Wednesday, March 6, 2013

Nasharuddin Tantawi Nak Hantar Pemuda PAS Ke Medan Tempur Lahad Datu??




Salam 2 all.

Teman menghargai kenyataan Ketua Dewan Pemuda PAS Nasharuddin Hasan At-Tantawi yang menyatakan kesediaan beliau menghantar ahli-ahli PAS ke medan tempur di Lahad Datu dan lain-lain demi mempertahankan negara daripada pencerobohan pengganas dan anasir subversif asing daripada Filipina.

Cuma teman agak musykil dengan kenyataan Nasharudin ini dengan satu persoalan: pasukan asykar mana yang dia bercadang nak hantar tu? Dewan Pemuda PAS? Unit Amal PAS?

Kalau takat nak hantar Dewan Pemuda atau Unit Amal, teman rasa lebih baik dok jaga markas PAS aje lah. Takat kepakaran kutip derma masa ceramah, atau tukang takbeer masa penceramah dok maki hamun orang lain (termasuk bertakbeer bila penceramah harbi DAP maki orang Melayu), atau takat kepakaran buat demo haram ikut Ambiga tu, elok dok rumah ajelah. Kang tak pasal polis dan tentera kita yang sedang sibuk berperang terpaksa jaga keselamatan dema pulak dah!

Pada teman, kenyataan Nasharudin Tantawi ni menepati pepatah Melayu, "cerdik tak boleh diajar, bodoh tak boleh diikut".

Tugas menjaga keselamatan negara, termasuk berdepan dengan musuh luar adalah tanggungjawab khusus pasukan Polis DiRaja Malaysia dan Angkatan Tentera Malaysia. Mereka ada pasukan yang terlatih dalam bidang masing-masing dan mempunyai kepakaran tersendiri.

PDRM ada Pasukan Gerakan Am, Pasukan Gerak Khas, Komando Vat 69, Unit Tindakan Khas, Unit Cawangan Khas, Pasukan Khas Senoi Praq, Pasukan Simpanan Persekutuan dan banyak lagi unit-unit yang cukup terlatih dan mempunyai kepakaran tersendiri.

Disebelah ATM jangan cakap lagilah, selain pasukan regular saperti Rejimen Askar Melayu DiRaja (yang kawan Nasharudin Tantawi cauvinis biaDAP berangan sangat nak bubar dan hapuskan), ada pasukan Renjer, Rejimen Gerak Khas, Rejimen Askar Wataniah, Rejimen Kor Jurutera, dan macam-macam lagi. Kita ada TLDM dengan pelbagai pasukan termasuk Pasukan elit PASKAL, pasukan kapal selam KD Tun Razak (yang kekawan Nasharuddin fitnah tidak boleh menyelam), TUDM dengan Skyhawk dan F-16, dan banyak lagi yang masih belum digunakan dalam gerakan Ops-Daulat!

Pendek cerita, walaupun kita menghargai kesediaan Nasharudin Tantawi beriya nak berjihad dan nak mati syahid di Lahad Datu, kita sudah punya pasukan yang lebih daripada mencukupi untuk menangani masalah pencerobohan pengganas Sulu ini.

Apa yang penting, Nahsarudin Tantawi dan yang sewaktu dengannya perlu faham, pencerobohan oleh anasir pengganas dan subversif Sulu ini bukan satu peperangan, tetapi perlakuan jenayah. Ianya adalah jenayah untuk menceroboh negara kita yang berdaulat dan merdeka, ianya adalah satu jenayah untuk membunuh pasukan polis yang menjaga keselamatan negara. Kita sedang berhadapan dengan penjenayah, bukan pasukan tentera sebuah negara.

Sebab itu pihak Polis yang mengendalikan kes ini bukan pasukan tentera (walaupun ATM sedang membantu polis berdasarkan kerjasama strategik Blue-Ocean Strategy). Sama saperti kes pencerobohan Al-Maunah (kebetulan ahli parti Nasharudin yang banyak terlibat), kes pencerobohan Sulu adalah kes jenayah, dan saperti kes jenayah lain, ianya harus dikendalikan oleh pasukan PDRM.

Selanjutnya pada teman, daripada Nasharudin Tantawi sibuk konon nak perang jihad di Lahad Datu, eloklah Nasharudin Tantawi dan yang sewaktu dengannya pergi berperang jihad dengan Tian Chua, rakan sekongkol Nahsarudin Tantawi daripada parti manusia rosak akhlak Anwar Ibrahim!

Nasharudin Tantawi tentu sudah tahu bagaimana rakan sekatil sebantal beliau menghina pihak polis dengan mendakwa pencerobohan anasir pengganas dan subversif Sulu adalah konspirasi UMNO. Sehinggakan ada anggota dan pegawai polis yang terkorban pun nak dipolitikkan oleh rakan sebantal Nasharuddin Tantawi. Inilah politik paling sial yang pernah teman tengok dimainkan oleh haiwan politikus negara ini.

