut:-

PERTAMA: Rafizi menyatakan menurut statistik International Energy agency (IEA) rakyat Malaysia menggunakan 10.3 billion liter petrol dan 6.3 billion liter diesel SETIAP TAHUN. Perkataan SETIAP TAHUN itu menunjukkan Rafizi mengabaikan peningkatan penggunaan petrol oleh rakyat Malaysia. Tinjauan di laman web IEA menunjukkan statistik terbaru adalah statistik pada tahun 2009. Oleh itu nilai subsidi tambahan bukan hanya RM6.8billion setahun seperti yang didakwa Rafizi tetapi lebih.




KEDUA : Minyak yang hendak diturunkan ini adalah RON95 atau RON97. Yakinlah Rafizi sengaja tidak menspesifikasikannya kerana ingin mengelirukan rakyat. Kelak beliau akan menyatakan bahawa beliau tidak menjanjikan minyak jenis apa yang ingin diturunkan.Akhirnya rakyat akan tertipu sekali lagi dengan manifesto mereka seperti mana rakyat teripu dengan manifesto di Selongar yang popular dengan kenyataan Menteri Besar Selangor iaitu “Manifesto Bukan Janji”.


KETIGA : Subsidi tambahan setiap tahun yang dinyatakan Rafizi hanya RM6.8billion itu telah mengabaikan pergerakan harga minyak yg bergerak pantas naik dan turun di pasaran dunia masa kini. Seandainya harga minyak secara tiba-tiba naik mendadak, seperti yang berlaku pada tahun-tahun yang lalu, adakah nilai subsidi tambahan itu masih kekal statik pada nilai RM6.8billion. Ianya mampu melangkau melebihi subsisdi PETRONAS RM8billion yang ingin dialihkan itu. Jika itu berlaku, duit dari mana lagi akan Rafizi dan Pakatan korek untuk menuhi janji populis mereka itu.

KEEMPAT: Berkaitan RM8billion subsidi PETRONAS yang ingin dialihkan oleh Rafizi daripada empat syarikat besar Negara itu adalah langkah yg tidak bertanggungjawab. Kehilangan subsidi akan merencatkan perniagaan empat syarikat gergasi ini. Kesannya pasti ramai pekerja akan kehilangan pekerjaan apabila perniagaan empat syarikat gergasi ni terjejas kerana pengalihan subsidi tersebut.

Ingatlah, malapetaka ekonomi seluruh dunia semuanya berpunya apabila terjejasnya perniagaan syarikat-syarikat gergasi di negara berkenaan. Sudahkah Rafizi menyediakan pekerjaan alternatif kepada mereka yang akan kehilangan pekerjaan hasil tindakan mengalihkan subsidi itu.


Mahukan anda melihat Malaysia juga lumpuh kerana terjejasnya syarikat yang merangsang ekonomi Negara. Perkara itu juga berlaku hanya ingin memenuhi janji populis pihak pembangkang? Terserah kepada anda untuk fikirkan. Anda bakal ada anak yang akan menwarisi Negara ini.
Kita tunggu pula video-video mansuh PTPTN dan Mansuh Tol.. Kita lihat berapa banyak lagi mengabaian statistik dan mengabaian kesan masa depan yang akan dilakukan oleh pihak Pakatan Rakyat. Untuk berkuasa janji yang akan memusnahkan masa depan dan pekerjaan rakyat pun sanggup dilakukan. Semoga rakyat terus dan terus berfikir

7 comments:

  1. ada juga inisiatif nak membantu rakyat. kiranya dlm hati bn hanya nak naikkan harga utk kerajaan. kerajaan utk rakyat atau rakyat utk kerajaan?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Setakat inisiatif x leh jd makanan bro...perlaksanaan kna ada...sbb rakyat nk hasil bukan setakat ceramah dan atas kertas je....setidaknya bantu la ibu2 tunggal dulu...bukan ke itu satu inisiatif yg bagus utk mereka??
      Cakap senang laaaa....

      Delete
  2. relax la manifesto bkn janji pun..

    ReplyDelete
  3. BN lagi banyak inisitif yang dah terbukti berjaya dilaksanakan. BR1M, KR1m, Voucher buku, program GTP...PR ada buat apa2 tak kat negeri tadbiran meke selama 5 tahun ni? Itu pon ada hati nak buat janji baru bermodalkan AIR LIUR

    ReplyDelete
  4. AnonymousMarch 28, 2013 at 11:04 AM
    Inisiatif nk bantu rakyat.utk berapa lama? setahun? dua tahun? lepas tu negara lingkup. habis kerajaan BN sebelum ni tak bantu rakyat ke dgn subsidi yg di bagi selama ni? fikir sikit bila bercakap ngokk

    ReplyDelete
  5. aku rasa BN dah banyak bagi inisitif.. hospital percuma ..subsidi sana sini.. apa yang PR buat tu cuma dia nak try mana2x yang BN tak kasi lagi.. Aku kalau kaedah apa yang PR buat ni tak menjejaskan ekonomi confirm BN aku cuba tiru.. tapi PR maybe tak fikir kesan lain. Sama mcm aku kasi ko 100ribu suruh buat umah.. lepas selesai ko buat umah nanti ada plak mamat ckp .. kalau ko kasi aku 100k ni aku bleh buat mcm2x lagi..so cakap bleh la.. tapi apa hasil kat kelantan.. penang.. kedah.. selangor.. Selangor yang kaya tu pun sampai la ni satu pembangunan pun takde.. semua hasil kerja BN dulu.. kata duit banyak.. takkan simpan je.

    ReplyDelete