Jadi kalau Nasharuddin Tantawi berasa nak berperang jihad sangat, teman nasihatkan Nasharuddin Tantawi eloklah pergi berperang dengan rakan sebantalnya itu. Pada teman, pihak keselamatan, terutama ahli keluarga anggota polis yang terkorban akan sangat menghargai jasa Nasharudin Tantawi jika dia mengangkat pedang jihad dan bertakbeer menentang Tianchua, dan kalau jumpa dia elok Nasharuddin melempang Tianchua dua tiga kali sambil bertakebeer sakan!

Jangan Nasharudin jadi macam Nik Aziz, ketua Majlis Syura PAS yang pergi kerumah Karpal Singh membawa pisau; yang teman ingatkan nak pergi lempang Karpal Singh kerana mempertikaikan keputusan Syura PAS melarang penggunaan kalimah ALLAH oleh kristian dimana Nik Aziz pengerusinya; rupa-rupanya Nik Aziz pergi rumah Karpal bawak pisau untuk potong kek sambut birthday dihari Taipusam!

Atau elok juga Nasharuddin Tantawi mengajak Angkatan Takbeer PAS berperang dengan Anwar Ibrahim, Lim Guan Eng, Lim Kit Siang dan Karpal Singh yang bertegas mahu kristian dibenarkan menggunakan kalimah ALLAH sapertimana perisytiharan yang turut ditandatangani (malah disediakan) oleh ketua Nasharudin Tantawi sendiri Hadi Awang pada 08 Januari 2013!

Sedangkan Nasharuddin Tantawi tahu keputusan itu bukan sahaja bertentangan dengan syara', malah bercanggah dengan pendirian Majlis Syura parti Nasharuddin Tantawi sendiri! Malah kata Timbalan Mursyidul Am Dr Haron Din, adalah syirik dan kufur untuk membenarkan kristian menggunakan kalimah ALLAH kerana ini soal aqidah. Sampai Dr. Haron Din kata akan pertahankan kalimah ALLAH sehingga habis nyawa!

Jadi nasihat teman kepada Nasharuddin Tantawi, daripada mike sibuk nak hantar Angkatan Takbeer PAS ke Lahad Datu, eloklah mike hantar Angkatan Takbeer PAS berjihad menentang Anwar Ibrahim, Guaneng, Kitsiang, Karpal Singh, dan mungkin juga Hadi Awang (kerana sampai hari ini tak tarik balik kenyataan bersetuju dengan Anwar & Kitsiang kristian boleh pakai kalimah ALLAH, malah Anwar sampai kata baru ni Hadi Awang yang sediakan text persetujuan tersebut)!

Pada teman, kalau ditakdirkan Nasharudin Tantawi dan Angkatan Takbeer PAS terkorban semasa perang menentang Anwar, Guan Eng, Kitsiang dan Karpal Singh demi mempertahankan kalimah ALLAH yang disyirikkan, insyallah Nasharuddin Tantawi boleh digolongkan sebagai mati syahid!

Dan Nasharuddin Tantawi akan berjasa besar kepada negara dan rakyat Malaysia kalau dia boleh mengetuai Angkatan Takbeer PAS ke Filipina untuk mendesak dan mencari kebenaran lapuran media Filipina yang mendedahkan siasatan Bahagian Risik Filipina yang membongkar dalang sebenar disebalik serangan anasir pangganas subversif Sulu menceroboh Malaysia.

Lapuran tersebut secara jelas mendedahkan penglibatan kalipah yang disanjung oleh parti Nasharuddin Tantawi sebagai dalang dan barua kepada insiden ini. Negara dan rakyat Malaysia pasti akan berbangga dan bersyukor jika Nasharuddin Tantawi dan Angkatan Takbeer PAS membongkar rahsia yang didedahkan oleh media Filipina tersebut! Dan jika lapuran media Filipina itu didapati benar, negara akan sangat berbangga jika Nasharuddin Tantawi dan Angkatan Takbeer PAS mengisytiharkan perang jihad dan sanggup mati syahid menentang pengkhianat dan petualang negara ini!

Oh ya sebelum lupa, mungkin Nasharuddin Tantawi boleh menasihatkan beberapa orang rakan taulan dia dalam PAS yang begitu ghairah dan seronok menggunakan gelaran Datu (yang ditukar sendiri oleh dema lepas itu menjadi Datuk) yang konon ceritanya dianugerahkan oleh mereka yang mengaku Sultan Sulu. Teman dengar cerita dalam kepimpinan PAS pun ada yang yang pakai gelaran palsu yang tak diiktiraf ini!

Jadi Nasharuddin Tantawi, mike sebenarnya ada banyak kerja lagi nak buat. Jadi eloklah mike fikir semula niat dan cadangan nak hantar rejimen Angkatan Takbeer PAS berjihad ke Lahad Datu. Mike pun takde asykar nak hantar, yang ada pun pasukan takbeer dan pasukan demo haram.

Biarlah pasukan PDRM & ATM kita menyelesaikan masalah pertahanan negara ini.  Mike selesaikanlah masalah parti mike sendiri. Berjihad menentang pemimpin dan rakan sekongkol mike yang zalim, mungkar dan maksiat ini lebih baik daripada mike berangan nak berjihat di Lahad Datu itu.

Yang baik datangnya daripada ALLAH, yang tidak kelemahan teman sendiri. Moga ALLAH meneguhkan aqidah dan iman kita, dan menjauhkan kita daripada syirik dan kekufuran.

Wallahua'lam & Wassalam.

Adios amigos, grasias senor.

Zulkifli Bin Noordin
Rabu
23 Rabi'ul Akhir 1434
06 Mac 2013

12 comments:

  1. Rumah dah siap pahat berbunyi.

    Untuk lawatan sambil belajar boleh lah kot PAS datang. Itu pun kalau Tentera dan Polis bagi masuk.

    Bab pakai senjata melekat ke badan pandai lah dorang.

    Harta berkoyan sayang tu takut taks sempat belanja kalau mati.

    PAS. Parti Asyik Sial

    ReplyDelete
  2. boleh tp bagi jalan kat dia..semangat dah ada cuma takut semangat semangat dah tp xleh nak g...sempat lagi..hantar semua unit amal ke kem wataniah yg berdekatan..jalani latihan dulu..kita tgk berapa org bertahan bpa org angkat tangan..nanti ustaz tembak 5 butir peluru sangkut naya je..ustaz nak bergerak xkan nak guna panduan pokok sawit je..lepas perang sebuk nak cari unit amal x dpt keluar sbb x jumpa jalan..nanti ustaz nak mintak bantuan tembakan mcmana?xkan guna hp blackberry..meriam nak tembak xda golf romeo nanti tertembak kat unit amal udah..nanti ustaz ckp BN saja nak aniaya unit amal pulak..saya bkn BN ustaz tp bekas tentera je..mcm nak tergelak je ustaz..sepatutnya ustaz ambil iktibar dari kes ni..bersama2 kita galakkan anak muda x kira peringkat mana dan apa ideologi dia jalani latihan tentera..peperangan di pakistan berbeza ustaz sbb bentuk mukabumi dan musuh berbeza..saya dah bersara ni ada yg dah terlupa inikan juara kampungan..allahuakhbar

    ReplyDelete
  3. ptutnye depa yg pi dulu masa tau kedatangan kiram tu... ni ATM dan PDRM dh gempur kubu kiram tu bru nk gerak sana.. nmpk sgt permainan depa n kebaculan depa nih... jnis mimpi n tidur siang hari lah nih...

    ReplyDelete
  4. Surah Al A’raf, Ayat 33
    Katakanlah: “Sesungguhnya Tuhanku hanya mengharamkan perbuatan-perbuatan yang keji, sama ada yang nyata atau yang tersembunyi; dan perbuatan dosa; dan perbuatan yang menceroboh dengan tidak ada alasan yang benar; dan (diharamkanNya) kamu mempersekutukan sesuatu dengan Allah sedangkan Allah tidak menurunkan sebarang bukti (yang membenarkannya); dan (diharamkanNya) kamu memperkatakan terhadap Allah sesuatu perkara yang tidak kamu mengetahuinya.

    ReplyDelete
  5. Lagi satu pepatah melayu " CERDIK NYA, LANGIT BOLEH DI CAPAI. BODOH NYA, MAKAN TAHI.

    ReplyDelete
  6. nak berjihad konon... selagi pas bersama kafir harbi dap.. jangan harap le ALLAH nak perkenankan perjuangan hangpa... takut mati katak je...

    ReplyDelete
  7. Artikel yg bagus n menarik skali.. Kenapa la msh ada tongong yg menyokong pas ni..

    ReplyDelete
  8. nak berjihat......???????????

    bukan ke dia ni yg sanggup syirikan kalimah Allah kepada org2 kafir...????

    dia punya akidah pun dia sanggup jual lepas tu sebuk plak nak berjihat.. manusia jenis apa dia ni...

    ReplyDelete
  9. syabas saudara YB Zul, artikel yang padat, kemas, cantik dan memang bergaya...seharusnya menjadi tilikan ustaz nasha tantawi supaya sedar diri yang mana puak puak kamu tu dah jauh sangat sesat dan termanggu dalam hayalan di siang hari....taubat lah sebelum terlambat

    ReplyDelete
  10. Keling spastik wilchar angkat kening skit terus dia jual agama, hudud entah kemana, terkencing2 takut. Ini pulak nak lawan terrorist. PAS memang pandai berkokok, tahi bergelumang kat ekor buat donno aje. Bangsat!

    ReplyDelete
  11. Nak perbetui sikit kata-kata hikmat di atas: Cerdik tak boleh diikut, bodoh tak boleh diajar. Orang Peghak kate "Coghodek Telor Pelior". Itu semua trick nak buka mejalah tu nak letak tabung derma. Buat belanja......

    ReplyDelete